Harga Minyak Sawit Bakal Turun Lagi Who Perlekeh Minyak Sawit


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi mengetepikan minyak sawit apabila menghasilkan siri risalah dan kad sosial untuk Wilayah Timur Mediterranean membabitkan nasihat pemakanan bagi golongan dewasa ketika penularan COVID-19 dalam menjalani kehidupan lebih sihat

Dalam panduan terkininya, WHO terus mengulangi pendirian sama dengan mempromosikan minyak komoditi tertentu dan mengetepikan minyak sawit - minyak makan utama dunia dari segi pengeluaran, eksport serta trend penggunaan

Tindak-tanduk WHO membabitkan minyak sawit sebelum ini juga telah mengundang kecaman hebat kerana membuat dakwaan tidak berasas serta tidak lengkap yang memperlekeh minyak sawit

Daripada bertindak sewajarnya menghasilkan nasihat atau panduan mengenai pandemik yang menular dengan cepat, WHO sebaliknya mengetengahkan maklumat standard seperti memakan diet rendah lemak, elakkan gula, daging merah dan yang diperoses dan tidak mengambil hasil tenusu kaya lemak

“Adalah jelas ia tidak banyak menumpukan isu yang ketara pada masa ini dan berkaitan langsung dengan pandemik itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Datuk Dr Kalyana Sundram dan Profesor Madya Jabatan Sains Pemakanan dan Nutrisi Wayne State University Amerika Syarikat, Dr Pramod Khosla, ketika mengulas nasihat WHO tersebut

Menurut mereka, pandemik itu menyebabkan impak seperti pelaksanaan sekatan pergerakan, rantaian bekalan terjejas, pendapatan isi rumah merosot, pasaran dan kedai tidak menerima bekalan sebagaimana ditetapkan, aktiviti pertanian dihentikan di kebanyakan operasi manakala akses terhadap makanan menjadi sukar

Pandemik itu memerlukan idea pengurusan kesihatan berbeza tetapi WHO sebaliknya terus mempraktikkan hebahan pesanan ‘lapuk’ yang tiada manfaat untuk sebahagian besar individu terutamanya negara-negara yang bergelut menangani COVID-19 dan menjejaskan kehidupan seharian

Manfaat nutrisi secara menyeluruh memerlukan pengambilan optimum makronutrien (lemak, protein dan karbohidrat selain mikronutrien (vitamin dan mineral)

Bagi COVID-19, individu yang mengalami masalah kesihatan sedia ada (penyakit jantung, diabetes, hypertensi, HIV/AIDS) dan/atau sistem imun terjejas, lebih berisiko tinggi terhadap jangkitan itu, kata mereka

“Rantau Asia khususnya amat penting kerana ia menempatkan kedua-dua pengeluar terbesar (Malaysia dan Indonesia) dan pengguna terbesar minyak sawit (benua kecil India, China, ASEAN dan Afrika).”
Menurut mereka, walaupun impak COVID-19 terhadap pengeluaran tempatan, pengedaran dan eksport semasanya sentiasa berubah, sebarang impak semasa pandemik yang berterusan akan menyebabkan minyak sawit semakin penting dari segi fungsi serta kemampuannya

Sehubungan itu, mempunyai sektor minyak sawit yang berdaya maju menjadi lebih penting bagi memenuhi permintaan nutrisi global pada tempoh pasca pandemik itu

Mereka berkata, di negara maju, khususnya yang mana pengambilan kalori melebihi keperluan tubuh dan penyakit kronik menjadi isu utama kesihatan, menyaksikan fokus agensi kesihatan umum sebelum timbulnya penyakit itu adalah pengambilan lemak trans dan tepu

Peranan negatif lemak trans adalah meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular yang telah terbukti dan menyaksikan pihak berkuasa kesihatan menyekat penggunaannya

"Sumber utama lemak trans adalah minyak sayuran hidrogenasi separa yang dihasilkan secara industri. Ini diperlukan untuk menyediakan sumber lemak 'padat' yang membolehkan formulasi pelbagai makanan yang dibakar

“Pada masa ini, label nutrisi makanan perlu menyenaraikan kandungan lemak trans dan/atau kandungan minyak sayuran hidrogenasi sebahagian yang membolehkan pengguna meminimumkan penggunaan makanan itu," kata mereka

Walaupun terdapat bukti bahawa manfaat kesihatan Omega-3 kaya lemak, semakin banyak perbincangan menyentuh lemak Omega-6 terutamanya jika digunakan bagi tujuan menggoreng dengan minyak yang banyak dan ini termasuk minyak jagung, soya, bunga matahari dan biji sesawi

Oleh itu, impak terhadap kesihatan jantung berkemungkinan berlaku walaupun terdapat perubahan berfaedah dalam paras kolesterol darah

Selain itu, mereka berkata tiada satu pun sumber lemak yang tepu, mono atau  politaktepu - konsep mudah dengan mengimbangi jenis-jenis lemak ini yang wujud dalam kebanyakan panduan pemakanan

“Walaupun keperluan segera membendung COVID-19 adalah pelaksanaan langkah pelbagai wilayah untuk melandaikan lekuk (jangkitan) pandemik itu, pelbagai sektor ekonomi akan kembali berjalan secara dalam talian

“Tumpuan itu akan beralih kepada kesihatan jangka panjang populasi global dan peranan minyak sawit memenuhi keperluan pemakanan sekali lagi menjadi tumpuan yang memerlukan usaha secara kolektif untuk menyelaras pengeluaran, pengedaran dan penghantaran. Minyak sawit Malaysia sudah bersedia bagi cabaran sedemikian!” kata mereka

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/05/harga-minyak-sawit-bakal-turun-lagi-who.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gembirakah Kita Bila Harga Minyak Turun

Gembirakah Kita Bila Harga Minyak Turun

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 332 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Gembirakah Kita Bila Harga Minyak Turun Semenjak PKP dilaksanakan penurunan harga minyak seakan tiada maknanya Tapi itu bagi KG la Bukan kau jalan ke sana ke sini pun musim PKP ni Keluar bila perlu beli s...
M Sia Selar Nasihat Who Ketepikan Minyak Sawit

M Sia Selar Nasihat Who Ketepikan Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 289 hits
Sikit Tazkirah Ekonomi KUALA LUMPUR Pertubuhan Kesihatan Sedunia sekali lagi mengetepikan minyak sawit apabila menghasilkan siri risalah dan kad sosial untuk Wilayah Timur Mediterranean membabitkan nasihat pemakanan bagi golongan dewasa ket...
Pertamina Sebut Harga Bbm Tak Akan Turun Meski Harga Minyak Anjlok

Pertamina Sebut Harga Bbm Tak Akan Turun Meski Harga Minyak Anjlok

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 218 hits
PT Pertamina mengatakan tidak ada penurunan harga bahan bakar minyak bersubsidi meski harga minyak mentah dunia sedang anjlok Menurut manajemen perseroan harga BBM tidak berubah sejak 2016 kendati saat itu harga minyak mentah sedang tinggi ...
Harga Minyak Mentah Anjlok Gila Gilaan Bbm Kapan Turun

Harga Minyak Mentah Anjlok Gila Gilaan Bbm Kapan Turun

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 334 hits
Harga minyak dunia anjlok tajam pada awal Maret 2020 bahkan sampai tercatat minus kali ini Anjloknya harga minyak dunia bersamaan dengan merebaknya virus Corona Sementara pada awal April terjadi perundingan OPEC terkait produksi minyak di m...
Minyak Percubaan Kenaikkan Harga

Minyak Percubaan Kenaikkan Harga

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 223 hits
Niaga hadapan Amerika Syarikat melonjak hampir 20 pada Khamis Tweet Trump menimbulkan ketegangan di antara Iran dan AS sehingga menjejaskan pengangkutan minyak di Timur Tengah Pasaran minyak meningkat susulan pengumuman Presiden AS Donald T...
Harga Minyak Jatuh Negara Terumbang Ambing Pn Buat Tak Peduli

Harga Minyak Jatuh Negara Terumbang Ambing Pn Buat Tak Peduli

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 273 hits
Oleh Raja Kamarul Bahrin Shah ULASAN Kami dari Pakatan Harapan terpaksa memohon kepada rakyat Malaysia supaya menghadapi realiti baru kerana kita tahu kerajaan Perikatan Nasional hari ini jelas tidak melakukan apa yang kerajaan sendiri meny...
Bilionaire Minyak Singapura Lim Oon Kuin Isytihar Muflis Disebabkan Krisis Harga Minyak Mentah Dunia

Bilionaire Minyak Singapura Lim Oon Kuin Isytihar Muflis Disebabkan Krisis Harga Minyak Mentah Dunia

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 353 hits
Kesan kejatuhan harga minyak bukan sahaja menyebabkan negara pengeluar minyak mentah dunia garu kepala tetapi ia juga menjejaskan negara yang berurusan secara langsung dengan komoditi tersebut Pada awal minggu lepas kita dikejutkan dengan k...
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Mei 2020

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Mei 2020

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 1736 hits
Harga minyak petrol dan diesel bulan Mei 2020 Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95 RON97 dan diesel terkini bagi setiap minggu pada bulan Mei 2020 Untuk info sebelum ini KERAJAAN PH telah membuat penetapan harga minyak ...
Harga Ron95 Dan Ron97 Kekal Diesel Turun

Harga Ron95 Dan Ron97 Kekal Diesel Turun

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 244 hits
Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 terus kekal manakala diesel turun tiga sen berkuat kuasa 25 April sehingga 1 Mei depan Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit bagi RON95 dan RON97 ialah RM1 25...
Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 2

Zuraida S Case Has Serious Impact On Malaysian Politics

Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Fans Stand In Solidarity With Convert Tiktoker Rayyan Wong After Cops Nab Him For 3r Breaches

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 3

Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Antara Beli Kereta Alphard Atau Hanya Menyewa Bila Diperlukan Sahaja Yang Mana Lebih Baik

Servis Pest Control Je Mampu Tangani Masalah Pepijat Di Rumah Lega Dapat Tidur Selesa

Why New Hampshire S 24 Inch Shwt Rule Is Redefining Septic System Efficiency

Software Supply Chain Attacks Strategies To Detect And Mitigate Risks

Buang Puntung Rokok Ke Luar Tingkap Punca Trak Pikap Meletup

Pemilik Kl Eatery Tahu Staf Cas Pelanggan Lebih Selepas Video Viral Diner