Harga Minyak Jatuh Negara Terumbang Ambing Pn Buat Tak Peduli



Oleh: Raja Kamarul Bahrin Shah
ULASAN: Kami dari Pakatan Harapan (PH) terpaksa memohon kepada rakyat Malaysia supaya menghadapi realiti baru kerana kita tahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini jelas tidak melakukan apa yang kerajaan sendiri menyarankan rakyat melaksanakan. Banyak unsur hipokrit telah kelihatan. Tidak pernah dalam sejarah dunia harga minyak dunia jatuh sehingga bawah aras negatif USD -37.63! Negatif USD tiga puluh tujuh dollar enam puluh tiga sen. Inilah realiti hari ini yang mengerikan.
Bagaimanapun semasa harga minyak jatuh dari US60 Ke USD25, kerajaan telah melantik duta Khas ke Timur Tengah, YB Haji Hadi Awang, bertaraf Menteri yang ke-71. Semasa harga minyak jatuh dari US25 ke bawah negatif USD0, kerajaan melantik pula Duta Khas ke China, YB Tiong, bertaraf Menteri yang ke-72. Entah berapa banyak lagi pelantikan bertaraf Menteri akan diadakan sebagai habuan untuk memastikan survival kerajaan PN. Ada yang menyatakan secara lawak mungkin akan mencecah 112 supaya dijamin majoriti PN selamat hingga PRU15. Semasa Kerajaan PN menyarankan rakyat menghadapi realiti baru dunia, kerajaan sendiri tidak melakukan yang sama untuk berjimat cermat, seperti ketam ingin mengajar anaknya berjalan lurus.
Sementara rakyat diminta berkurung di rumah serta ditangkap dan ada yang disaman RM1,000, Menteri, Timbalan Menteri, Exco serta anak Menteri PN bergerak bebas dengan jamuan dan solat berjamaah lagi tanpa tindakan yang sama dikenakan. Itu adalah juga realiti baru hari ini ala cerita P. Ramlee ‘Antara Dua Darjat’. Datuk Seri Mustapa Mohamed dari Kerajaan PN telah menyatakan setiap USD harga minyak jatuh, Malaysia akan kerugian beratus juta ringgit . Bayangkan bajet Malaysia pada disember 2019 mengambil kira harga minyak di tahap USD60 berbanding dengan harga hari ini di tahap USD0! Tetapi Kerajaan PN terus menambah perlantikan bertaraf Menteri demi Menteri dan berhasrat membahagikan lagi jawatan Ketua GLC dan jawatan korporat lumayan lain kepada MP dan penyokong kerajaan sebagai habuan tanpa mengira kelayakan individu atau implikasinya. Apakah Menteri Kewangan yang dilantik dari Bank terkemuka tidak memberi nasihat sepatutnya?
Ada kelihatan kerajaan PN peduli keadaan kesihatan kewangan negara atau dunia hari ini? Mereka terus membahagikan harta negara selepas rampasan kuasa sesuka hati dan nafsu mereka. Sesuatu makhluk yang menghisap darah makhluk lain sehingga kering tidak bermaya lagi, dipanggil parasit. Parasit hanya berminat menghisap khasiat kekayaan keluar dari tubuh makhluk yang dikuasai itu tanpa mengira akibat dan nasibnya asalkan dia kenyang. Apakah kerajaan PN hari ini ada karakter mirip parasit?
Mereka kelihatan tidak mengambil kira situasi keadaan negara serta dunia atau bebanan hutang negara selagi mereka boleh melantik kroni serta kuncu mereka mengaut kekayaan negara. Tidak banyak perbezaan sikap kerajaan dari era Najib berbanding sekarang asalkan golongan mereka kenyang. Sebenarnya Malaysia amat malang kita dilanda dua wabak pendemik berbisa dalam waktu yang sama ia itu wabak global Covid-19 dan wabak tempatan parasit.
Parasit yang telah menghisap darah negara lebih 60 tahun telah dikalahkan oleh rakyat pada PRU14. Tetapi kerana pengaruhnya serta akar umbi yang agak masih wujud, parasit veteran 60 tahun berjaya mengambil alih semula melalui pintu belakang. Walaupun wabak Covid-19 merupakan wabak global berusia beberapa bulan tetapi insya Allah dengan usaha global penawarnya akan dijumpai. Wabak parasit berusia 60 tahun ini adalah lebih berbahaya kerana pengaruh tidak sihatnya yang telah berakar umbi di Malaysia kalau tidak dihapuskan segera akan menjadi gejala sebati tidak sihat rakyat untuk selama-lamanya.
Mungkin ubat dibawa oleh Kerajaan PH dahulu untuk mematikan parasit itu ada kalanya kurang enak ditelan, seperti langkah berjimat cermat, reformasi kewangan dan tiada pemberian tender secara terus ,tetapi ubat yang mujarab memanglah sedikit pahit untuk ditelan. Dalam waktu kurang 2 tahun kami tidak sempat merawat sepenuhnya penyakit 60 tahun dahulu. Allah ingin menguji dan memberi sesuatu isyarat kepada rakyat Malaysia. Tidak beberapa hari selepas PN mengambil alih kerajaan, wabak Covid-18 makin merebak luas dan harga minyak jatuh dari harga bajet USD60 sehingga di bawah USD0 untuk pertama kali dalam sejarah dunia! Rakyat perlu menilai adakah kerajaan yang mewah dan boros PN ini sesuai untuk menyelamat negara?
Rakyat ditangkap dan disaman jika melanggar peraturan yang sama yang Menteri dan Timbalan PN bebas mengadakan jamuan makan dan sembahyang berjemaah. Antara wabak global Covid-19 dan wabak parasit tempatan, parasit adalah jauh lebih merbahaya kepada kita. Parasit ini telah berada dalam kalangan kita lebih 60 tahun dan kemunculan semula parasit yang pernah ditolak rakyat ini adalah dalam bentuk lebih berbisa serta merbahaya kerana ianya pernah berakar umbi dalam badan kita. Parasit ini telah tahu segala kelemahan kita dan tahu bagaimana hendak menakluki kita sepenuhnya.
Ingatlah pesanan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat supaya ‘jangan jatuh dalam lubang yang sama dan digigit ular yang sama’, yang kini lebih berbisa dan lebih ganas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27261

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Minyak Rendah Tidak Beri Kesan Kepada Unjuran Defisit Negara Menteri Kewangan

Harga Minyak Rendah Tidak Beri Kesan Kepada Unjuran Defisit Negara Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 494 hits
KUALA LUMPUR Pengiraan impak penurunan harga minyak sudah diambil kira dalam pengiraan defisit negara iaitu lebih 4 0 peratus ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar demikian kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Ia s...
Apa Makna Harga Minyak Mentah Kontrak Hadapan Wti Jatuh Bawah As 0

Apa Makna Harga Minyak Mentah Kontrak Hadapan Wti Jatuh Bawah As 0

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 326 hits
Reuters Diterbitkan 40 minit lepas Dikemaskini 36 minit lepas A A Harga setong minyak mentah berdasarkan penanda aras Amerika Syarikat merudum jatuh ke bawah paras harga AS 0 setong buat pertama kali dalam sejarah Ia memberi petanda membimb...
Harga Minyak As Jatuh Bawah 0

Harga Minyak As Jatuh Bawah 0

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 277 hits
BUAT pertama kali dalam sejarah harga minyak mentah Amerika Syarikat jatuh ke bawah paras 0 iaitu ke paras negatif 37 65 setong pada lewat Isnin Ini menyaksikan pedagang menjual minyak mentah untuk disimpan ekoran kekurangan tempat simpanan...
Harga Minyak Jatuh Ke Paras Harga Negatif Apa Akan Jadi

Harga Minyak Jatuh Ke Paras Harga Negatif Apa Akan Jadi

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 409 hits
Awal pagi ini buka je fon dah nampak rakan rakan dok update tentang kejatuhan atau junaman harga minyak US WTI Junaman bukan biasa biasa terperosok bawah 0
Pilihan Putrajaya Jaga Ekonomi Ketika Harga Minyak Jatuh Covid 19

Pilihan Putrajaya Jaga Ekonomi Ketika Harga Minyak Jatuh Covid 19

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 230 hits
DISEBABKAN harga minyak kini berada pada tahap terendah pernah dicatat Putrajaya berkemungkinan besar perlu mempertimbangkan pemotongan perbelanjaan dan mencari sumber pendapatan baharu bagi mengurangkan kesan wabak Covid 19 ke atas ekonomi...
Harga Minyak Jatuh Paling Dahsyat Dalam Sejarah Apa Jadi Sebenarnya

Harga Minyak Jatuh Paling Dahsyat Dalam Sejarah Apa Jadi Sebenarnya

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 376 hits
1 Seluruh dunia dikejutkan dengan kejatuhan harga minyak paling dahsyat dalam sejarah sejak ia mula didagangkan di New York Mercantile Exchange pada 1983 harga minyak WTI jatuh bawah AS 0 setong hingga ke paras negatif 2 Mujurnya dalam kont...
Mudah Menteri Kewangan Kata Harga Minyak Jatuh Malaysia Tak Terjejas

Mudah Menteri Kewangan Kata Harga Minyak Jatuh Malaysia Tak Terjejas

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 248 hits
Kredit Ipohmali Seluruh Negara di Dunia resah memikirkan impak dan kesan ekonomi dari penurunan harga minyak kepada rakyat depa sampaikan Menteri kewangan german bunuh diri tapi menteri kewangan tebuk atap ni relax jer kata dia boleh kekalk...
Pertama Kali Dalam Sejarah Harga Minyak Amerika Jatuh Bawah Us 0 Setong

Pertama Kali Dalam Sejarah Harga Minyak Amerika Jatuh Bawah Us 0 Setong

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 408 hits
KUALA LUMPUR Harga minyak mentah Amerika Syarikat jatuh ke bawah paras US 0 setong pada lewat Isnin Ia merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah yang mana harga bahan mentah itu jatuh ke paras negatif US 37 65 setong Para pedagang diliha...
Harga Minyak As Jatuh Bawah Us 0 Pertama Kali Dalam Sejarah

Harga Minyak As Jatuh Bawah Us 0 Pertama Kali Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 353 hits
Harga minyak mentah Amerika Syarikat jatuh ke bawah paras US 0 setong pada lewat Isnin Ia merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah yang mana harga bahan mentah itu jatuh ke paras negatif US 37 65 setong Para pedagang dilihat mengambil p...
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Building Dreams One Brick At A Time Legoland Malaysia Resort Welcomes Malaysia S First Master Model Builder

Pilih Minyak Wangi Ikut Personaliti Korang

Kalendar Kuda 2025 Malaysia

Makan Yong Tau Foo Taiping

Layanan Samsat Batam Centre Kemudahan Dan Kecepatan Dalam Pelayanan Pajak Kendaraan

Tanam Cili Dari Biji Benih Cili Di Dapur