Harga Kami Masih Berpatutan Kata Airasia


 
Ketua Pegawai Komersial AirAsia Tan Mai Yin bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu selepas menyambut ketibaan penerbangan antarabangsa pertama AirAsia ke Sabah.KOTA KINABALU: AirAsia menjelaskan harga tiket ditawarkan kepada penumpang masih berpatutan susulan keluhan orang ramai, syarikat penerbangan tambang rendah itu antara yang menaikkan harga pada musim perayaan.
Ketua Pegawai Komersial AirAsia, Tan Mai Yin, berkata lebih 50% tiket pergi balik antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu serta Kuching sudah dijual bagi penerbangan April dan Mei dengan harga ditawarkan kurang RM500.
“Jadi harga ditawarkan masih kompetitif dan berpatutan,” katanya kepada pemberita selepas majlis di sini hari ini.
“Kami komited menyediakan perjalanan pada harga munasabah untuk semua, tetapi ia adalah perkara biasa dalam hal penetapan harga dinamik bagi syarikat penerbangan di mana kami sentiasa menggalakkan perancangan ke hadapan dan menempah seawal mungkin.”
Sekurang-kurangnya empat menteri Sabah, termasuk Ketua Menteri Hajiji Noor, mengulas mengenai kenaikan harga tiket dan menggesa syarikat penerbangan menurunkan tambang bagi membolehkan rakyat pulang ke tanah air untuk berjumpa orang tersayang menyambut Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan Sarawak juga menulis surat kepada syarikat penerbangan meminta mereka menawarkan tiket penerbangan dengan harga lebih berpatutan bagi tempoh perayaan akan datang.
Semalam, Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong memberitahu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan syarikat penerbangan untuk menangani kenaikan harga penerbangan ke Sabah dan Sarawak.
“Saya mempengerusikan mesyuarat semalam untuk membincangkan isu ini dan saya telah meminta Mavcom dan syarikat penerbangan menjalankan siasatan segera dan terperinci berhubung kenaikan harga penerbangan ke Malaysia Timur pada musim raya ini,” katanya dalam kenyataan.
Ditanya sama ada AirAsia sedang mengkaji menurunkan tambang penerbangannya, Tan berkata, syarikat penerbangan itu akan mengkaji untuk menguruskan permintaan dan menambah lebih banyak kapasiti jika perlu.
“Ia masih menjadi cabaran melibatkan syarikat penerbangan kerana kos operasi semakin meningkat, lebih-lebih lagi semua pesawat tersadai sejak dua tahun lalu.
“Kami perlu memastikan pemeriksaan dan penyelenggaraan yang betul telah dilakukan pada setiap pesawat sebelum kami menerbangkannya,” katanya, sambil menambah proses itu akan mengambil sedikit masa. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/harga-kami-masih-berpatutan-kata-airasia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Masih Terlalu Awal Untuk Kata Itu Ini Penjelasan Peguam Siti Bainun Undang Kecaman Netizen

Hiburan Masih Terlalu Awal Untuk Kata Itu Ini Penjelasan Peguam Siti Bainun Undang Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 278 hits
Sedia maklum kes penderaan terhadap adik Bella masih dibawah siasatan pihak berkuasa tempatan dan sedar akan kemarahan orang ramai kerana menyebelahi pihak pemilik Rumah Bonda Siti Bainun peguam Hafidzah Hassan tampil beri penjelasan lanjut...
Rasa Curiga Pengundi Melayu Luar Bandar Terhadap Dap Masih Tebal Kata Anwar

Rasa Curiga Pengundi Melayu Luar Bandar Terhadap Dap Masih Tebal Kata Anwar

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 261 hits
April 18 2022 Anwar Ibrahim mengakui turut mengalami sedikit hakisan sokongan daripada pengundi Melayu selepas mengambil pendirian untuk terus bersama DAP PETALING JAYA Tahap kecurigaan pengundi Melayu khususnya di kawasan luar bandar terha...
Ph Diberi Kata Dua Terima Bersatu Atau Mungkin Berpecah Dedah Rafizi

Ph Diberi Kata Dua Terima Bersatu Atau Mungkin Berpecah Dedah Rafizi

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 512 hits
freemalaysiatoday com April 17 2022 9 45 PMRafizi Ramli berkata PH menerima Bersatu atas desakan rakan sekutu iaitu Amanah dan DAP serta semangat untuk membentuk satu perubahan dalam negara pada 2016 PETALING JAYA Calon timbalan presiden PK...
Usahawan Sektor Pelancongan Dibantu Struktur Semula Pinjaman Kata Menteri

Usahawan Sektor Pelancongan Dibantu Struktur Semula Pinjaman Kata Menteri

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 389 hits
Usahawan dalam sektor pelancongan yang memerlukan penstrukturan pinjaman akan diberi bantuan menurut Noh Omar PETALING JAYA Usahawan sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid 19 akan dibantu dalam proses penstrukturan semula pi...
Hiburan Yang Jahat Dia Bukan Saiz Badannya Ika Nabella Tegur Soal Body Shaming Netizen Kata Salah Timing

Hiburan Yang Jahat Dia Bukan Saiz Badannya Ika Nabella Tegur Soal Body Shaming Netizen Kata Salah Timing

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 294 hits
Ika Nabella baru baru ini tampil membuat satu hantaran di Instagram kerana berasa kurang selesa dengan segelintir netizen meluahkan rasa marah dengan mempermainkan saiz badan pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun Sedia maklum ketika ini bo...
Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 283 hits
April 17 2022 Rafizi Ramli berkata sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16 PETALING JAYA Selepas empat siri kekalahan dalam pilihan raya negeri sebelum ini calon timbalan presiden P...
Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin

Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 195 hits
April 17 2022 Saifuddin Nasution berkata menanamkan suasana keyakinan dan kemenangan kepada pengundi adalah strategi yang tepat PETALING JAYA Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menggesa parti itu merampas kuasa pada pilihan raya...
Tutup Pintu Kata Guan Eng Berhubung Kerjasama Dengan Bersatu Pas

Tutup Pintu Kata Guan Eng Berhubung Kerjasama Dengan Bersatu Pas

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 268 hits
freemalaysiatoday com April 18 2022 10 00 AMLim Guan Eng berkata selain Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin DAP juga kurang senang dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana tidak konsisten dengan apa yang disuarakannya PETALING JAYA DAP men...
Sesi Persekolahan Tanpa Penggiliran Bermula Esok Kata Menteri

Sesi Persekolahan Tanpa Penggiliran Bermula Esok Kata Menteri

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 195 hits
Radzi Jidin berkata garis panduan persekolahan 4 0 akan dikemukakan dalam tempoh terdekat bersesuaian dengan keadaan semasa yang lebih terbuka KOTA BHARU Sesi persekolahan kembali seperti sediakala tanpa menggunakan sistem penggiliran bermu...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Happy Deepavali 2025

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Marjeena Cafe Parit Buntar

Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali