Harga Emas Terus Terusan Naik
Harga emas terus terusan naik! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan harga emas pasti tahu harga terbaru emas hari ini atau harga emas terkini sangatlah mahal! Boleh dikatakan tiap minggu berubah! Aku masih ingat sewaktu harga 1gm gold bar RM220. Waktu itu terasa mahal sangat dah! Tapi disebabkan aku ingin mulakan simpanan gold bar, aku gagahkan juga untuk beli.
Harga 1gm gold bar hari ini.
Waktu itu rasa mahal dah harga RM220 itu, tapi tahukah berapa harga 1gm gold bar hari ini? Harganya adalah RM350! Kenaikan RM130! (Dibandingkan dengan harga sewaktu aku beli). Kemudian dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) aku ada beli 2gm gold bar dengan harga RM500. Dan harini, aku dah pun “untung” RM200. Hanya dalam tempoh berapa bulan sahaja.
Mungkin ada yang kata sikit je untung RM200 tu untuk beberapa bulan. Memang benar, sikit je untung, tak banyak. Tapi harus juga aku beritahu di sini, emas ini adalah pelaburan jangka masa panjang. Dan kadar keuntungan itu memang sedikit kalau simpanan anda juga sedikit.
Bayangkan kalau korang ada simpanan 1 kg emas yang dibeli dengan harga lebih kurang RM100,000 (Tahun 2009 lebih kurang) dan tahukah korang berapa harga 1 kg emas pada tahun 2020 ini? Harganya lebih kurang RM295,000! Kadar keuntungan hampir RM195,000! Untuk tempoh lebih kurang 10 tahun! Ini kira kasar la ni.
Jadinya, lebih banyak simpanan, lebih besar kadar keuntungan. Tapi sekali lagi, ianya adalah untuk tempoh jangka masa panjang.
Kalau kita tengok harga emas hari ini, mesti ramai yang kata dah terlalu mahal dan mungkin ada yang kata, tak mampu nak beli. Tapi pernah tak terbaca dekat mana mana, mengenai ramalan harga emas bakal mencecah RM500/g? Mungkin ada benarnya ramalan ini memandangkan harga emas bertarikh hari ini kini berharga RM299/g.
Harga emas tetap menaik!
Melihat pada trend kenaikan, aku rasa harga emas akan tetap mendaki dan ada beberapa ketika akan turun sedikit. Dan mahu tak mahu, kita tetap kena beli (jika mahu membeli). Sebabnya mudah, lagi kita tunggu, lagi mahal dan tak mampu nak beli. Jadinya, belilah walau sedikit. Biar ada daripada langsung tak ada kata orang.
Apa pun, tiada yang ruginya simpan emas ini. Kaum wanita boleh pakai emas 916. Orang lelaki boleh simpan emas 999 bentuk gold bar. Emas tetap emas. Dan ianya sememangnya logam bernilai! Jom mulakan simpanan emas kita hari ini!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2020/08/harga-emas-terus-naik-hari-ini.html