Harga Denda Ic Hilang
HARGA DENDA IC HILANG (Semak Kadar & Cara Buat Rayuan)
Pasti ada diantara kita yang mengalami kesulitan apabila kehilangan kad pengenalan atau IC samaada kecuaian sendiri atau dicuri. Artikel kali ini adalah berkaitan harga denda IC hilang bagi memudahkan anda semak kadar bayaran seterusnya cara untuk membuat bayaran.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
PROSEDUR PERMOHONAN IC
Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.
Perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah (bagi kehilangan kali pertama dan seterusnya) ataupun akibat kecuaian (diwajibkan bagi kes kehilangan kali kedua dan seterusnya). Laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.
HARGA DENDA IC HILANG
Di bawah ini tertera jadual dan caj harga kad pengenalan hilang untuk anda yang mahu ganti baru samada caj untuk warganegara ataupun bukan warganegara Malaysia
CARA GANTI IC HILANG JPN SECARA ONLINE
Bagi memudahkan urusan anda, pihak JPN telah membuat penambahbaikkan untuk gantian kad pengenalan secara atas talian. Semua permohonan boleh dilakukan melalui sistem online seperti pada pautan bawah ini dengan syarat anda nak ganti yang baru disebabkan kad pengenalan rosak secara fizikal atau masalah cip tak dapat detect atau hilang kali pertama!
Gantian kad pengenalan secara online boleg diakses melalui pautan ini https://gantianmykad.jpn.gov.my/
CARA RAYUAN DENDA IC HILANG JPN
Tiada peluang diberikan untuk anda boleh buat rayuan ic hilang termasuk masa pkp.
Ini kerana, biasanya anda buat dapat promosi harga diskaun antara 50 peratus hingga 75 peratus di Hari pendaftaran Negara sekitar bulan Oktober.
Cara Ganti IC Rosak Secara Online
Ada cara baru untuk ganti cip ic / mykad anda yang telah rosak melalui telefon sahaja dan secara online. Syarat mudahnya adalah:
Anda mesti warganegara Malaysia
Caj bayaran dibayar semasa mengambil gantian kad di cawangan JPN
Hanya kad pengenalan yang rosak sahaja dibenarkan tanpa mengubah alamat rumah / kediaman atau gambar
Permohonan kad pengenalan yang telah anda buat mesti diambil oleh pemilik iaitu anda sendiri.
Cas dikenakan adalah sebanyak RM10 sahaja.
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila layari pautan Portal Rasmi JPN atau hubungi nombor hotline di talian 03-8880 8066
ARTIKEL LAIN
IC HILANG:CARA PERMOHONAN MyKAD ONLINE & SEMAKAN KADAR DENDA
The post HARGA DENDA IC HILANG (Semak Kadar & Cara Buat Rayuan) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/harga-denda-ic-hilang.html