Bekas Pengarah Jkr Melaka Dipenjara 15 Bulan Denda Rm5 Juta


BH ONLINE
Khalid (kanan) terpaksa meringkuk dalam penjara selama 15 bulan serta membayar denda RM5 juta selepas gagal dalam rayuan terakhir berhubung sabitan terhadapnya bagi 13 pertuduhan rasuah dan satu pertuduhan pengubahan wang haram. - Foto fail NSTP
PUTRAJAYA: Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar terpaksa meringkuk dalam penjara selama 15 bulan serta membayar denda RM5 juta selepas gagal dalam rayuan terakhir berhubung sabitan terhadapnya bagi 13 pertuduhan rasuah dan satu pertuduhan pengubahan wang haram.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas menolak rayuan Khalid.
Dalam penghakimannya, Hanipah berkata, sabitan Khalid adalah selamat dan panel itu bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi, bahawa tiada keraguan wang yang diterima daripada subkontraktor telah digunakan untuk aktiviti sukan dan sosial JKR sebagaimana didakwa oleh tertuduh.
Panel itu turut mengesahkan sabitan Khalid bagi kesalahan pengubahan wang haram membabitkan wang tunai RM375,000 yang didakwa dilakukan di rumahnya di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka pada 15 Ogos 2016.
Hanipah, yang bersidang bersama-sama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, bagaimanapun membenarkan rayuan Khalid untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 15 bulan serta denda RM31 juta bagi empat lagi pertuduhan pengubahan wang haram.
Khalid, 61, merayu terhadap hukuman penjara 15 bulan dan denda RM36 juta yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada Julai 2018 selepas dia didapati bersalah atas 13 pertuduhan rasuah dan lima pertuduhan pengubahan wang haram.
Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan bagi setiap pertuduhan rasuah serta 15 bulan dan denda RM36 juta bagi lima pertuduhan pengubahan wang haram serta memerintahkan Khalid menjalani hukuman itu secara serentak.

Sebelum ini, Khalid gagal dalam rayuannya di peringkat Mahkamah Tinggi pada 11 Feb tahun lalu.
Khalid, yang bebas dengan jaminan RM350,000 sementara menunggu rayuan, perlu menjalani hukuman penjara mulai hari ini.
Bagi pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dia didakwa menerima RM196,200 di pejabat JKR Melaka di Jalan Taming Sri di sini antara Mac 2014 dan Ogos 2016.
Khalid turut berdepan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM5.2 juta dalam bentuk RM206,396.16 dalam akaun Amanah Saham Bumiputera 2; RM506,735.92 dalam akaun Tabung Haji; RM1,984,798.08 dalam akaun Amanah Saham Wawasan 2020 dan lebih RM2.13 juta dalam akaun Amanah Saham Didik.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi di Melaka antara 1 September 2015 dan 15 Ogos 2016 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Tertuduh diwakili sepasukan peguam yang diketuai Ragunath Kesavan manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/bekas-pengarah-jkr-melaka-dipenjara-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Palsukan Buku Nikah Warga Yaman Dipenjara 2 Tahun Dan Denda Rp300 Juta

Palsukan Buku Nikah Warga Yaman Dipenjara 2 Tahun Dan Denda Rp300 Juta

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 165 hits
Warga negara asal Yaman tersebut terbukti melanggar Undang Undang Keimigrasian mengenai pemberian surat atau data palsu atau yang dipalsukan atau keterangan tidak benar secara sengaja dengan maksud memperoleh visa atau izin tinggal bagi dir...
Prn Melaka Harapkan Bulan Jatuh Ke Riba

Prn Melaka Harapkan Bulan Jatuh Ke Riba

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 200 hits
BELUM pernah dalam sejarah negara ini pilihan raya tidak kelihatan seperti satu pilihan raya tetapi itulah kini yang sedang berlaku di sebuah negeri yang bernama Melaka Pilihan Raya Negeri Melaka yang kini sedang memasuki fasa berkempen pad...
Pecah Amanah Bekas Pegawai Kanan Felda Dipenjara

Pecah Amanah Bekas Pegawai Kanan Felda Dipenjara

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 183 hits
DUA bekas pegawai kanan FELDA masing masing dipenjara lima tahun dan dua tahun oleh Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan melakukan wang agensi itu berjumlah RM47 6 juta dan bersubahat empat tahun lalu Hakim Allaudeen Ismail menjatuhkan h...
Khalil Yaakob Bekas Yang Di Pertua Negeri Melaka Sokong Ph

Khalil Yaakob Bekas Yang Di Pertua Negeri Melaka Sokong Ph

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 247 hits
Malaysiakini Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran bekas Yang di Pertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob bersama calon Pakatan Harapan adalah sesuatu yang positif buat gabungan itu Katanya kehadiran Mohd Khalil di Balai Nelayan...
Rentasan 1007 Gempar Prn Melaka Ini Sebabnya Dua Bekas Adun Umno D

Rentasan 1007 Gempar Prn Melaka Ini Sebabnya Dua Bekas Adun Umno D

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 241 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10071 APA ADA PADA MANIFESTO PH DAN BN 2 ADLY CALON KETUA MENTERI MELAKA 3 KATAK ATAU BUKAN ANDA NILAIKAN 4 INIKAH YANG DINAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Ph Usung Bekas Gabenor Melaka

Ph Usung Bekas Gabenor Melaka

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 187 hits
PH usung bekas Gabenor Melaka Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob sekali lagi muncul dalam kehangatan politik di negeri itu menjelang hari pengundian pada Sabtu ini Hari ini Mohd Khalil dilihat hadir bersama pemimpin Pakata...
Pengundi Melaka Jangan Sia Siakan Isyarat Kehadiran Bekas Tyt Dalam Kempen Ph

Pengundi Melaka Jangan Sia Siakan Isyarat Kehadiran Bekas Tyt Dalam Kempen Ph

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 203 hits
Sudah sudah hari berturut turut bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob hadir dalam program kempen PH dalam PRN Melaka ini Semalam beliau bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu hadir dalam program kempen PH di DUN Kuala Linggi dan...
Bekas Gabenor Melaka Tun Khalil Hadir Pula Bersama Pemimpin Ph Di Dun Ayer Molek

Bekas Gabenor Melaka Tun Khalil Hadir Pula Bersama Pemimpin Ph Di Dun Ayer Molek

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 242 hits
MELAKA Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob sekali lagi muncul dalam kehangatan politik di negeri itu menjelang hari pengundian pada Sabtu ini Hari ini Mohd Khalil dilihat hadir bersama pemimpin Pakatan Harapan di DUN Ay...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain