Harga Ayam Boleh Lebih Rendah Selepas Diapung Kata Armizan


 
Armizan Mohd Ali berkata biarpun kerajaan menamatkan subsidi dan harga kawalan ayam mulai esok, harganya boleh didapati lebih rendah berbanding harga siling sebelum ini.SERDANG: Harga ayam boleh didapati dengan lebih rendah berbanding harga siling yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM9.40 sekilogram, meskipun kerajaan menamatkan sepenuhnya subsidi dan harga kawalan ayam bermula esok.
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, berkata pemain industri telah memberi jaminan kepada kerajaan bahawa harga ayam tidak akan naik mendadak mulai 1 Nov serta memberi jaminan bekalan ayam mencukupi.
“Setelah pelaksanaan (subsidi dan kawalan harga ayam) selama 20 bulan, kita melihat dengan jaminan daripada industri bahawa kita boleh apungkan harga ayam.
“Pihak industri juga memberikan jaminan bahawa bekalan ayam mencukupi dan mereka berupaya untuk menjual pada kadar lebih rendah daripada harga kawalan (sebelum ini),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Meskipun telah mendapat jaminan daripada pihak industri, Armizan berkata kementerian itu tetap menggerakkan 900 pegawai pemantau harga ke semua kawasan esok untuk memantau harga ayam dan mengambil tindakan perundangan jika perlu.
Kerajaan sebelum ini menetapkan harga ayam tidak boleh dijual melebihi RM9.40 per kg.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu semalam, mengumumkan kerajaan menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam bermula 1 Nov, manakala melanjutkan pemberian subsidi dan harga kawalan telur gred A, B dan C mengikut mekanisme sedia ada.
Beliau berkata penamatan subsidi secara pukal itu adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi, selain meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik dalam tempoh beberapa hari ini memandangkan bekalan ayam dijamin mencukupi.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Armizan berkata kementerian juga kini dalam proses akhir untuk meminda Akta Persaingan 2010 (Akta 712) dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 (Akta 713) yang dijangka dibentangkan pada sidang pertama Dewan Rakyat tahun hadapan.
Beliau berkata pindaan terhadap Akta 712 antaranya memasukkan komponen baharu dikenali rejim kawalan penggabungan bagi mengawal selia sekiranya wujud elemen kecenderungan syarikat untuk bergabung dan berpakat dalam mengehadkan harga dan pengeluaran.
Menurutnya, sejak 2012 hingga Oktober 2023, MyCC mengambil tindakan terhadap 247 syarikat dengan penalti kewangan mencecah RM175 juta kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 712 manakala 430 kes masih dalam siasatan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/10/harga-ayam-boleh-lebih-rendah-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walaun Sakit Hati Harga Ayam Murah Selepas Kerajaan Tamatkan Subsidi

Walaun Sakit Hati Harga Ayam Murah Selepas Kerajaan Tamatkan Subsidi

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 270 hits
SITI NUR ZAWANI Susulan pengumuman kerajaan untuk mengapungkan harga ayam bermula 1 November banyak desakan untuk kerajaan menarik keputusan itu susulan dakwaan harga ayam akan naik mendadak sehingga membebankan pengguna Bagaimanapun berdas...
Pengapungan Harga Ayam Telur Jika Bekalan Pulih Harga Rendah

Pengapungan Harga Ayam Telur Jika Bekalan Pulih Harga Rendah

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 163 hits
Oleh Abdullah Zaid Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan sebelum ini akan ditamatkan dan diapungkan kembali sekiranya harga telah stabil serta kembali rendah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan ...
Harga Ayam Diapung Naik Atau Turun

Harga Ayam Diapung Naik Atau Turun

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 214 hits
Wai TeeSemua berdebar debar menunggu hari pelaksanaannya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu telah mengumumkan Begitu juga semasa sesi soal jawab perdana menteri di Dewan Rakyat perdana menteri turut menyatakan yang harg...
Bila Harga Ayam Lebih Murah Dari Subsidi

Bila Harga Ayam Lebih Murah Dari Subsidi

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 143 hits
Takat komen tu saja hang tau lain tak tau buat Akhirnya hang pi menikah sembang kencang pekena orang kampung Norman RadzuanSaya hairan dgn sikap org kita mereka ini sebenarnya tidak sedar kerana sifat taksub kpd pemimpin yg mereka anggap su...
Kerajaan Yakin Harga Ayam Tak Naik Mendadak Susulan Pengapungan Harga Kata Mat Sabu

Kerajaan Yakin Harga Ayam Tak Naik Mendadak Susulan Pengapungan Harga Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 186 hits
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata pengeluar turut memberi jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya supaya bekalan ayam mencukupi apabila berlakunya pengapungan harga KUALA LUMPUR Kerajaan yakin pelaksanaan pengapun...
Kerajaan Jamin Tidak Berlaku Kenaikan Harga Ayam Secara Mendadak Mohamad

Kerajaan Jamin Tidak Berlaku Kenaikan Harga Ayam Secara Mendadak Mohamad

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak susulan langkah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa 1 Nov ini kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad...
Prk Jepak Gps Ambil Pendekatan Lebih Mendengar Daripada Bercakap Kata Ahli Pbb

Prk Jepak Gps Ambil Pendekatan Lebih Mendengar Daripada Bercakap Kata Ahli Pbb

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 113 hits
KEMPEN Gabungan Parti Sarawak dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Jepak memberi ruang untuk mengumpul input bagi memantapkan lagi program pembangunan yang sedang dijalankan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersa
Doa Selepas Solat Yang Mudah Diamalkan Dan Terdapat 3 Versi Yang Anda Boleh Pilih

Doa Selepas Solat Yang Mudah Diamalkan Dan Terdapat 3 Versi Yang Anda Boleh Pilih

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 153 hits
Doa selepas solat adalah salah satu saranan yang dituntut sesudah selesai solat Sebagai hamba kepada Allah yang esa adalah salah satu cara hubungan yang istimewa diantara hamba dan penciptanya Untuk doa selepas solat pelbagai pihak mempunya...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Kemenangan Mahkamah Dan Kejayaan Perubatan Qualcomm Lilly Menyumbang Kepada Sesi Positif Ketiga Wall Street

Singgah Muar Pekena Mee Bandung Dan Sate

Soodap Fish N Chip Dublin Sg Tangkas Kajang