Harga 1 Dinar K Tan Cecah Rm1 000





oleh Norzana RazalyKOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd., KGT (anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan, PMBK) tekal beristiqamah mendaulatkan mata wang sunah Dinar Dirham sebagai produk utama keluaran syarikat di samping wafer bar 1g berketulenan 24K sebagai produk pelaburan alternatif.Berprinsipkan syukur ketika untung dan sabar semasa rugi, pihak pengurusan KGT kekal memberikan khidmat terbaik sepanjang hampir satu dekad dalam menyediakan tukaran fiat kepada mata wang emas dan perak kepada semua pelanggannya.KGT juga cekal berdepan segala mehnah dan tribulasi dunia perniagaan dan bersungguh-sungguh mahu mencapai misi syarikat yakni melestarikan amalan berjual-beli mengunakan mata wang sunah seperti era Rasulullah SAW dan Khulafa’ Ar-Rashidin membawa ke zaman para sahabat dan tabi’in sehingga berakhirnya Khalifah Uthmaniyah di Turki pada Mac, 1924.Setinggi-tinggi pujian dan penghormatan atas keberanian saf pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah tadbir-urus mantan Dato’ Bentara Setia al-marhum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tegar menjungkir balik keranda dinar dirham dari persemadiannya sejak 86 tahun lalu dengan mendaulatkan semula mata wang alternatif untuk rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia serta seluruh warga dunia, amnya.Hari ini, 12 Ogos 2019 bersamaan 11 Zulhijjah 1440H mencatatkan ulang tahun ke sembilan tarikh pelancaran rasmi Mata wang Syariah Dinar & Dirham Kelantan oleh al-marhum Tuan Guru Nik Aziz pada pada 12 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadan, 1431.Ketika itu, nilai tukaran 1 Dinar dengan wang fiat ialah RM589 sahaja manakala 1 Dirham pula ialah RM13 sahaja. Dalam tempoh kurang sebulan selepas dilancarkan yakni pada 8 September 2010, harga kedua-dua mata wang tersebut telah melonjak naik sebanyak RM599 bagi 1 Dinar manakala harga bagi Dirham pula meningkat sebanyak RM1 menjadikannya RM14 bagi 1 Dirham.Bagi merancakkan aktiviti simpanan dan pelaburan emas di kalangan rakyat Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Hj. Ahmad Yakub pula meneruskan agenda memartabatkan mata wang sunah ini dengan merasmikan wafer emas seberat 1 gram bersaiz muka 15 x 8 milimeter (mm) dengan ketulenan emas 999 pada 8 Disember 2015.Menurut beliau, antara ciri baharu ketulenan logam itu diperkenalkan dan dijamin oleh KGT ialah setiap produk berkenaan mempunyai nombor siri, kod dan sijil pengesahan dan mempunyai nilai muka sah untuk dijual atau sebagai gadaian di kedai pajak gadai Islam seperti Ar Rahn atau Ar Rahnu.1 Dinar emas seberat 4.250 gram berukuran diameter 22 mm berketulenan emas 917 manakala dirham perak, dua jenis diperkenalkan iaitu yang bernilai 1 Dirham seberat 2.975 gram berukuran diameter 22 mm dengan ketulenan perak 999 dan Dirham Belia dan Dirham Wanita seberat 29.75 gram berukuran diameter 41 mm dengan ketulenan perak 999 menepati ciri kepingan logam mata wang Islam yang digunakan pada zaman Rasulullah SAW yang berfungsi sebagai alat pengukur nilai (wang) bagi setiap barangan komoditi.Kelebihan utama mata wang ini terletak pada nilai intrinsiknya sekaligus menempatkan keunggulan nilai pada tahap tertinggi selari dengan peredaran masa. Buktinya, pada Zaman Rasulullah SAW, nilai 1 Dinar dapat ditukarkan dengan seekor kambing atau setara dengan sebahagian lembu terbaik untuk ibadah korban dan hari ini pun kadar tukarannya masih sama dalam nilaian wang fiat.Nah, inilah hikmah pelaksanaan mata wang syariah yang dapat membebaskan masyarakat daripada amalan riba dan menyelamatkan ummah kerana ia kalis inflasi.“Oleh itu, Kerajaan Negeri terus komited merealisasikan pembangunan mata wang syariah di negeri ini dan diharap Dinar Dirham Kelantan dapat digunakan oleh masyarakat biar pun bukan sebagai mata wang sekarang, namun ia boleh dijadikan simpanan, hadiah dan mahar perkahwinan,” kata Dato’ Menteri Besar ketika melancarkan Dinar dan Wafer Emas Edisi Baharu keluaran KGT, di Kota Darulnaim.Sejarah dinar dirham di Negeri Kelantan bermula pada tahun 2006 dengan tempaan koin emas pertama oleh Mariwasa Kraftangan, pengeluar cenderamata tempatan bagi objek seni dan budaya kepada masyarakat berharga RM322 bagi 1 Dinar. Duit syiling ini mempunyai satu komposisi berlogam emas 22 karat berdenominasi – 1/4, 1/2, dan 1 dinar.Pengenalan Dinar Emas kepada rakyat negeri Kelantan adalah sejajar dengan saranan Tun Dr. Mahathir Mohammad yang gigih berusaha memperkenalkan dan mempromosikan penggunaan dinar emas di sekitar Malaysia pada tahun 2000 natijah kejatuhan nilai mata wang negara-negara ASEAN pada tahun 1998.Walau bagaimanapun, inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan untuk memberi status sah diperlakukan kepada mata wang sunah ini tetap tidak disokong oleh kerajaan persekutuan Malaysia kerana termaktub di dalam perlembagaan Malaysia, jadual ke-sembilan, bahagian 7.a bahawa negeri di Malaysia tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan duit syiling. Maka, satu-satunya mata wang yang sah diperlakukan di negara ini adalah ringgit Malaysia.Namun begitu, Dinar Emas Kerajaan Negeri Kelantan terus dikeluarkan sekali pun dengan tiada status sah untuk diperlakukan sebagai matawang melainkan sebagai sistem barter (tukar suka sama suka) di kalangan penjual dan pembeli atau bagi tujuan simpanan dan pelaburan.Hal ini disebabkan oleh kebijaksanaan para saf pimpinan ulama teknokrat yang memandang jauh secara berhikmah akan perkembangan harga emas di Malaysia yang semakin kukuh di pasaran bahkan terus gah melonjak dengan peningkatan tertinggi dalam sejarah pada kadar semasa ialah RM196/g bagi emas 999.Peningkatan harga ini dilihat bukan sahaja hanya tertumpu di Malaysia, malah negara-negara lain juga merasainya seperti Yen Jepun dan Dollar (Canada dan Australia). Menurut sumber daripada Kitco News, kenaikan harga emas dunia melonjak akibat tempias isu Trump telah mengugut China untuk meninggikan 10% tariff ke atas produk China bernilai RM300 Billion.Berdasarkan analisa ringkas terhadap pasaran produk emas Dinar keluaran KGT (dikenali sebagai Dinar Negeri Kelantan) juga mengalami kenaikan harga mendadak. Rekod harga emas menunjukkan kadar peningkatan sebanyak 194% dalam tempoh 14 tahun bermula tahun 2006 sehingga 2019.Perinciannya, graf kenaikan tukaran nilai mata wang fiat (RM) kepada Dinar Kelantan menunjukkan lonjakan harga dari RM322 kepada RM 732 iaitu sebanyak 127% dalam tempoh lima tahun pertama (2006-2010).Skala penurunan sebanyak 22% berlaku dalam tempoh lima tahun kedua (2011-2015) yakni RM871 kepada RM680. Kemudian, kadar harga emas terus melonjak semula bagi tempoh empat tahun seterusnya (2016-2019) RM819 kepada RM948 iaitu sebanyak 15%.Pola peningkatan ini dijangka berterusan dari masa ke semasa. Oleh itu demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat, KGT menyediakan satu platform khusus kepada individu atau pun syarikat yang berhasrat memiliki simpanan emas fizikal menerusi program Tabungan DnD (Tukar Perak Kepada Emas). Pengurus Operasi dan Kewangan KGT, Wan Najahuddin FuadMenurut Pengurus Operasi dan Kewangan KGT, Wan Najahuddin Fuad, 33, objektif Kerajaan Negeri Kelantan pada peringkat awal mata wang sunah ini diperkenalkan adalah untuk melihat setiap rakyat Kelantan memiliki simpanan emas dan perak secara fizikal dan seterusnya menjadikan logam tersebut sebagai satu simbol transaksi yang boleh diperdagangkan (sistem barter).“Pelbagai pakej tabungan ditawarkan kepada masyarakat dan peluang memiliki emas dengan Tabungan serendah 1 Dirham (RM20) sebulan dalam tempoh 1 tahun. Selain itu juga, tawaran “0” caj simpanan dirham juga turut menjadikan Tabungan DnD dilihat berbaloi, menguntungkan dan selamat berikutan pasaran kini menunjukkan kadar peningkatan inflasi mata wang telah mempengaruhi kenaikan harga emas dunia,” ujar Wan Najahuddin.“Dinar Kelantan kini memiliki variasi versi seperti Dinar 2006 (Edisi Permodalan Kelantan Berhad), Dinar Edisi World Islamic Mint 2008 (Edisi Kelantan Golden Trade) dan Dinar Edisi Baharu 2015 (Edisi Kelantan Gold Trade Sdn Bhd) yang menjadi tarikan para numismatik dan pengumpul mata wang antarabangsa seperti warga India dan Jepun yang sanggup ke Kelantan semata-mata untuk mendapatkan koleksi Dinar Dirham Kelantan,” hurainya.Justeru itu, pihak KGT mewaliki Kerajaan Negeri Kelantan menyeru seluruh masyarakat memiliki simpanan emas dan perak fizikal dalam bentuk Dinar Dirham dan jongkong. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Bakar Ibn Abi Maryam yang bermaksud, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)”.Walaupun hadith ini berstatus dhaif, namun intisari mafhumnya boleh dijadikan pengajaran bermanfaat demi meneruskan jihad ekonomi umat Islam.Sebarang maklumat mengenai produk KGT boleh dicapai melalui pautanhttps://kgt.com.my/KGT2016/ atau di talian 09-744 1901.Peluang Kerja Di Australia, Dibuka..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/harga-1-dinar-ktan-cecah-rm1000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yamaha Xsr 155 2019 Dilancarkan Di Thailand Pada Harga Rm12 000

Yamaha Xsr 155 2019 Dilancarkan Di Thailand Pada Harga Rm12 000

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 398 hits
Thailand merupakan antara pasaran motosikal terbesar di Asia Tenggara Semalam secara rasminya Yamaha Thailand melancarkan model terbaru mereka XSR 155 yang akan berada di pasaran Thailand pada harga THB91 500 Model XSR ini menampilkan rekaa
Harga Emas Naik Lagi Tembus Harga Tertinggi Di Rp 755 000 Per Gram

Harga Emas Naik Lagi Tembus Harga Tertinggi Di Rp 755 000 Per Gram

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 251 hits
Harga emas PT Aneka Tambang Tbk naik Rp 6 000 pada perdagangan hari ini Selasa menjadi Rp 755 000 per gram dari perdagangan kemarin di Rp 749 000 per gram Harga ini menjadi harga tertinggi di 2019 setelah Kamis lalu menyentuh Rp 753 000 per...
Puas Hati Beli Kabel Charger Smartphone Harga Bawah Rm1

Puas Hati Beli Kabel Charger Smartphone Harga Bawah Rm1

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 436 hits
Memang syok bershopping online ni Anda boleh dapat harga barang yang anda inginkan pada harga yang memang gila gila murah Malah anda boleh dapat berganda penjimatan walaupun harga telah ditambah dengan kos pengeposan Memang murah betul Baru...
Sewa Mesin Kopi Dengan Harga Rm1 Arissto Italian Coffee

Sewa Mesin Kopi Dengan Harga Rm1 Arissto Italian Coffee

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 503 hits
Arissto Italian Coffee Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1 Sewa Mesin Kopi Dengan Harga RM1 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Baru baru ini Momi berkesempatan ke Malaysia Coffee Fest 2019 yang bertempat di New Wing 1Utama Shopping Centre Pe...
Naik Rp2 000 Harga Emas Antam Dibanderol Rp724 000 Per Gram

Naik Rp2 000 Harga Emas Antam Dibanderol Rp724 000 Per Gram

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 185 hits
Sedangkan untuk harga buyback emas Antam pada hari ini juga naik Rp2 000 menjadi Rp724 000 per gram Harga buyback ini adalah jika Anda menjual emas Antam akan membelinya di harga tersebut
Semalam Pinjam Lagi Rm3 Bilion Untuk Cecah Rm1 Trilion Kerajaan Ph Boleh Umum Hari Hutang Negara

Semalam Pinjam Lagi Rm3 Bilion Untuk Cecah Rm1 Trilion Kerajaan Ph Boleh Umum Hari Hutang Negara

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 879 hits
Tidak sampai dua tahun lagi kerajaan Pakatan Harapan boleh mengumumkan cuti umum hari hutang negara kerana hutang negara akan mencecah RM1 trilion dengan rasminya sinis bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Ini berikut...
198 000 Liter Air Diguna Bagi Memadam Kebakaran Hutan Di Miri

198 000 Liter Air Diguna Bagi Memadam Kebakaran Hutan Di Miri

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 323 hits
MIRI 16 Ogos Sejumlah 198 000 liter air telah digunakan dalam operasi memadam kebakaran hutan melalui udara di Kuala Baram hari ini Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sarawak Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berk...
2 000 Ribu Bus Listrik Mulai Diproduksi 2020

2 000 Ribu Bus Listrik Mulai Diproduksi 2020

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 248 hits
Menurutnya pengadaan bus listrik tersebut salah satunya dilakukan oleh swasta yakni perusahaan otobus Dia mendorong hingga lima tahun mendatang sudah ada 41 ribu bus dan kendaraan angkutan umum dengan bahan bakar listrik
60 000 Masyarakat Serukan Kebebasan Untuk Hong Kong

60 000 Masyarakat Serukan Kebebasan Untuk Hong Kong

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 216 hits
Kerumunan masyarakat sekitar 60 000 orang menyerukan kebebasan untuk Hong Kong pada rapat umum di kawasan bisnis Chater Garden pada Jumat malam Aksi ini menyikapi pernyataan Beijing yang mengancam akan melakukan intervensi jika Hong Kong ti...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip