Harapan Sudah Berlalu Kini Bina Impian Baharu



PUTRAJAYA adalah matlamat utama PH waktu itu. Tanpa peduli apa agenda utama DAP yang tersemat rapi. Atas nama PKR mereka bertarung menjatuhkan BN.

PAS dilihat mengambil langkah ke belakang apabila satu-satunya parti besar pembangkang tidak bergabung dengan blok pembangkang berlawanan dengan blok pembangkang ketika PRU14. Dalam erti kata lain PAS berseorangan menentang BN.

PH yang terdiri dari tiga gabungan parti pembangkang iaitu PKR, DAP, BERSATU dan PAN meraih majoriti mudah di Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Pakatan ini memenangi 113 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 79 kerusi. PAS hanya menang 18 kerusi di seluruh negara dan beberapa parti lain.

PAS menjadi sasaran serangan kerana tidak bersama gabungan PH dan dilihat kempunan atau terlepas bersama-sama rakan pembangkang lain berarak ke Putrajaya, terutamanya dari rakan serpihan PAS iaitu PAN.

Diperlekeh, kerana mengekalkan prinsip redha Allah lebih penting dari kemenangan tanpa redha Allah. PAS cukup yakin kemenangan ini akan memberi masalah kepada Islam dan orang Melayu kerana DAP mempunyai agenda tersendiri. PAS tidak mahu terlibat dengan agenda jahat yang didukung oleh kuasa luar yang anti-Islam.

Pendirian yang diperli oleh PAN setiap masa apatah lagi waktu mereka baru melangkah ke Putrajaya dengan bergaya. Dengan beberapa Kementerian dianugerahkan kepada mereka.

PAS yang bertarung seorang diri, hanya mengendong 18 kerusi Parlimen dan memerintah dua negeri. Hampir menjadi kerajaan di Kedah.

Bermacam serangan dan tohmahan yang PAS terpaksa telan, baik semasa kempen PRU dan selepas PRU. King Maker yang disebut oleh Tuan Guru Presiden digelak sakan, tuduhan makan duit sogokan RM90 juta dari Umno dan bermacam tuduhan lagi.

PAS pada asalnya menjangkakan akan peroleh 40 kerusi Parlimen mengikut kaji selidik dalaman mereka, bila didedahkan, PAN terus menyerang kerana PAS bertanding hanya untuk menang 40 kerusi. Sedangkan semua parti bertanding memerlukan 112 kerusi untuk memerintah.

Di sinilah timbul PAS mengatakan tak apa, tak menang banyak, dengan jumlah itu PAS boleh menjadi King Maker kepada mana-mana kumpulan lain untuk membentuk kerajaan. Siang malam PAS dikecam.

Apabila PAS dilihat tidak berselera besar untuk capai kemenangan dan terus ke Putrajaya, PAS rela bersendirian daripada bergabung dengan DAP untuk ke Putrajaya dan yang penting bagi PAS mendapat redha Allah adalah lebih utama dari berkomplot dengan DAP ke Putrajaya.

Semua ini menjadi bahan gelak, perlian dan serangan PAN terhadap PAS yang dilihat terkebelakang sedangkan sudah lama berjuang dalam pilihan raya. PAN hanya kali pertama bertarung dan hanya menjadi balaci DAP tetapi melangkah bergaya ke Putrajaya bersama parti besar lain.

Kini, tidak sampai dua tahun, mereka hampir hilang segalanya. Kemuncak krisis dalaman PH pada 21 Februari 2020 mengubah segalanya. Nikmat berkerajaan yang dikecapi dan dimegah-megah oleh PAN hancur sekelip mata. Mereka terdiam, terduduk lemah longlai.

Mereka lupa semua tindak tanduk DAP dengan agenda kerakusan menceroboh hak orang Islam dan bangsa Melayu.

PKR pula dengan gelojohnya hendak menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 tanpa menunggu situasi negara berada dalam stabil. Terus menekan Mahathir agar transisi ini bersegera dilakukan.

Tanpa mengira semua permasalahan rakyat, janji manifesto pilihan raya, perasaan orang Islam, perasaan orang Melayu, persatuan pelampau Cina terus diberi ruang mengganas dan merobek hati-hati orang Melayu.

Semua ini disokong PAN, Menteri pelajaran dipecat kerana tulisan Jawi, Aset pencarum Tabung Haji dilambung atau dilelong di Pasar malam oleh taiko-taiko besar, pun mereka sokong, asal DAP buat semua tak apa.

Huru-hara negara dengan tindak-tanduk mereka. Rakyat bagai tidak sabar melihat kejatuhan mereka. Di sana setiap malam dan waktu, mereka menadah tangan mengadu kepada Allah, ini pun diperli mereka.

Dengan apa yang berlaku, maka boleh dikatakan mereka sudah hilang arah. Janji tinggal janji, Islam hanya tempelan hiasan bagi mereka, jauh sekali mencari redha Allah dalam setiap perkara, maka mereka sedang hadapi kesannya sekarang ini. Kuasa hilang sekelip mata.

Kedudukan, pangkat, darjat semua hilang. Sekarang baru mereka sedar, DAP yang gelojoh untuk laksana semua pelan mereka baru sedar, Malaysia ada kedaulatannya. Islam ada kedaulatannya, rakyat ada kedaulatannya.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah natijah kealpaan mereka. Anwar yang tidak pernah serik dengan cita-citanya menyebabkan rakyat Malaysia terheret dengan krisis sekarang.

Semoga dengan apa yang sudah berlaku, penyatuan bangsa Melayu melalui Muafakat Nasional, kerjasama antara kaum yang saling hormat-menghormati hak kaum lain, kepelbagaian agama dan masyarakat majmuk, diambil kira dalam pembentukan, kerjasama baharu bagi membawa Malaysia ke arah kemakmuran dan mendapat redha Allah dalam pemerintahan.

Samalah kita doakan agar krisis yang berlaku sekarang ini reda, selesai dengan aman, dikembalikan kedaulatan Islam dalam negara kita yang kita cintai. Hak-hak kaum dan agama juga perlu kembali kepada kesepakatan yang sudah dipahat dalam Perlembagaan.

NARAZA MUDA
– HARAKAHDAILY 25/2/2020


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/harapan-sudah-berlalu-kini-bina-impian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertanian Pintar Aeroangkasa Dan Ekonomi Digital Suntik Dinamisme Baharu Bina Ekonomi

Pertanian Pintar Aeroangkasa Dan Ekonomi Digital Suntik Dinamisme Baharu Bina Ekonomi

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR 20 FEB Bidang pertanian pintar aeroangkasa dan ekonomi digital berperanan besar dalam menyuntik dinamisme baharu ke arah membina ekonomi berpendapatan tinggi kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Beliau be...
Kini Masa Untuk Bina Semula Parti Tegakkan Prinsip Perjuangan Dan Bantu Rakyat

Kini Masa Untuk Bina Semula Parti Tegakkan Prinsip Perjuangan Dan Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 229 hits
MALAYSIA baru sahaja melepasi fasa pergolakan politik terlalu sengit yang menyaksikan perbalahan serta serangan tidak rasional menyalahkan antara satu sama lain Hentikanlah Benar kemarahan dan kejutan yang kita hadapi bersama sudah tentu ti...
Pakatan Harapan Runtuh Di Johor Parti Gabungan Baharu Ambil Alih

Pakatan Harapan Runtuh Di Johor Parti Gabungan Baharu Ambil Alih

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 280 hits
Kemelut yang melanda politik negara dilihat semakin meruncing apabila satu demi satu berita mengejut telah diterima Jika sebentar tadi Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad kembali memegang jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi ...
Cpu Amd Ryzen Threadripper 3990x Kini Boleh Dibeli Di Pasaran Tempatan Pada Harga Rm16999

Cpu Amd Ryzen Threadripper 3990x Kini Boleh Dibeli Di Pasaran Tempatan Pada Harga Rm16999

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 269 hits
https ift tt eA8V8J AMD baru baru ini telah melancarkan CPU terbaru dan paling berkuasa mereka iaitu AMD Ryzen Threadripper 3990X yang memfokuskan kepada golongan profesional CPU tersebut hadir dengan 64 teras fizikal 128 bebenang kuasa dan...
Aplikasi Gmail Untuk Ios Kini Boleh Memilih Lampiran Terus Dari Aplikasi Files

Aplikasi Gmail Untuk Ios Kini Boleh Memilih Lampiran Terus Dari Aplikasi Files

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 427 hits
GMail adalah antara aplikasi klien emel yang baik Ia adalah aplikasi dari Google dan bukan sekadar aplikasi emel sahaja Google padatkan dengan pelbagai fungsi dan ciri yang menarik agar ia memuaskan hati pengguna Pada peranti Android aplika...
Virus Corona Belum Usai Kini Muncul Penyakit Lebih Mematikan Di Afrika Korban Tewas Dalam 48 Jam

Virus Corona Belum Usai Kini Muncul Penyakit Lebih Mematikan Di Afrika Korban Tewas Dalam 48 Jam

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 327 hits
Kasus wabah virus corona belum selesai kini muncul virus lebih mematikan di Afrika korban tewas dalam 48 jam setelah terjangkit Hingga kini kasus virus corona masih menjadi perhatian seluruh dunia Wabah penularan virus dari Wuhan China ini ...
Lama Menghilang Edwin Jody Super Bejo Kini Fokus Berhijrah

Lama Menghilang Edwin Jody Super Bejo Kini Fokus Berhijrah

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 203 hits
Masih ingat dengan duo MC dan juga aktor Jody Sumantri dan Teuku Edwin yang tergabung dalam Super Bejo Anak generasi 90an pasti tahu dengan duo yang selalu kompak ini
Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 434 hits
Berita baik kepada pengguna Tabung Haji dimana sekarang korang dah boleh semak baki tabung haji dengan melalui internet sahaja Korang tak perlu lagi pergi ke kaunter Tabung Haji dan beratur untuk membuat urusan Segalanya disediakan di platf...
Xiaomi Mi 10 Kini Rasmi Snapdragon 865 108mp Ram Lpddr5 90hz

Xiaomi Mi 10 Kini Rasmi Snapdragon 865 108mp Ram Lpddr5 90hz

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 279 hits
Xiaomi hari ini telah melancarkan peranti mercu baharu mereka Xiaomi Mi 10 Berdasarkan apa yang tertiris sebelum ini spesifikasi Xiaomi Mi 10 dilihat lebih kurang sama sahaja Xiaomi Mi 10 adalah satu peranti serba baharu berbanding Xiaomi M...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia