Kini Masa Untuk Bina Semula Parti Tegakkan Prinsip Perjuangan Dan Bantu Rakyat



MALAYSIA baru sahaja melepasi fasa pergolakan politik terlalu sengit yang menyaksikan perbalahan serta serangan tidak rasional menyalahkan antara satu sama lain

Hentikanlah. Benar, kemarahan dan kejutan yang kita hadapi bersama sudah tentu tidak akan reda dengan serta-merta. Namun, kita harus bertindak wajar dengan mengutamakan golongan yang terpenting

Saya bersyukur kerana diberi mandat oleh rakyat Permatang Pauh selaku Ahli Parlimen, mewakili suara mereka pada hari bersejarah, 9 Mei 2018

Jelas, mandat rakyat harus kita hormati dan pertahankan. Ini prinsip yang merangkul agenda demi rakyat - sama ada kita bergerak sebagai kerajaan mahupun pembangkang

Keputusan saya pada akhir Disember 2018, untuk tidak lagi bersama di pentas arena politik arus perdana adalah berdasarkan prinsip mengutamakan pemaknaan agenda reformasi yang harus menjalar pelaksanaannya di kalangan masyarakat khususnya penduduk Permatang Pauh

Tahun ini menjadi saksi kepada sebahagian besar daripada usaha penuh makna di Permatang Pauh yang melibatkan kerjasama bakat terbaik tanah air kita untuk memberi impak sosioekonomi yang positif kepada rakyat

Antara projek rintis yang utama adalah Program SEDAR iaitu program psiko-sosio-rohani yang melibatkan penggunaan metadon di masjid dan diluluskan oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) bagi penagih heroin yang mahu kembali ke pangkal jalan


Selain itu, kami bakal melaksanakan kajian rumah ke rumah untuk meninjau tahap kemiskinan dengan mengukur indeks kemiskinan multidimensi di Permatang Pauh bersama pakar kemiskinan dan ahli ekonomi tersohor Malaysia, Profesor Fatimah Kari

Kita juga perlu meneruskan agenda reformasi yang diusahakan oleh Jabatan Penjara Malaysia yang menyasarkan 75 peratus daripada jumlah banduan yang layak dan mampu menyertai Program Pemulihan Dalam Komuniti di luar penjara. Inilah program pemulihan yang sebenar

Kita memerlukan reformasi di dalam bidang pertanian dan hasrat saya adalah untuk memperkenalkan sistem pertanian bebas racun perosak dengan pasaran lumayan luar negara yang tersedia. Barulah petani kita bakal meraih keuntungan yang setimpal dengan perit jerih mereka. Pertanian moden sebegini sudah tentunya memerlukan pelaburan yang tinggi bukan kepada kroni tetapi petani sejati

Barulah bekalan makanan negara terjamin dan usaha murni ini wajib dilunaskan oleh agensi kerajaan dan jabatan sedia ada tidak kira parti atau bendera mana yang mengepalai kementerian ini. Bendera petani yang terpenting

Bayangkan, Malaysia mampu mencapai masa depan tanpa kanser serviks khususnya yang lebih perit dialami oleh wanita berpendapatan rendah menerusi kolaborasi kami dengan Yayasan Rose, Universiti Malaya

Saya amat bimbang sekiranya pertimbangan politik jahat menguasai mana-mana kerajaan, maka program-program demi rakyat yang telah kami usahakan bersama bakal menjadi mangsa. Sedangkan program demi rakyat harus kalis politik jahat

Tambahan program yang mahu dilaksanakan bukan program sebarang program, namun program yang terbukti berhasil kerana menjadikan pakar sebenar, bukannya pakar politik sebagai bahan rujukan

Tidak kira siapa yang memerintah, bersatulah kita semua, dalam memastikan mereka yang mempunyai kuasa, termasuklah Ketua-Ketua Setiausaha di dalam setiap kementerian, mengutamakan kebajikan rakyat, bukannya kepentingan politik

Kita harus mengumpulkan idea-idea terbaik Malaysia dan melaksanakan program yang memberi impak kepada golongan terpinggir, dan terjerumus di dalam kancah kemiskinan

Ingatlah, penagih memerlukan rawatan. Maka, klinik Cure and Care di seluruh Malaysia harus diberi dana sokongan supaya dapat beroperasi seperti biasa

Selain itu, bantuan sara hidup dan bantuan lain harus tepat pada sasaran menerusi ukuran kemiskinan yang lebih menyeluruh dan tepat

Bantuan haruslah memperkasa dan mempertahan maruah golongan yang dibantu. Inilah reformasi kemiskinan yang sebenar

Reformasi penjara juga perlu disokong. Berikan suara kepada mereka yang tidak mampu bersuara di atas nama keadilan sosial

Semaikan kasih sayang, toleransi dan adab serta akhlak yang mulia. Walau ada yang menyemai kebencian, ingatlah peribadi Rasulullah SAW kesayangan umat Islam - kitalah yang mencerminkan agama Islam yang syumul

Desak kerajaan hari ini untuk mencerminkan rakyatnya, desak mereka untuk mempertahan nilai-nilai murni dan mengutamakan rakyat terpinggir dan golongan bawahan

Wadah politik saya ialah KEADILAN (Parti Keadilan Rakyat) - yang telah memungkinkan saya merealisasikan idealisme reformasi berpaksikan prinsip keadilan, insya-Allah. Di mana-mana sahaja kawasan parlimen yang kita wakili, kekalkanlah kredibiliti melalui kerja, program, inisiatif dan dalam mempertahan dasar perjuangan

Saya akan terus menyokong kepimpinan dan teman-teman KEADILAN khususnya untuk memberikan usaha terbaik di dalam memelihara idealisme dan kredibiliti kita

Kita mesti menyahkan unsur-unsur khianat di dalam jemaah. Kini, adalah masa untuk kita membina semula parti, menegakkan prinsip-prinsip yang kita perjuangkan dan membantu rakyat menikmati dasar terbaik yang kalis politik jahat dan kalis masa depan

Sumber: Sinar Harian

from Sehinggit Media https://ift.tt/2TuwT9Z
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/03/kini-masa-untuk-bina-semula-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Itali Rancang Kuarantin 16 Juta Rakyat Lebih 1 000 Kes Dalam Masa 24 Jam

Covid 19 Itali Rancang Kuarantin 16 Juta Rakyat Lebih 1 000 Kes Dalam Masa 24 Jam

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 333 hits
Itali 8 Mac Itali dilaporkan mula mengenakan kuarantin ke atas 16 juta penduduk negara berkenaan bagi mengekang wabak COVID 19 Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte telah mengeluarkan perintah berkurung ke atas satu pertiga daripada rakyat n...
Tiktok Kini Membolehkan Ibu Bapa Menetapkan Had Masa Penggunaan Untuk Anak Anak

Tiktok Kini Membolehkan Ibu Bapa Menetapkan Had Masa Penggunaan Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 602 hits
https ift tt eA8V8J Dengan perkembangan arena media sosial salah satu perkara yang sering menjadi kerisauan ramai pihak adalah berkaitan dengan masa lama yang dihabiskan untuk melayari media sosial dan internet Untuk mengatasinya sejumlah p...
Untuk Bina Semula Kerajaan Ph Tiada Jalan Lain Bergabung

Untuk Bina Semula Kerajaan Ph Tiada Jalan Lain Bergabung

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 383 hits
JELANG MALAMKEPUTUSAN hasil daripada temuduga dari kalangan 221 ahli parlimen yang berlangsung selama dua hari berturut turut di Istana Negara sudah pun selesai dan diketahui Yang diPertuan Agong telah pun memperolehi keputusan Esok Yang di...
Masa Depan Negara Ditentukan Rakyat Bukan Elit Politik

Masa Depan Negara Ditentukan Rakyat Bukan Elit Politik

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 170 hits
UMNO BN dan Pas menyarankan supaya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan sebuah pilihan raya umum untuk memilih kerajaan baharu diadakan Timbalan Presiden KUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata masa depan negara...
Nak Bantu Umat Islam Pegawai Polis Nigeria Belanjakan Gaji Bulanan Untuk Bina Masjid

Nak Bantu Umat Islam Pegawai Polis Nigeria Belanjakan Gaji Bulanan Untuk Bina Masjid

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 253 hits
Seorang polis di Nigeria dipuji kerana telah membelanjakan kekayaannya untuk membantu Islam dan umat Islam dengan membina sebuah masjid dan tempat mengambil wuduk Bertentangan dengan pendapat bahawa Pegawai Polis Nigeria adalah tidak baik i...
Pemimpin Tertinggi Dap Bertemu Bincang Masa Depan Parti

Pemimpin Tertinggi Dap Bertemu Bincang Masa Depan Parti

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 257 hits
Pemimpin tertinggi DAP berkumpul di ibu pejabat DAP hari ini selepas spekulasi mengatakan ia akan disingkirkan daripada kerajaan PH KUALA LUMPUR Pemimpin tertinggi DAP berkumpul di ibu pejabat parti mereka untuk membincangkan kedudukannya s...
Rakyat Yang Berkuasa Bukan Si Pencatur Kuasa Syed Saddiq Doa Agar Perjuangan Dirahmati

Rakyat Yang Berkuasa Bukan Si Pencatur Kuasa Syed Saddiq Doa Agar Perjuangan Dirahmati

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 352 hits
Bekas Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuatnaik kenyataan di media sosial berhubung senario politik negara hari ini Dalam kenyataan tersebut beliau menyatakan telah menyampaikan pendapatnya kepada Perdana Menteri Y...
Tun M Telah Buktikan Kewibawaannya Kini Tiba Masa Anwar Pula Melaksanakannya

Tun M Telah Buktikan Kewibawaannya Kini Tiba Masa Anwar Pula Melaksanakannya

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 239 hits
Selepas PH berjaya membentuk kerajaan pada Mei 2018 Tun M telah berusaha untuk melaksanakan beberapa manifesto yang dijanjikan meskipun semua tahu masalah besar yang kita hadapi apabila mewarisi kerajaan yang telah hampir rosak Banyak manif...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord