Harapan Coin Scam Terbaharu


PERKATAAN scam mula digunakan di Amerika Syarikat seawal tahun 1960-an yang merujuk kepada komplot mewujudkan skim atau rancangan bagi menipu orang ramai untuk keuntungan cepat.

Ia kemudiannya menjadi popular dalam slanga merujuk kepada kegiatan jenayah di negara tersebut setelah digunakan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam sebuah operasi banteras pengedaran dadah.

Kamus Cambridge kemudiannya mendefinisikan scam sebagai “an illegal plan for making money, especially one that involves tricking people.”

Justeru agak memalukan apabila kita perhatikan kerajaan hari ini telah dipengaruhi unsur scam ini. Sudah tentu scam terbesar ialah Manifesto Pakatan Harapan apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakui ia disediakan tanpa hasrat untuk melaksanakan sepenuhnya.

Kemudian kita membaca kisah seorang ahli perniagaan yang menyumbang beratus ribu kepada Pakatan Harapan Perak dalam pilihan raya lalu kerana dijanjikan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri. Beliau akhirnya mendedahkan setelah tidak dilantik ke jawatan terbabit. Ini baru seorang yang bersuara.

Dalam Bajet 2019 juga terdapat kritikan bahawa pengenalan insentif P2P dalam aktiviti penjualan rumah merupakan satu scam kerana tidak jelas pelaksanaannya dan boleh menyebabkan pembeli rugi pada masa hadapan.

Malah tindakan Menteri Kewangan melancarkannya bersama sebuah syarikat pemaju dua hari selepas pembentangan bajet (Bajet 2019 belum diluluskan) menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Baru-baru ini dua menteri hadir dalam majlis sebuah syarikat yang dikatakan terkait dengan kegiatan scam.

Scam terbaharu dan sangat membimbangkan ialah permintaan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, supaya kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) menerima penggunaan Harapan Coin dalam kegiatan urusan kewangan negara.

Adalah sangat membimbangkan ketika nilai Ringgit Malaysia sedang terjunam berbanding AS$, dan rizab BNM yang makin mengecil, kerajaan sibuk untuk mencari jalan membenarkan Harapan Coin digunakan secara rasmi dalam uru­san negara. Ini hanya akan menambah indeks ketidakpercayaan pelabur terhadap ekonomi negara.

Harapan Coin ialah sejenis cryptocurrency atau mata wang digital yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat sebelum pilihan raya umum lalu, dengan Khalid Samad sebagai jurujual utamanya.

Dalam klip video promosi tersebut Khalid Samad yang menjadi “jurujual” menyatakan Harapan Coin dijual sebagai mencari sumbangan kepada Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu. Semua wang pembelian Harapan Coin dibahagikan antara parti politik dan syarikat terbabit.

Apakah makna mata wang digital ini? Mata wang digital atau kripto pertama kali muncul dengan pengenalan bitcoin. Sehingga hari ini Bitcoin dan lain-lain mata wang digital masih menjadi satu polemik di seluruh dunia.

Jangan keliru mata wang digital dengan transaksi digital. Transaksi digital masih menggunakan mata wang sedia ada sesebuah negara. Manakala mata wang digital merupakan satu jenama baharu yang terhasil melalui penjanaan sistem komputer, dan tidak terikat kepada peraturan-peraturan ekonomi sebenar.

Nilai mata wang digital ditentukan sepenuhnya oleh spekulasi ada orang akan membeli dengan harga lebih mahal. Ia boleh runtuh apabila tiada permintaan untuk membeli. Ini sama seperti spekulator mata wang yang menyebabkan krisis kewangan 1997.

Namun spekulasi mata wang digital ini lebih berbahaya kerana bukan sahaja nilainya tidak bersandarkan apa-apa realiti, malah kenaikan nilai hanya dengan harapan suatu hari nanti ia akan digunakan dalam semua transaksi. Mereka mewujudkan keadaan ekonomi palsu atau false economy.

Ini berbeza dengan mata wang fiat seperti Ringgit, Dolar, Pound Sterling dan lain-lain mata wang rasmi yang dijamin oleh Bank Pusat negara terbabit. Walaupun nilai mata wang fiat juga ditentukan oleh pasaran namun ia mempunyai unsur kawalan dan jaminan oleh Bank Pusat.

Sudah tentulah mata wang fiat juga boleh hilang nilai dalam keadaan luar biasa seperti kiamat ekonomi, perang dunia, kerajaan terbabit muflis atau Bank Pusat mencetak wang melebihi sepatutnya. Namun risikonya sangat kecil berbanding mata wang digital yang tidak bersandarkan realiti ekonomi.

Jika dibaca di laman web mereka jelas Harapan Coin telah dijual untuk membiayai tabung politik Pakatan Harapan. Hari ini Harapan Coin (HRP) tidak bernilai apa-apa walaupun mereka meniaganya pada nilai HRP100 bersamaan dengan AS$45.

Namun sebaik sahaja kerajaan membenarkan penggunaan Harapan Coin untuk urusan rasmi ia akan menjamin nilai Harapan Coin. Pemilik Harapan Coin boleh membayar cukai dan membeli barangan di Malaysia menggunakan HRP dan Bank Negara perlu menerima permintaan penukaran HRP kepada mata wang lain.

Harapan Coin jika dilaksanakan merupakan scam yang lebih besar berbanding manifesto mereka.

* Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan nasionalis (Akar)
sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2018/11/harapan-coin-scam-terbaharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fahmi Urges Caution On Harapan Coin Says Should Wait For Guidelines On Cryptocurrency Political Financing

Fahmi Urges Caution On Harapan Coin Says Should Wait For Guidelines On Cryptocurrency Political Financing

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 236 hits
The government has been urged to wait for proper cryptocurrency guidelines and political financing regulations to be put into place before introducing the Harapan Coin PKR communications director Fahmi Fadzil who is the Lembah Pantai MP sai...
Apa Masaalah Dengan Harapan Coin Khalid Samad Tanya Najib

Apa Masaalah Dengan Harapan Coin Khalid Samad Tanya Najib

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 333 hits
MENTERI Wilayah Persekutuan Khalid Samad malam dilapor mempersoalkan Mengapa Datuk Seri Najib Razak menentang cadangan pakatan harapan untuk melancarkan matawang kripto sendiri Kenapa Najib nak pertahankan bitcoin sebab dia ada banyak bitco...
Mengapa Bank Negara Dan Suruhanjaya Sekuriti Tidak Mengeluarkan Amaran Dan Siasat Dalang Di Sebalik Harapan Coin Najib

Mengapa Bank Negara Dan Suruhanjaya Sekuriti Tidak Mengeluarkan Amaran Dan Siasat Dalang Di Sebalik Harapan Coin Najib

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 282 hits
Khalid Samad mengakui dia dan rakan rakan terlibat dalam projek Harapan Coin Bagus Kita buat ulang kaji sedikit Pertama Khalid Samad cadangkan Harapan Coin diguna dalam transaksi rakyat dengan kerajaan Kedua Khalid Samad dalam video kata Ha...
Cenbet Raises Red Flags Over Harapan Coin

Cenbet Raises Red Flags Over Harapan Coin

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 287 hits
In the digital currency ecosystem owners of accounts can stay anonymous if they choose to This allows foreign parties to influence our political processes Civil society group Centre for a Better Tomorrow has joined those questioning pro Pak...
Khalid Akui Dia Terlibat Dalam Matawang Kripto Harapan Coin

Khalid Akui Dia Terlibat Dalam Matawang Kripto Harapan Coin

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad hari ini mengakui dia dan rakan rakan terlibat dalam matawang kripto Harapan Coin yang akan dicadangkan kepada Bank Negara dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk transaksi ker...
Cimb Group Bekerjasama Dengan Ripple Kenapa Tidak Dengan Harapan Coin Hahaha

Cimb Group Bekerjasama Dengan Ripple Kenapa Tidak Dengan Harapan Coin Hahaha

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 331 hits
Ripple adalah salah satu coin yang popular dan berada dalam topten dalam coinmarketcap Ripple mempunyai satu rangkaian blockchain yang unik berbanding bitcoin Blockchain ripple network kebanyakkan digunakan oleh bank dan dikatakan antara tr...
Perdana Menteri Lebih Berminat Dengan Penggunaan Teknologi Nirtunai Di India Berbanding Dengan Harapan Coin

Perdana Menteri Lebih Berminat Dengan Penggunaan Teknologi Nirtunai Di India Berbanding Dengan Harapan Coin

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 271 hits
Beberapa hari lalu kami ada melaporkan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad ingin membentangkan kertas kerja Harapan Coin kepada Bank Negara Malaysia dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kini berada di Singapura untuk lawatan kerj...
Siasat Harapan Coin Kata Najib

Siasat Harapan Coin Kata Najib

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 220 hits
Najib Razak mempersoalkan mengapa Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak keluarkan amaran dan siasat dalang di sebalik Harapan Coin Matawang Kripto Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pihak berkaitan per...
Kenapa Harapan Coin Dijual Sebelum Mendapat Pengesahan Bnm Lavida Coin Pula Diharamkan Bnm

Kenapa Harapan Coin Dijual Sebelum Mendapat Pengesahan Bnm Lavida Coin Pula Diharamkan Bnm

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 239 hits
Khalid Samad mengakui dia dan rakan rakan terlibat dalam projek Harapan Coin Bagus Kita buat ulang kaji sedikit Pertama Khalid Samad cadangkan Harapan Coin diguna dalam transaksi rakyat dengan kerajaan Kedua Khalid Samad dalam video kata Ha...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h

3 Ayat Pelaris Jualan Tak Perlu Sebut Brand

Breakthrough Your Fitness Plateau Vo2 Max Testing Personalized Plans

Tiada Desakan Mb Perlis Letak Jawatan Setiausaha Agung Pas

Apa Itu Sakit Sciatica Dan Rawatannya

Alas Meja Baru Beli Di Mr Diy