Harapan Baharu Bela Kematian Adib


Pelantikan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara memberi harapan baharu buat keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bagi menuntut pembelaan atas kematiannya hampir dua tahun lalu.

Bapa arwah, Mohd Kassim Abdul Hamid, 65, berkata beliau mahu melihat pelaku yang membunuh anaknya ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.

“Selepas Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian arwah adalah akibat perbuatan jenayah, pada 27 September lalu, kami menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa tapi sampai sekarang tiada sebarang perkembangan.

“Ia sepi begitu saja, harap polis bersungguh-sungguh menjalankan tugas menangkap suspek.

“Jangan buat seperti yang lepas, apabila dah tukar kerajaan dan Peguam Negara baharu ini, biarlah ada jalan baharu juga untuk keadilan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, di sini petang semalam.

Bapa kepada empat anak ini, berkata beliau tidak berpuas hati selagi penjenayah yang membunuh anaknya tidak diberkas.

Katanya, beliau tidak mahu mendengar pelbagai alasan diberikan sebelum ini seolah-olah mahu menutup kes berkenaan.

“Sebagai ibu bapa, saya dan isteri Asma Aziz, 53, tidak putus berdoa supaya kes arwah anak saya mendapat pembelaan sewajarnya...Saya yakin seluruh rakyat Malaysia juga mengharapkan kebenaran.

“Cuma ‘pemerintah’ sebelum ini cuba menutup kebenaran, rakyat Malaysia tahu perjalanan kes ini. Saya berterima kasih kepada semua yang membantu terutama kepada peguam yang memberikan perkhidmatan percuma kepada keluarga saya.

“Saya difahamkan peguam keluarga saya sedang membawa kes saman terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa ini, ada surat pemberitahuan mengenainya sampai tiga hari lalu, saya juga berharap kes ini akan berjalan lancar,” katanya.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/harapan-baharu-bela-kematian-adib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harapan Sudah Berlalu Kini Bina Impian Baharu

Harapan Sudah Berlalu Kini Bina Impian Baharu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 263 hits
PUTRAJAYA adalah matlamat utama PH waktu itu Tanpa peduli apa agenda utama DAP yang tersemat rapi Atas nama PKR mereka bertarung menjatuhkan BN PAS dilihat mengambil langkah ke belakang apabila satu satunya parti besar pembangkang tidak ber...
Covid 19 Catat 52 Kematian Baharu Angka Korban Cecah 2 715

Covid 19 Catat 52 Kematian Baharu Angka Korban Cecah 2 715

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 274 hits
SHAH ALAM 26 FEB China melaporkan 52 kematian baharu susulan wabak Covid 19 menjadikan angka korban yang maut setakat ini ialah 2 715 orang Suruhanjaya Kesihatan Negara berkata kesemua kematian dilaporkan di wilayah Hubei yang menyumbang 40...
Covid 19 China Catat 125 Kes Baharu 2 943 Kematian

Covid 19 China Catat 125 Kes Baharu 2 943 Kematian

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 396 hits
SHAH ALAM 3 MAC China merekodkan 125 kes jangkitan Covid 19 sehingga semalam turun berbanding 202 kes yang direkodkan kelmarin kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan Penurunan mendadak jangkitan didorong oleh kemerosotan kes di Wuhan bandar ...
Ngo Gesa Kerajaan Baharu Siasat Semula Kes Adib Dan Kes Berprofil Tinggi Yang Digugurkan

Ngo Gesa Kerajaan Baharu Siasat Semula Kes Adib Dan Kes Berprofil Tinggi Yang Digugurkan

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 376 hits
KUALA LUMPUR Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam menuntut kerajaan baharu menyiasat semula kes berprofil tinggi yang telah digugurkan Pengerusinya Aminuddin Yahaya berkata ia termasuk kes bekas anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd K...
Peguam Negara Baharu Ini Permintaan Keluarga Arwah Adib Buat Ramai Setuju

Peguam Negara Baharu Ini Permintaan Keluarga Arwah Adib Buat Ramai Setuju

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 254 hits
Setelah Peguam Negara yang baharu dilantik ini permintaan terkini dari keluarga arwah Adib pada peguam negara Baca selanjutnya Peguam Negara Baharu Ini Permintaan Keluarga Arwah Adib Buat Ramai SETUJU
Penjaja Hina Nabi Dan Kematian Arwah Adib Dijel 30 Bulan

Penjaja Hina Nabi Dan Kematian Arwah Adib Dijel 30 Bulan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR Kebiadaban seorang penjaja menghina kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dan junjungan tinggi Nabi Muhammad SAW melalui ciapan di Twitter akhirnya mendapat balasan selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hu...
Pakatan Harapan Runtuh Di Johor Parti Gabungan Baharu Ambil Alih

Pakatan Harapan Runtuh Di Johor Parti Gabungan Baharu Ambil Alih

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 399 hits
Kemelut yang melanda politik negara dilihat semakin meruncing apabila satu demi satu berita mengejut telah diterima Jika sebentar tadi Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad kembali memegang jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi ...
Bincang Kabinet Baharu Zahid Dapat Tangguh Bicara Esok

Bincang Kabinet Baharu Zahid Dapat Tangguh Bicara Esok

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR 2 Mac Perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berlangsung hari ini selepas presiden Umno terlibat dalam perbincangan membentuk Kabinet Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan un...
Felda K Jaan Baharu Betulkan Silap K Jaan Terdahulu Presiden Generasi

Felda K Jaan Baharu Betulkan Silap K Jaan Terdahulu Presiden Generasi

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 995 hits
Beri perhatian kepada FELDAINILAH waktunya untuk kerajaan baharu memperbetulkan kesilapan kerajaan terdahulu bagi memulihkan FELDA syarikat konglomerat besar kluster perladangan orang Melayu yang pernah gah di seluruh dunia Sejak awal penub...
Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet

Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

Lirik Lagu Sumud Nusantara Fetya

Usa89 10 July Usa89 Top 30 By Iris

Perjelas Isu Love Line Song Jihyo Gembira Kim Jongkook Bahagia Bersama Isteri Kini Cuma Urusan Kerja

Permintaan Tinggi Tiket Konsert Kru The Finale One More Time Sebabkan Ticket2u Crash

Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik