Harap Kedah Tak Serik Bantu Pahang Ustaz Rosli


HARAKAH DAILY  TEMERLOH: Misi Bantuan Pasca Banjir PAS Negeri Kedah sekali lagi menghulurkan sumbangan buat mangsa banjir di negeri ini pada satu majlis yang diadakan di Pusat Tarbiah Darul Ansar, Lanchang, di sini kelmarin.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya mengetuai delegasi 15 pimpinan PAS Kedah menyampaikan sumbangan hasil kutipan wang ringgit dan barangan daripada seluruh ahli PAS negeri itu.
Kehadiran rombongan dermawan ini disambut meriah pimpinan PAS Negeri Pahang diketuai Pesuruhjaya, Ustaz Rosli Abdul Jabar serta ramai pimpinan PAS Negeri dan PAS Kawasan seluruh Pahang pada majlis berkenaan.
Sebanyak 1,000 alas tidur dan 2 000 bantal serta 1,000 selimut termasuk wang tunai telah disampaikan kepada pimpinan PAS Kawasan-kawasan negeri ini untuk diagihkan pula kepada mangsa banjir di kawasan mereka.
Turut menerima sumbangan pada majlis ini adalah 150 ahli-ahli PAS yang merupakan mangsa banjir dari DUN Lanchang dan DUN Mentakab bagi meringankan beban ditanggung mereka akibat bencana banjir baru-baru ini.
Menurut Dato’ Ustaz Ahmad yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, sumbangan ini merupakan lanjutan dari siri-siri sebelumnya dan selepas ini pihaknya akan ke Kuantan dan Segamat bagi sumbangan kepada mangsa banjir di sana.
“Ini merupakan musibah dan ujian yang Allah kenakan kepada kita semua terutama yang terlibat banjir dan ujian keprihatinan kepada yang tidak terlibat. Alhamdulillah, hasilnya kita sama-sama prihatin menghulurkan sumbangan tenaga mahupun wang ringgit.
“Harapan saya, kepada seluruh mangsa diharap bersabar dengan ujian Allah dan mudah-mudahan keadaan akan kembali baik dan suasana akan datang akan bertambah baik insya-Allah,” katanya.
Beliau turut memberitahu, PAS Kedah merasa terhutang budi kepada PAS Pahang yang sebelum ini menghantar ramai sukarelawan membantu negeri itu semasa ditimpa musibah kepala air dan banjir di sekitar Gunung Jerai tempoh hari.
Menurut Ustaz Rosli yang juga ADUN Tanjung Lumpur pula, antara program masih berlangsung adalah membantu membaiki pendawaian elektrik rumah, membaiki kenderaan tenggelam banjir dan menukar minyak hitam motosikal.
Beliau juga sangat menghargai segala bentuk sumbangan dan bantuan tenaga dari negeri-negeri lain dan NGO antaranya daripada Kerajaan Negeri Terengganu khasnya melibatkan 2,500 petugas lengkap bersama tangki air dan kenderaan berat.
“Semoga Allah membalas jasa baik semua dengan balasan Syurga, insya-Allah. Musibah yang melanda ini adalah kehendak Allah dengan kuasa takdir-Nya. Sebagai hamba-Nya kita perlu bersabar dengan ujian Allah dan ujian ini untuk mempertingkatkan keimanan kita kepada-Nya.
“Kepada sahabat-sahabat Kedah jangan serik datang (bantu) Pahang, kerana setiap tahun Pahang akan ditenggelami banjir,” ujar beliau berseloroh mesra dengan delegasi pimpinan PAS Kedah yang hadir.
Setiausaha PAS Pahang, Hasanuddin Salim yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas sumbangan dan khidmat sukarelawan di negeri ini.
“Alhamdulillah PAS Temerloh melalui Khidmat Malaysia telah bertungkus lumus membantu dan menyelaras kerja-kerja menyantuni mangsa banjir dalam pelbagai bentuk yang datang dari berbagai pihak dari PAS Pusat.
“Juga dari PAS Negeri-negeri, Kawasan-kawasan, GLC dan pertubuhan-pertubuhan NGO yang datang melalui Khidmat Malaysia Temerloh untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sini. Bantuan yang dihulurkan sangat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.
“Bermula dari mencuci premis, bantuan makanan kering dan bermasak, bantuan barangan seperti toto, selimut, tikar, membaiki barangan elektrik, memulihkan pendawaian elektrik di premis, membantu membaiki premis yang rosak sehinggalah kepada membaiki kenderaan bermotor yang ditenggelami banjir. 
“Bahkan ada juga yang membantu membina semula rumah yang hampir musnah akibat banjir pada kali ini. Perkhidmatan yang dihulurkan melalui Khidmat Malaysia oleh PAS ini telah banyak membantu mangsa-mangsa banjir dan menjadi pelengkap kepada usaha Kerajaan Keluarga Malaysia dalam memastikan kebajikan mangsa-mangsa banjir terpelihara. 
“Terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga usaha kita bersama diganjari sebagai amal soleh di sisi Allah S.W.T dan usaha sebegini semoga dapat diteruskan pada masa akan datang insya-Allah,” rakamnya.
Antara turut bersama adalah Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu serta Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus dan ramai lagi. – HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/harap-kedah-tak-serik-bantu-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Mak Dah 3 Hari L0st C0ntact Anak Harap Warganet Bantu Kesan Ibu Hiiang

Mana Mak Dah 3 Hari L0st C0ntact Anak Harap Warganet Bantu Kesan Ibu Hiiang

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 182 hits
Media sosial kini dikenal sebagai platform terpantas untuk menyampaikan maklumat penting tambahan pula dengan kuasa viraI yang diyakini mampu menyelesaikan sesuatu isu dengan lebih cepat Oleh itu pengguna Twitter ini melalui akaun the yooni...
Isu Pembalakan Di Pahang Kerajaan Negeri Pahang Jangan Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa

Isu Pembalakan Di Pahang Kerajaan Negeri Pahang Jangan Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 141 hits
Isu pembalakan samada berlesen atau tidak sering kami timbulkan agar aktiviti ini dapat dikawal dan dipandang serius oleh pihak berkuasa Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal ini bukan sahaja boleh mencemarkan alam sekitar tetapi turut me...
6 000 Ekor Ikan Patin Mati Di Sungai Pahang Ekoran Banjir

6 000 Ekor Ikan Patin Mati Di Sungai Pahang Ekoran Banjir

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 145 hits
Ali reda dengan dugaan yang dihadapinya apabila 6 000 ekor ikan Patin sangkar belaannya mati akibat air kotor yang dibawa ke Sungai Pahang Foto Astro AWANI PEKAN Banjir yang melanda beberapa negeri sejak 18 Disember lalu memberi kesan menda...
Mini Zoo Hybrid Dinosaur Encounter Di Kuantan Pahang

Mini Zoo Hybrid Dinosaur Encounter Di Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 617 hits
Mini Zoo Teruntum Kuantan Pahang Selepas tamat 4 hari outstation di Zon Utara Dan alang alang untuk perjalanan balik ke tempat mastautin di Selangor pada hari jumaat Maka saya melencong untuk balik ke Pekan Pahang seketika semasa hujung min...
Enam Sungai Di Pahang Rekodkan Bacaan Air Sungai Lepasi Paras Bahaya Sejak Semalam

Enam Sungai Di Pahang Rekodkan Bacaan Air Sungai Lepasi Paras Bahaya Sejak Semalam

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 197 hits
KUANTAN Enam sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 8 00 pagi semalam berbanding empat sungai kelmarin Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran sungai berkenaan tiga di daerah Lipis manak...
Gelombang Kedua Sebanyak 284 Keluarga Di Pindahkan Ke 38 Pps Di Enam Daerah Di Pahang

Gelombang Kedua Sebanyak 284 Keluarga Di Pindahkan Ke 38 Pps Di Enam Daerah Di Pahang

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 122 hits
KUANTAN Sebanyak 284 keluarga melibatkan 995 mangsa telah dipindahkan ke 38 pusat pemindahan sementara setakat jam 6 petang pada Ahad susulan enam daerah di Pahang dilanda banjir gelombang kedua sejak Jumaat lalu Pengarah Angkatan Pertahana...
Met Dept Issues Dangerous Weather Alert For Johor Parts Of Pahang

Met Dept Issues Dangerous Weather Alert For Johor Parts Of Pahang

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 165 hits
The Meteorological Department has issued a dangerous weather warning for Johor and parts of Pahang predicting ongoing heavy rain of more than 150mm in 24 hours An ongoing heavy rain alert also means predicted continuous rainfall for over si...
Gelombang Kedua Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat Tujuh Jalan Di Tutup Di Pahang

Gelombang Kedua Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat Tujuh Jalan Di Tutup Di Pahang

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 175 hits
KUANTAN Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri melaporkan jumlah mangsa banjir petang ini ialah seramai 2 058 orang dengan 48 PPS beroperasi di lapan daerah Daripada jumlah itu 995 orang adalah mangsa banjir gelombang kedua di R...
Kerabat Pahang

Kerabat Pahang

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 134 hits
Suka suka je mamat ini mempergunakan KERABAT PAHANG untuk cover selepas kalah hujah
Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Spring Harbor House By Johnsen Schmaling Architects In Madison Wisconsin

Pengukus Lubang Tepi

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

New Environment