Haramkan Buku Hina Jata Negara Awang Sariyan


Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Siasat, dakwa penulis serta pelukis dibawah Akta Hasutan
BANGI – Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengharamkan penerbitan buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ yang didakwa menghina Jata Negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Awang Sariyan berkata, tindakan itu perlu susulan ia menimbulkan masalah ketenteraman rakyat dan menghina unsur kedaulatan negara.
Tegasnya, segala unsur yang mewakili kedaulatan negara seperti lagu kebangsaan, bendera, bahasa kebangsaan dan Jata Negara mesti dihormati oleh semua warganegara bahkan negara lain.
“Justeru langkah pertama perlu diambil ialah menyiasat dan mendakwa pelukisnya, penulis buku di bawah Akta Hasutan atau undang-undang lain.
“Perbuatan penulis menjadikan bentuk Jata Negara untuk kulit buku mereka, dengan bentuk yang membayangkan penghinaan kepada unsur kedaulatan negara tidak dapat diterima dan perlu diambil tindakan segera oleh KDN di bawah Akta Mesin Cetak dan undang-undang lain yang ada,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net , hari ini.
Dr Awang menyifatkan, buku yang mempamerkan lukisan mirip Jata Negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubah suai bentuk dua ekor harimau selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya turut menghina agama Islam.
“Penghinaan turut membabitkan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang terdapat pada jata. Bahkan penggantian objek asal dengan objek bermotif penghinaan seperti buaya dan lain-lain tidak memberikan kemuliaan kepada negara,” katanya yang juga Penyandang Kursi Za’ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sebelum ini, buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia suntingan penulis, Kean Wong tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen kerana mempamerkan logo mirip jata negara yang diubah suai sebagai penghias muka hadapan.
Selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan polis menyiasat, penerbitnya tampil memohon maaf dan mendakwa kononnya tiada niat untuk menghina lambang negara itu.
Pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, Chong Ton Sin mendakwa, imej pada kulit buku itu berasal daripada sebuah lukisan yang pernah dipamerkan di negara ini beberapa tahun lalu, dan penggunaannya diatur antara pelukis dan pengarang buku terbabit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/haramkan-buku-hina-jata-negara-awang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Berniat Untuk Hina Jata Negara Penerbit Buku Mohon Maaf

Tidak Berniat Untuk Hina Jata Negara Penerbit Buku Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 2188 hits
KUALA LUMPUR Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkara itu Chong Ton Sin yang juga pengarah dan...
Pemuda Umno Desak Tindakan Diambil Terhadap Buku Hina Jata Negara

Pemuda Umno Desak Tindakan Diambil Terhadap Buku Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 689 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penulis penyunting dan penerbit sebuah buku yang didakwa merendah rendahkan martabat jata negara dan menghina lambang rasmi kedaulatan Malaysia ...
Ada Kemungkinan Buku Hina Jata Negara Dilulus Ketika Zaman Ph Abata

Ada Kemungkinan Buku Hina Jata Negara Dilulus Ketika Zaman Ph Abata

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 572 hits
PETALING JAYA Penerbitan buku Rebirth Reformasi Resistance And Hope In New Malaysia yang menggunakan logo mirip jata negara yang diubahsuai dipercayai diluluskan ketika pentadbiran Pakatan Harapan Pengerusi Aktivis Belia Tanah Air Adnan Abu...
Polis Panggil Pihak Penerbitan Buku Hina Jata Negara

Polis Panggil Pihak Penerbitan Buku Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 536 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Polis Bukit Aman membuka kertas siasatan berhubung penerbitan buku tulisan Kean Wong yang didakwa menghina Jata Negara Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komision...
Kulit Buku Hina Jata Negara Yang Sebenarnya

Kulit Buku Hina Jata Negara Yang Sebenarnya

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 881 hits
Pengarah syarikat penerbitan Gerakbudaya Chong Ton Sin dan penerbit buku mohon maaf berhubung kulit buku yang menghina Jata Negara Tapi alasan yang diberikannya tidak masuk akal Satu kami memang tidak sengaja mahu hina atau apa apa Kedua wa...
Polis Diarah Siasat Buku Didakwa Hina Jata Negara Kata Menteri

Polis Diarah Siasat Buku Didakwa Hina Jata Negara Kata Menteri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 622 hits
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana mana pihak yang melakukan perbuatan yang tidak patriotik dan bertanggungjawab PETALING JAYA Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin memaklumkan bahawa ...
Apa Masalah 3 Ekor Ni Buku Rebirth Hina Jata Negara

Apa Masalah 3 Ekor Ni Buku Rebirth Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 873 hits
Apa keperluan buat macam ni yer Kalau nak kritik kutuk maki ahli politik kita tak kisah sangat Tapi mesti kena satu asas yang kuat kenapa ahli politik itu wajar dikritik kutuk maki Namun kalau menukar jata negara dengan niat yang sama Ini s...
Penerbit Buku Tampil Mohon Maaf Tiada Niat Hina Jata Negara

Penerbit Buku Tampil Mohon Maaf Tiada Niat Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 633 hits
Selepas kontroversi muka hadapan buku Rebirth Reformasi Resistance And Hope In New Malaysia yang didakwa menghina Jata Negara penerbitnya tampil memohon maaf terhadap pihak yang tersinggung Menerusi laporan BH Online Chong Ton Sin berkata p...
Dap Hina Jata Negara Ketua Pemudanya Sertai Diskusi Buku

Dap Hina Jata Negara Ketua Pemudanya Sertai Diskusi Buku

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 529 hits
Mereka ini adalah golongan ekstrim gugat keharmonian negara BANGI Kehadiran Ketua Pemuda DAP Howard Lee dalam majlis pelancaran buku kontroversi Rebirth Reformasi Resistance And Hope In New Malaysia tahun lalu menimbulkan persoalan sama ada...
Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Kuantan Pekan Rompin To See Very Heavy Rain Until Tomorrow

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Perak Man Menyingkap Kehidupan Dan Minda Manusia Prasejarah

Putusnya Doa Seorang Mak

Santan Pekat Rahsia Hebat Yang Membezakan Santan Kelapa Kerisik Dalam Dapur Melayu

Denny Caknan Tunggal Eka Gampang Chord