Haramkan Arak Murah Atau Kami Berarak Depan Parlimen


Kasthuri Jeevendran
  KUALA LUMPUR – Sikap ‘tidak ambil pusing’ dalam isu arak murah yang masih lagi menghantui segelintir kumpulan B40 khasnya dalam kalangan komuniti India sebenarnya sangat mengecewakan.

Walaupun sudah bertukar kerajaan, namun masalah tersebut masih gagal ditangani malah sehingga kini tiadaksebarang kerangka undang-undang digubal bagi mengekang penjualan atau pengharaman minuman tersebut.

Pengerusi Gerakan Anti-Arak Murah Malaysia, David Marshel melahirkan rasa kecewa dan sedih melihat senario itu sedangkan menurutnya kerajaan sepatutnya boleh melakukan lebih daripada itu dalam isu ini.

“Sebenarnya perjuangan kami bukan sehari dua sebaliknya sejak 2014 lagi. Sebelum satu peraturan baru diperkenalkan di bawah Akta Makanan 1983 (Pindaan 2016) untuk mengawal penjualan arak murah di Malaysia.

“Peraturan-peraturan Makanan 1983, telah di pinda dan  diwartakan pada 2016 (386A) dan dimaklumkan bahawa akan dikuatkuasakan 1 Disember 2017 namun ianya ditangguh kerana desakan pihak Persatuan Pengilang dan Pembotolan Arak Malaysia.

“Selepas itu kerajaan masa itu (BN) tidak memberitahu tarikh penguatkuasaan bagi akta tersebut sehinggalah pilihan raya umum yang sehingga kami berharap pertukaran kerajaan mampu menyelesaikan perkara ini.

“Bagaimanapun, kerajaan PH telah tangguh dua kali penguatkuasaan peraturan baharu itu dan yang terbaru KKM telah membatalkan peraturan tersebut setelah desakan Persatuan Pengilang dan Pembotolan Arak Malaysia.

“Ini sungguh mengecewakan apatah lagi kerajaan hanya bertindak membatalkan atas permintaan 30 buah syarikat pengilang ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.



David yang juga merupakan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mendedahkan statistik menunjukkan hampir setiap hari ada kematian akibat kerosakkan hati di hospital kerajaan kerana mengambil minuman tersebut.

“Apa yang jauh lebih menyedihkan kebanyakkan mangsa adalah golongan kumpulan B40 dan kaum yang terbanyak menjadi mangsa adalah kaum India. Dari golongan miskin, kepada sekurang-kurangnya lebih 100,000 ibu tunggal selain para pelajar sekolah sendiri mula terdedah dengan alkohol murahan ini.

“Kami bukan sahaja berharap Kementerian Kesihatan prihatin tentang kematian serta komplikasi setelah minum minuman arak murahan ini sebaliknya juga berharap tindakan tegas secepat yang mungkin.

“Ingat lagi tentang video viral seorang pelajar di Kuantan yang tidak sedarkan diri kerana minum arak murahan ini senang dibeli dengan harga antara RM3 hingga RM5, bukan sahaja dia sebaliknya ramai lagi pelajar boleh mendapatkan minuman ini dengan mudah.

“Ada fikir tentang isu sosial yang akan kita hadapi kelak? Mengapa semua ini seolah-olah tidak memberikan apa-apa kepada kerajaan untuk bertindak? Janganlah sehingga nasi menjadi bubur kelak.

“Ingat, selagi tidak ada apa-apa tindakan, kami akan berterusan berjuang sehingga kerajaan mengharamkan alkohol murah atau menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah masalah sosial tersebut.

“Kami merancang untuk mengadakan perhimpunan awam di Parlimen pada sidang yang akan datang jika tiada tindakan diambil terhadap isu minuman keras murah, buatlah sesuatu. Ini bukan satu perkara kecil,” tegasnya.



David yang sempat bertemu dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefley semalam ketika karnival kesihatan di Butterworth serta memaklumkan kepadanya tentang isu-isu berbangkit berhubung perkara ini.

Beliau juga mendedahkan sebelum ini ada segelintir pemimpin dan Ahli Parlimen sekarang yang berkhidmat sebagai nenteri menyokong usaha pergerakan ini dalam membanteras arak murahan ini namun belum nampak apa-apa tindakan drastik.

“Beberapa ahli parlimen pembangkang semasa era BN menyuarakan sokongan mereka di parlimen tetapi sekarang tidak bersuara untuk mengharamkan minuman keras murah ini,” ujarnya. –MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/haramkan-arak-murah-atau-kami-berarak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mati Akibat Samsu Ap Sik Sokong Ngo Anti Arak Murah

Mati Akibat Samsu Ap Sik Sokong Ngo Anti Arak Murah

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 754 hits
Gesa peraturan jualan arak murah dikuatkuasakanKL Kementerian Kesihatan Malaysia tidak sewajarnya menangguhkan peraturan penjualan arak murah hanya kerana desakan beberapa pengilang dan pengeluar serta penjual arak murah Ahli Parlimen Sik U...
Tahun Depan Dah Masuk Darjah 1 Attar Lulus Ujian Dan Dapat Markah Tinggi Wawa Zainal Rasa Lega

Tahun Depan Dah Masuk Darjah 1 Attar Lulus Ujian Dan Dapat Markah Tinggi Wawa Zainal Rasa Lega

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 384 hits
Apabila berkahwin anak menjadi keutamaan dalam segala hal Segala perkembangan anak menjadi satu kebimbangan bagi ibu bapa Tidak terkecuali pasangan pelakon sama cantik dan sama padan ini Aeril Zafril dan isterinya Wawa Zainal Pasti ramai ya...
Kementan Sebut Swasembada Gula Putih Di Depan Mata

Kementan Sebut Swasembada Gula Putih Di Depan Mata

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 257 hits
Kementan telah melakukan percepatan investasi yaitu dengan menggandeng 10 investor yang siap membangun pabrik gula Melihat tingginya minat investasi pada produksi gula ini menandakan bahwa peluang untuk mencapai swasembada gula sangat tingg...
Lihat Dan Tiru Apa Mak Ayah Buat Tunjuk Rasa Bahagia Dan Gembira Saja Depan Anak Anak Kasih Sayang Makin Hebat

Lihat Dan Tiru Apa Mak Ayah Buat Tunjuk Rasa Bahagia Dan Gembira Saja Depan Anak Anak Kasih Sayang Makin Hebat

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 552 hits
Ibu bapa menjadi role model pada anak anak Apa yang dilihat anak anak itulah yang di ikuti dan diingatinya Memberi contoh yang terbaik buat anak anak sememangnya perlu menjadi satu tanggungjawab mak ayah kini Sebagai figura yang berperanan ...
Pan Parti Masa Depan Mujahid

Pan Parti Masa Depan Mujahid

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 204 hits
Tanggal 16 September 2015 ada sejarahnya tersendiri kepada seluruh ahli Parti Amanah Negara Pada hari ini sebuah parti bersumberkan Islam sebagai akar umbi perjuangannya diasaskan Nilai yang dibawa dalam alam realiti kenegaraan parti ini ia...
Temuan Pipa Paralon Depan Pendopo Gubernur Ntb Tak Mengandung Bahan Peledak

Temuan Pipa Paralon Depan Pendopo Gubernur Ntb Tak Mengandung Bahan Peledak

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 165 hits
Waka Polres Mataram Kompol Setya Widjatono membenarkan pipa paralon besi tersebut telah diamankan oleh tim gegana dari lokasi temuan di dekat pos polisi simpang empat depan Pendopo Gubernur NTB
Anwar Ramal Dirinya Jadi Pm Ke 8 Tahun Depan

Anwar Ramal Dirinya Jadi Pm Ke 8 Tahun Depan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 343 hits
Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad tahun depan Dalam satu wawancara dengan Bloomberg Television Anwar berkata lawannya yang menyasarkan jawatan nombor satu itu tidak re...
Pes 2020 Ohmedia Yoke Ingin Beraksi Di Sukma Tahun Depan

Pes 2020 Ohmedia Yoke Ingin Beraksi Di Sukma Tahun Depan

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 369 hits
Pemain E Sukan Oh Media Gaming untuk permainan Pro Evolution Soccer iaitu Yokekuan atau lebih dikenali sebagai Yoke kini dalam persediaan untuk menghadapi kejohanan PES 2020 dan pemilihan untuk ke Sukma 2020 yang akan berlangsung di Johor Y...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly