Tahun Depan Dah Masuk Darjah 1 Attar Lulus Ujian Dan Dapat Markah Tinggi Wawa Zainal Rasa Lega
Apabila berkahwin, anak menjadi keutamaan dalam segala hal. Segala perkembangan anak menjadi satu kebimbangan bagi ibu bapa. Tidak terkecuali pasangan pelakon sama cantik dan sama padan ini, Aeril Zafril dan isterinya, Wawa Zainal.
Pasti ramai yang mengikuti perkembangan keluarga kecil ini diinstagram. Lebih-lebih lagi kisah si kecil kesayangan mereka, Ahmad Fakhtaruddin Attar yang lambat bercakap. Attar yang kini berusia enam tahun mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap.
Wawa juga acapkali memuat naik kisah dan perkembangan Attar yang sudah pun memasuki pra sekolah. Terbaru menerusi instagramnya, Wawa turut berkongsi kisah Attar yang bakal melangkah ke alam persekolahan tahun depan. Video yang dikongsikan Wawa ini mendapat respon yang positif, Attar sudah semakin petah berkata-kata.
Malah menerusi perkongsian itu, Wawa melahirkan rasa lega pada kebimbangannya selama ini. Bimbang Attar tidak dapat memasuki ke sekolah pilihan mereka dek kerana ujian yang terpaksa dihadapi Attar. Bagaimanapun Attar menunjukkan perkembangan yang cukup membanggakan malah membuatkan kedua pasangan ini berasa lega.
Ramai yang tanya perkembangan Attar macam mana. Alhamdulillah ada perubahan. Tahun depan dah masuk darjah 1. Risau nya haritu kitorang daftar dia darjah 1. Then rupanya sekolah tu kena exam dulu. So antara lepas ke tak la masuk sekolah tu.
I dan aeril telan ayaq liur jugak la sebab dan dan teacher bagi exam paper pada Attar. Jenguk soalan dia boleh tahan susah la untuk budak 6 tahun.
Attar dan Hayla
Dalam hati susah nya soalan ni untuk Attar. Mesti gagal. Tak sampai 30 minit Attar keluar dari bilik exam tu and teacher bagitahu Attar lulus and dapat markah 35 out of 40. Kira high score jugak, alhamdulillah. Leganya.
Walaupun Attar tak lancar sangat becakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar. Tapi tu la Attar ni sejenis yang kejap-kejap je belajar lepas tu bosan. Tapi tak apelah kita slow-slow kayuh ye Attar. Mama tahu Attar budak yang bijak
View this post on Instagram
ramai yg tanya perkembangan attar mcm mana. alhamdulillah ada perubahan.. tahun depan da masuk darjah 1
risau nya haritu kitorang daftar dia darjah 1.. then rupanya sekolah tu kena exam dlu .. so antara lepas ke tak la masok sekolah tu..i & aeril telan ayaq liur jugak la sbb dan dan teacher bagi exam paper pada attar. jenguk soalan dia boleh tahan susah la utk budak 6tahun
dlm hati susah nya soalan ni utk attar. mesti gagal
xsmpi 30minit attar keluar dari bilik exam tu and teacher bagitahu attar lulus and dpt markah 35 out of 40.. kira high score jugak.. alhamdulillah .. lega nya . walaupun attar tak lancar sgt becakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar.. tapi tu la attar ni sejenis yg kejap2 je belajar lepastu bosan
tapi xpela kita slow2 kayuh ye attar. mama tahu attar budak yg bijak
A post shared by Wawa Zainal
(@w4w4_zainal) on Sep 16, 2019 at 8:02am PDT
Peminat turut mendoakan kesejahteraan Attar. Malah memberikan kata-kata semangat untuk melangkah ke alam persekolahan kelak.
“Alhamdulillah, it’s okay. Just encourage him to communicate and socialize with other people. And do some activities or play that can enhanced their speech skills.”
“In shaa Allah w4w4_zainal..kena rajin damping attar ya.., Attar mmg seorg anak yg bijak”
“Alhamdulillah..saya doakan attar tu berjaya.”
Selain Attar, si comel Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4, juga sering mencuri tumpuan peminat pasangan ini.
Kredit: @w4w4_zainal
The post Tahun Depan Dah Masuk Darjah 1, Attar Lulus Ujian Dan Dapat Markah Tinggi, Wawa Zainal Rasa Lega! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tahun-depan-dah-masuk-darjah-1-attar-lulus-ujian-dan-dapat-markah-tinggi-wawa-zainal-rasa-lega/