Haramain Backpackers Trans Siberian


Seronok saya menonton rancangan travelog 'Haramain Backpackers : Trans-Siberian'. Ini satu rancangan yang merakam perjalanan Amin dan Mat Dan ke Mekah untuk berumrah melalui laluan Trans-Siberian (26 bandar, 11 negara, 5 zon masa, jumlah jarak 29,000 km). Jauh sungguh melencongnya.
   Apa yang menarik tentang 'Haramain Backpackers' ini kalau dibandingkan dengan rancangan-rancangan travelog lain? Pertamanya, rancangan ini merakam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan umrah secara 'backpacker'. Tak biasa kita dengar orang pergi umrah secara 'backpacker', kan? Jadi ini satu kembara umrah yang lain dari yang lain.
   Keduanya; rasa saya sebelum ini mana-mana rancangan travelog terbitan tempatan belum pernah ada yang menelusuri laluan Trans-Siberian. 'Haramain Backpackers' kiranya yang pertama, jadi kita bukan setakat dapat melihat tempat-tempat menarik di sepanjang laluan Trans-Siberian, malah dapat juga melihat bagaimana keadaannya menaiki keretapi Trans-Siberian.

Laluan Trans-Siberian, Dalam 'Haramain Backpackers', Amin dan Mat Dan akan melalui Beijing (China), Ulan Bator (Mongolia), Irkustk Baikal, Kazan dan Moscow (Rusia), Bosnia, Croatia, Albania, Budapest (Hungary), Istanbul (Turki) dan kemudian ke Haramain ( Makkah & Madinah). Sumber peta: http://www.baikalcomplex.com
   Ketiganya; Mat Dan. Pertama kali saya tonton Mat Dan, memang rasa pelik sangat. Macam mana boleh ada Orang Putih fasih cakap Melayu, dalam loghat Terengganu pula? Mat Dan ni dah kembali kepada Islam, sudah berapa lama saya belum dapat periksa. Tapi dengar dia sebut kalimat macam 'Alhamdulillah', elok dah lancar sebutannya. Sudah lamalah agaknya. Dan saya perhatikan gaya Mat Dan, macam dah veteran dalam hal mengembara 'backpaker'. Memang sesuai sangatlah untuk rancangan ini.
   Cerita di sebalik tabir pengembaraan 'Haramain Backpackers', boleh anda baca dalam 'Berhenti Kerja Untuk Mengembara Bawa Saya Lakukan Penggambaran ‘Haramain Backpackers’ Ke Tanah Suci' yang ditulis oleh saudara Ahmad Safuan selaku penerbit rancangan ini. Agak panjang dan bergambar, saya sendiri membaca sekali lalu, tetapi ada banyak butiran yang boleh dijadikan panduan kepada yang ada hajat mengembara melalui Trans-Siberian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://norzazaman.blogspot.com/2016/09/haramain-backpackers-trans-siberian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kabinet Kerajaan Madani

The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya