Haram Kongsi Masalah Rumah Tangga Di Media Sosial



MELUAHKAN ketidakpuasan hati dalam rumahtangga dan menceritakan masalah peribadi pasangan secara terbuka di media sosial adalah haram kerana boleh menyebabkan salah faham dan fitnah serta mengeruhkan lagi keadaan.
Pendakwah, Noraini Mat Din atau dikenali Ustazah Nony berkata, tindakan meluahkan perasaan dan memohon pandangan berkenaan rumah tangga di media sosial bukanlah jalan terbaik untuk suami mahupun isteri.
“Ini kerana kemudaratan yang lebih besar bakal berlaku daripada tindakan itu. Misalnya, keaiban pasangan dan ahli keluarga menjadi perbualan ramai. Salah faham dan sangka buruk turut boleh berlaku menyebabkan ramai yang menghukum tanpa mengetahui hal sebenar.
“Bimbang juga jika ada pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi ini sekali gus menjadi punca kepada keretakan yang lebih besar, termasuklah boleh menyebabkan kecaman netizen dan menjadi sebab kepada mengumpat serta mencela beramai-ramai,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Urus konflik
Menurutnya, kesan daripada perbuatan itu, ia bukan sahaja memberi persepsi buruk kepada pasangan bahkan ia juga mengundang kepada reaksi negatif pelbagai pihak dan boleh membarah dalam masyarakat.
Justeru katanya, tindakan berkongsi masalah di media sosial berkenaan hal rumah tangga amatlah ditegah.
“Oleh itu, carilah jalan penyelesaian dan perdamaian dengan cara bersemuka antara satu sama lain dan bukannya melalui atas talian,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pelbagai kaedah yang digariskan Islam kepada suami isteri sebagai persediaan menempuhi gerbang perkahwinan, antaranya ialah kematangan dalam kerangka berfikir pasangan berkenaan.
Menurutnya, ia merangkumi cara berfikir, membuat keputusan, perbuatan dan tindakan, komunikasi serta pergaulan.
“Suami dan isteri mestilah matang dalam berbincang, membuat keputusan, menjalankan tanggungjawab dan hak, menguruskan konflik dan menguruskan rumah tangga.
“Kematangan suami dan isteri ternilai daripada cara mereka menguruskan konflik,” katanya.Kekalkan keharmonian rumah tangga
Menurutnya, Islam mengajar umatnya beberapa cara untuk kekal harmoni dan mengatasi masalah dalam rumah tangga.
“Pertamanya, berkomunikasilah. Suami dan isteri mesti memahami pasangan masing-masing.
“Contohnya, apabila suami tidak gemar tindakan isteri maka ajaklah berbincang dan mohon isteri membuat semakan dan tegurlah secara berhemah,” katanya.
Menurutnya, suami dan isteri juga perlu meningkatkan amal ibadat dan sentiasa saling menasihati berkenaan agama.
“Ibadah sempurna akan memandu rumah tangga sekali gus menjadikan hubungan sentiasa terjaga,” katanya.
TIP BAGI MEREKA YANG BERHADAPAN KONFLIK RUMAH TANGGA
* Suami dan isteri yang mempunyai masalah ataupun tidak, mesti saling berkomunikasi secara berhadapan.
* Komunikasi melalui atas talian tidak mempunyai nada, mimik muka dan sukar untuk dibuat penjelasan maka elakkan meregangkan kekusutan antara pasangan melalui atas talian.
* Suami dan isteri mestilah duduk berbincang terutamanya apabila berhadapan konflik rumah tangga.Melarikan diri, atau mewakilkan orang untuk berbincang dan menyelesaikan masalah sebenarnya tidak membantu meregangkan konflik bahkan boleh menyebabkan ia lebih buruk.
* Sekiranya perlukan orang tengah untuk membantu komunikasi dan perbincangan antara suami isteri maka ajaklah saudara. Sama ada daripada sebelah suami atau sebelah isteri atau kedua-duanya untuk memurnikan dan memberi pendapat, atau suami isteri boleh membawa hal ini berjumpa bahagian kaunseling rumah tangga.
 
Sumber: www.sinarharian.com.my
The post Haram Kongsi Masalah Rumah Tangga di Media Sosial appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/haram-kongsi-masalah-rumah-tangga-di-media-sosial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kongsi Gambar Beraya Di Kelantan Trio Kembar Kacak Tular Di Media Sosial

Kongsi Gambar Beraya Di Kelantan Trio Kembar Kacak Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 1396 hits
Kongsi gambar beraya di Kelantan trio kembar kacak tular di media sosial Sambutan hari raya rasanya tidak lengkap jika tiada gambar terbaru dimuat naik ke media sosial Biasanya hari raya pertama dan kedua rakyat Malaysia masih memakali baju...
Apabila Menteri Kasut Hitam Menyanggah Isu Parlimen Di Media Sosial

Apabila Menteri Kasut Hitam Menyanggah Isu Parlimen Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 285 hits
Seorang Menteri mempunyai banyak peluang untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli ahli Parlimen Pembangkang semasa perbahasan di Parlimen di dalam Parlimen juga Seorang Menteri tidak sepatutnya menggunakan media sosial untuk men...
Selama Sidang Sengketa Pilpres Menkominfo Tak Akan Batasi Akses Media Sosial

Selama Sidang Sengketa Pilpres Menkominfo Tak Akan Batasi Akses Media Sosial

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 318 hits
Rudiantara pun mengimbau masyarakat pengguna media sosial turut bertanggung jawab menjaga situasi kondusif dengan tidak menyebarkan berita bohong apalagi dalam bentuk gambar dan video yang direkayasa
Bolehkah Upload Gambar Bayi Di Media Sosial

Bolehkah Upload Gambar Bayi Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 307 hits
Bila anak lahir tentu sekali kita rasa gembira Tergerak hati mahu berkongsi Namun bolehkan upload gambar bayi baru lahir di Facebook atau media sosial KLIK UNTUK BACA SEPENUHNYA Upload Gambar Bayi Baru Lahir di Media Sosial
Kerana Budi Baik Dr Amalina Jadi Trend Di Media Sosial

Kerana Budi Baik Dr Amalina Jadi Trend Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin Pembedahan yang berjaya membuang tumor 200 gram di mulut ba...
Makin Nyeleneh Kini Viral Tren Kecantikan Extension Bulu Hidung Di Media Sosial Mau Coba

Makin Nyeleneh Kini Viral Tren Kecantikan Extension Bulu Hidung Di Media Sosial Mau Coba

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 941 hits
Banyak tren kecantikan baru muncul dan mendapat perhatian dari banyak orang Mulai dari filler sulam alis sampai extension bulu mata Namun tahukah kamu kini ada lagi tren kecantikan unik yang sedang viral di media sosial Adalah tren kecantik...
Ucapan Dan Pantun Raya Aidilfitri Yang Menarik Dan Seronok Untuk Dikongsi Di Media Sosial

Ucapan Dan Pantun Raya Aidilfitri Yang Menarik Dan Seronok Untuk Dikongsi Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 1445 hits
Salam 1 Syawal dan selamat hari raya aidilfitri Buat sesiapa yang membaca perkongsian saya kali ini dan sedang mencari ucapan dan pantun raya aidilfitri yang
Hanya Berkongsi Gambar Di Media Sosial Boleh Dapat Duit Dalam Usd

Hanya Berkongsi Gambar Di Media Sosial Boleh Dapat Duit Dalam Usd

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 417 hits
CN percaya pasti rata rata dikalangan kita ada satu akaun media sosial sama ada facebook atau instagram Ataupun konon konon media social influencer macam CN ni mesti ada kedua dua akaun facebook dan instagram untuk menyebarkan pengaruh dan ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp