Happy 17th Wedding Anniversary
Happy 17th Wedding Anniversary! | Assalamualaikum, salam Jumaat yang barakah. Apa khabar semua sahabat KakYa. KakYa semoga semua sekali sihat walafiat di bawah lindungan dan redha Allah SWT. Alhamdulillah masih lagi di beri ruang juga peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah yang fana ini.
Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan KakYa dan suami yang ke-17. Boleh tak kalau KakYa nak minta hadiah daripada sahabat pembaca blog yang KakYa sayang? Tak banyak yang KakYa minta, nak minta sahabat KakYa doakan yang baik-baik buat KakYa, suami dan anak anak. Terima kasih sahabat atas doa kalian. Moga Allah memberkati hidup kita semua.
Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izinNYA pada tarikh ini 04/12/2020, KakYa dan suami sekali lagi di beri peluang oleh Alah SWT untuk sama sama menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 17. Sedar tak sedar dah 17 tahun usia perkahwinan kami. Cepatnya masa berlalu. Dah 17 tahun usia perkahwinan kami harini
Terima kasih Allah atas limpah dan rahmatMu untuk kami dalam kami meniti hari hari indah sepanjang kami bersama. Semoga kebahagiaan yang kami kecapi hari ini dan hari hari yang bakal mendatang dipenuhi dengan kebahagiaan dan limpahan kasih sayang yang sentiasa berkekalan hingga ke Syurga. InsyaAllah
Untuk suami tercinta Suhaimi Abd Aziz, Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 17 sayang. Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi saya saat susah juga senang. Sentiasa support setiap langkah yang saya atur, selalu bagi semangat dan dorongan saat saya jatuh, di sisi saya saat berendam air mata, bertolak ansur dengan kerenah saya. Terima Kasih Abang! Love U till Jannah
Alhamdulillah syukur pada Allah SWT di atas anugerah paling indah buat kita yang tidak dapat diukur dan dinilai dengan wang ringgit. Anak anak kita Insyirah, Iman & Akif. Semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan hingga hujung nyawa. Aamin aamin Ya Mujib.
Happy 17th Wedding Anniversary! MieLya ❤
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2020/12/happy-17th-wedding-anniversary.html