Hanya Zikirullah Peneman Imam Dolah Ketika Sesat Dibukit
LARUT: “Ayah tak henti berzikir ketika sesat dalam ladang sawit dan berada dalam kesejukan sebelum ditemukan dalam keadaan selamat’.
Demikian cerita Mohamad Syahir Abdullah, 29, mengenai keadaan bapanya, Abdullah Ibrahim, 74, yang dikenali Imam Dolah yang tersesat hampir 16 jam dalam kawasan ladang kelapa sawit di Felda Ijok dekat sini semalam.
Menurutnya, ketika ditemukan, ayahnya dalam keadaan kesejukan dan mulutnya tidak henti berzikir.
“Meskipun ketika ditemui ayah berada dalam keletihan, kesejukan, lapar dan dahaga, mulutnya tidak henti berzikir.
“Kami bersyukur kerana ayah ditemukan dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Menurut Mohamad Syahir, ketika kejadian, dia sedang bertugas sebagai jurugambar satu majlis perkahwinan di Semanggol dekat sini.
Katanya, ibunya memberitahu ayah tidak pulang seperti biasa untuk makan tengah hari dan dikhuatiri tersesat, menyebabkan dia segera pulang.
Menurutnya, sebaik sahaja sampai di rumah pada pukul 4.30 petang, dia terus mencari bapanya bersama penduduk kampung di ladang sawit seluas 10 ekar.
“Saya tidak menemukan ayah atau motosikal jenis Modenas Kriss yang ditungganginya.
“Namun, saya ternampak baldi air yang sering digunakan ayah telah terbalik dan kering.
“Berdasarkan tanda itu, saya tahu ayah telah keluar dari kawasan ladang. Saya bimbang keselamatannya lalu membuat laporan polis juga melaporkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Selama untuk operasi mencari,” katanya.
Katanya, seramai 80 orang terdiri dari anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) termasuk penduduk mencari ayahnya malam tadi sebelum ditemukan pada pukul 11.30 malam.
“Selepas ditemukan, ayah beritahu dia terjatuh dari motosikal dua kali ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.
“Ketika terjatuh kali kedua, menyebabkan dia tidak terdaya untuk mengangkat motosikalnya dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah berjalan kaki.
“Semasa berjalan kaki, ayah melalui satu jalan berbukit yang jarang dilaluinya, menyebabkan dia tersesat,” katanya.
Katanya, selepas ditemukan, bapanya dibawa ke Hospital Selama bagi mendapatkan rawatan perubatan dan telah dibenarkan pulang.
Katanya, pihak hospital mendapati ayahnya berada dalam keadaan selamat.
“Saya dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu usaha mencari sehingga bapa saya ditemukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Hanya zikirullah peneman Imam Dolah ketika sesat dibukit
Baca Artikel Menarik:
‘Main belakang’: Mahkamah Rayuan tolak rayuan KJ
Penceraian Ezurin Khyra tidak dapat diterima peminatnya
Geng Suami Kelaparan Tunggu Pegang Pinggan, Geng Isteri Ambil Gambar Dulu (Video)
Ramai bimbang episod beraya di perantauan berulang lagi
Dividen Tabung Haji 3 peratus?
Tidak Sangka!!..Wajah Maskulin, Suara ‘Jantan’ Antara Ciri-Ciri Lelaki Sperma Tidak Sihat
Boleh tahan kebebalan Wan Saiful – Najib
Individu kesan imej zombi guna Google Maps
Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja
Jaga-Jaga Buat Pesakit Diabetes Yang Perlu Elak 5 Menu Sedap Setiap Sarapan Pagi
Ketua Pemuda Pas ‘serang’ Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie
Suami isteri ditangkap basah?
Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati
The post Hanya zikirullah peneman Imam Dolah ketika sesat dibukit appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/07/hanya-zikirullah-peneman-imam-dolah-ketika-sesat-dibukit/