Hanya Undang2 Jalan Terbaik Tangani Fitnah Dan Pembohongan Terutama Yang Mengguna Nama Islam


 
Setakat ini sekurang-kurangnya dua pemimpin Pas sedang disiasat polis kerana fitnah jahat mereka erhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan mengeluarkan kenyataan yang mengancam keharmonian awam.
Ahli Parliman Baling, Hassan Saad disiasat kerana menuduh Anwar sebagai ejen Israel.
Presiden Pas, Hadi Awang turut disiasat kerana melemparkan tuduhan bahawa PH mempromosi Islamofobia di negara ini.
Calon PN Padang Serai, Azman Nasruddin pula disiasat kerana mengeluarkan kenyataan mendakwa kerajaan perpaduan sekarang yang penubuhannya diilhamkan oleh Agong sebagai “kerajaan zina”.
Semua tindakan itu adalah susulan arahan Anwar kepada pihak polis agar mengambil tindakan segera terhadap mereka yang membuat fitnah atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara.
Berikutan tiga siasatan itu, adalah dijangka lebih ramai akan disiasat atau ditangkap dalam hari-hari mendatang ini.
Ini berikutan, jika diperhatikan, terutama Pas dan mereka yang berkaitan dengannya, begitu ghairah sejak perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ini mengeluarkan pelbagai kenyataan jahat, fitnah dan pembohongan terhadap Perdana Menteri dan juga kerajaan.
Mereka seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kegagalan menjadi kerajaan, hilang jawatan dan tiba-tiba tiada lagi gaji bulanan masuk ke dalam akaun bank masing-masing.
Mereka seolah-olah jadi sasau dan meracau sehingga tergamak menuduh Perdana Menteri sebagai ejen Israel serta mempersenda Agong dalam hal perlantikan Anwar.
Dalam hal ini, eloklah pimpinan Pas beristighfar banyak-banyak, sentiasa berwuduk dan kerap bersembahyang agar jiwa lebih tenang dalam menerima kekalahan.
Janganlah menerima kekalahan dan kegagalan menjadi kerajaan dengan tindakan fitnah dan pembohongan sehingga boleh menggugat keharmonian negara dan lupa dosa serta pahala.
Tindakan Anwar mengarahkan pihak polis untuk bertindak tegas dalam hal ini adalah langkah terpuji dan ia mesti disusuli dengan pendakwaan, seterusnya hukuman jika terbukti ada kesalahan dilakukan, tanpa mengira siapa mereka berkenaan.
Jangan dibiarkan fitnah dan pembohongan terus bertebaran, terutama oleh pihak berwajah Islam dan menggunakan nama Islam dalam gerakan sehariannya.
Penebar fitnah, pembawa cerita bohong dan mereka yang bermulut jahat ini harus dihentikan perbuatan jahat mereka dan agar mereka tahu negara ini ada undang-undang yang mengawalnya.
Undang-undang dan penguatkuasaan adalah benteng terbaik menangani kejahatan tersebut kerana kecanduan mereka melakukan perbuatan itu tidak mampu diatasi dengan sekadar penjelasan atau jawapan yang berfakta semata-mata.
Apa juga jawapan dan penjelasan yang diberi, mereka akan sentiasa memutar-belit dan tidak mempercayainya.
Dengan itu, hanya tangkapan, lokap polis, mahkamah, denda atau penjara saja jalan terbaik untuk membendung semua kejahatan itu.
Selepas pilihan raya berakhir dan setelah kerajaan perpaduan terbentuk atas titah Agong, semua pihak seharusnya berlapang dada dan berjiwa dingin untuk lebih memikirkan kepentingan negara daripada hawa nafsu serta kepentingan politik sendiri.
Kepada Anwar yang kini menerajui kerajaan dan pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang, teruskanlah dengan langkah tegas itu demi masa depan negara ini.
Jangan lagi dibagi muka kepada penyebar fitnah dan pembohongan itu, terutama jika melibatkan kaum serta agama dan yang boleh mengancam keharmonian dan menjejaskan kehidupan rakyat berbilang kaum.
Sudah sampai masanya ia wajib dihentikan dan Anwar jika terus tegas dalam hal ini, percayalah, majoriti rakyat akan berdiri teguh di belakangnya. – ShahbudinHusin 30/11/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/hanya-undang2-jalan-terbaik-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Mampu Panggil Nama Bapa Sebak Lihat Anak Usia Setahun Dalam Mulut Buaya

Hanya Mampu Panggil Nama Bapa Sebak Lihat Anak Usia Setahun Dalam Mulut Buaya

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 150 hits
Trauma buat bapa ini apabila melihat sendiri anak tersayang ditarik oleh buaya dan maut depan matanya sendiri Menerusi perkongsian yang tular di Facebook lelaki berkenaan bersama anaknya dipercayai sedang berkayak Malangnya mereka disambar ...
Apa Yang Pas Tuduh Bukan Suatu Kritikan Tapi Fitnah Dan Pembohongan

Apa Yang Pas Tuduh Bukan Suatu Kritikan Tapi Fitnah Dan Pembohongan

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 103 hits
Berikutan arahan Anwar Ibrahim agar pihak polis mengambil tindakan segera terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga menjejas ketenteraman awam ada pihak mendakwa ia sebagai cubaan untuk menggunakan polis untuk menutup ...
Terpilih Mewakili Malaysia Belia Harumkan Nama Negara Di Persada Dunia

Terpilih Mewakili Malaysia Belia Harumkan Nama Negara Di Persada Dunia

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 170 hits
Dua orang belia telah mengharumkan nama negara apabila mereka terpilih mewakili Malaysia ke Persidangan Parlimen Belia Komanwel Ke 11 bertempat di Port of Spain Republik Trinidad dan Tobago pada 20 hingga 24 November lalu anjuran Persatuan ...
Jangan Asal Buat Begini Teknik Membuat Nama Usaha Agar Gampang Diingat Konsumen

Jangan Asal Buat Begini Teknik Membuat Nama Usaha Agar Gampang Diingat Konsumen

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 140 hits
Salah satu hal penting dalam membangun sebuah bisnis atau usaha yakni dengan membuat merek atau nama usaha patendo Sebab dengan adanya merek usaha ini dapat mengembangkan usaha lantaran dinilai mempengaruhi citra dan minat beli konsumen Ole...
Penting Diingat Inilah Ciri Ciri Nama Toko Yang Bagus Untuk Bisnis Anda

Penting Diingat Inilah Ciri Ciri Nama Toko Yang Bagus Untuk Bisnis Anda

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 110 hits
Memiliki nama toko yang bagus patendo umumnya tidak hanya berfungsi sebagai identitas sebuah usaha yang dijalankan saja Sebab penggunaan nama toko disini juga nantinya akan dapat menentukan seberapa besar keuntungan keuntungan yang diperole...
Hadiah Menang Peraduan Teka Nama Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu

Hadiah Menang Peraduan Teka Nama Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum WBTLEBIH kurang dua minggu sudah semasa baru hendak blogwalking sempena ada masa senggang sedikit SK nampak ada entri baharu dari Kak Salami Simon pemilik blog Tajuknya YB Belanja Makan Sempena Birthday Girl Sk cepat cepatla...
Hukum Bersumpah Dengan Nama Atau Sifat Allah

Hukum Bersumpah Dengan Nama Atau Sifat Allah

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 123 hits
HUKUM BERSUMPAH DENGAN NAMA ATAU SIFAT ALLAH YANG DITERJEMAH 13 MAC 2020 JUMLAH PAPARAN 29718SoalanAssalamualaikum SS Dato Seri Mufti Apa hukum bersumpah dengan nama atau sifat Allah SWT yang telah diterjemah JawapanAlhamdulillah puji dan s...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu