Apa Yang Pas Tuduh Bukan Suatu Kritikan Tapi Fitnah Dan Pembohongan


 
Berikutan arahan Anwar Ibrahim agar pihak polis mengambil tindakan segera terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga menjejas ketenteraman awam, ada pihak mendakwa ia sebagai cubaan untuk menggunakan polis untuk menutup mulut pengkritik Perdana Menteri.
Tindakan sedemikian, kata sesetengah pihak, oleh kerajaan baharu yang menjanjikan pembaharuan sama sekali tidak boleh diterima.
“Perdana Menteri tidak mempunyai status istimewa di sisi undang-undang dan tidak boleh mengarahkan polis untuk mempertahankan reputasinya,” demikian antara hujah mereka.
Tambah mereka lagi, adalah satu penyalahgunaan kuasa bagi Perdana Menteri untuk mengarahkan siasatan polis terhadap individu yang membuat tuduhan terhadapnya.
Susulan arahan Perdana Menteri itu dan pelbagai laporan polis lainnya, Presiden Pas, Hadi Awang; Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad dan calon PN Padang Serai, Azman Nasruddin telah pun disiasat polis setakat ini.
Kepada mereka yang cuba mempertikaikan arahan Anwar dan tindakan pihak polis itu, pertama sekali mereka mesti tahu membezakan antara kritikan dengan fitnah serta pembohongan.
Apakah menuduh Anwar sebagai ejen Israel suatu kritikan atau fitnah dan pembohongan?
Apakah menuduh PH mempromosi Islamofobia suatu kritikan atau fitnah dan pembohongan?
Apakah menuduh kerajaan perpaduan yang titah cadangannya daripada Agong sebagai “kerajaan zina” suatu kritikan atau fitnah dan pembohongan?
Begitu juga dengan pelbagai tuduhan bersentimen kaum dan agama yang cuba dimainkan untuk memburukkan kerajaan sehingga boleh menggugat keharmonian sejak dua tiga hari kebelakangan ini – apakah ia suatu kritikan atau fitnah dan pembohongan?
Jika semua orang yang ditanya pendapat mereka boleh sepakat mengatakan kesemua tuduhan di atas adalah suatu kritikan, maka barulah arahan Anwar kepada pihak polis itu boleh dianggap sesuatu yang salah.
Tetapi, jika sebaliknya semua orang setuju kesemua tuduhan itu adalah fitnah dan pembohongan, dengan sendirinya arahan Anwar selaku Perdana Menteri kepada pihak polis itu adalah betul.
Fitnah tidak harus dibiarkan berleluasa, terutama jika ia menggugat keharmonian hidup bermasyarakat di negara berbilang kaum seperti Malaysia ini.
Lebih buruk jika fitnah dan pembohongan itu menggunakan isu kaum dan agama yang semata-mata tujuannya untuk mengaut laba dalam politik.
Dengan pelbagai cabaran dan pengalaman yang telah dilaluinya, atas kedudukannya sekarang, kita tentu yakin Anwar sama sekali tidak gentar dengan apa juga kritikan selagi ia benar-benar suatu kritikan.
Anwar telah membuktikan beliau sedia melawan apa juga cabaran dengan slogan Lawan Tetap Lawan yang menjadi pegangan perjuangannya selama ini.
Namun demikian, sebagai Perdana Menteri, Anwar juga ada tanggungjawab terhadap rakyat daripada dirosakkan keharmonian hidup mereka oleh fitnah serta pembohongan.
Arahan Anwar kepada pihak polis itu adalah tanda beliau seorang yang bertanggungjawab terhadap rakyat, bukan takut dengan kritikan.
Ketika tiada jawatan dan digelar PM tepi pun beliau tidak pernah takut dengan kritikan, apatah lagi setelah sah bergelar PM dan semua orang kena ke tepi sekarang ini, lagilah dari segi logiknya beliau tidak gentar dengan sesiapa.
Cuma, jika mereka yang suka memfitnah dan berbohong itu tidak takut kepada Tuhan, dosa serta neraka, arahan Anwar agar pihak polis bertindak adalah sekadar untuk mengingatkan agar mereka juga berani berdepan siasatan, lokap, mahkamah dan mungkin penjara atas fitnah dan pembohongan yang dilakukan. – ShahbudinHusin 30/11/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/apa-yang-pas-tuduh-bukan-suatu-kritikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduh Terima Dana Judi Pas Bidas Anwar Berhenti Tabur Fitnah Seperti Umno

Tuduh Terima Dana Judi Pas Bidas Anwar Berhenti Tabur Fitnah Seperti Umno

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 188 hits
Tuduh terima dana judi PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNODatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim rakan baik sejak zaman Pemuda UMNO Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa tidak mengikut sikap sama seperti UMNO ya...
Anwar Saman Pesuruhjaya Pas Perak Berhubung Ucapan Berbaur Fitnah

Anwar Saman Pesuruhjaya Pas Perak Berhubung Ucapan Berbaur Fitnah

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berhubung ucapan yang didakwa mengaitkan beliau membawa budaya songsang lesbian gay biseksual dan transgender serta ...
Fitnah Pas Kelantan Nafi Paksa Pengundi Sumpah Sebelum Beri Bantuan

Fitnah Pas Kelantan Nafi Paksa Pengundi Sumpah Sebelum Beri Bantuan

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 223 hits
Faiz ZainudinTangkap layar video tular menunjukkan beberapa individu didakwa diminta bersumpah mengundi PAS sebelum diberikan bayaran tambang perjalanan pulang mengundi PETALING JAYA PAS Kelantan menafikan dakwaan mengarahkan pengundi yang ...
Bersatu Dakwaan Bersatu Pas Perak Berebut Jawatan Menteri Besar Fitnah

Bersatu Dakwaan Bersatu Pas Perak Berebut Jawatan Menteri Besar Fitnah

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 161 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian Suriam hmetro com myIpoh Parti Pribumi Bersatu Malaysia Perak menyifatkan dakwaan tular menyatakan parti itu berebut jawatan Menteri Besar Perak dan akan keluar Perikatan Nasional sekiranya Menteri Besar dilantik ...
Hanya Undang2 Jalan Terbaik Tangani Fitnah Dan Pembohongan Terutama Yang Mengguna Nama Islam

Hanya Undang2 Jalan Terbaik Tangani Fitnah Dan Pembohongan Terutama Yang Mengguna Nama Islam

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 122 hits
Setakat ini sekurang kurangnya dua pemimpin Pas sedang disiasat polis kerana fitnah jahat mereka erhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan mengeluarkan kenyataan yang mengancam keharmonian awam Ahli Parliman Baling Hassan Saad disiasat kera...
Anuar Zaini Sebar Fitnah Bersatu Perak Nafi Berebut Jawatan Mb Dengan Pas

Anuar Zaini Sebar Fitnah Bersatu Perak Nafi Berebut Jawatan Mb Dengan Pas

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 211 hits
IPOH BERSATU Perak menyifatkan dakwaan parti itu berebut jawatan Menteri Besar dengan PAS serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional jawatan itu dilantik daripada wakil PAS sebagai fitnah besar Setiausaha BERSATU Perak Datuk Zainol Fadz
Pas Bayar Lebih Rm2 Juta Sejak 2016 Akibat Kalah Saman Fitnah Ini Senarai 16 Fitnah Yang Dikeluarkan Pas

Pas Bayar Lebih Rm2 Juta Sejak 2016 Akibat Kalah Saman Fitnah Ini Senarai 16 Fitnah Yang Dikeluarkan Pas

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 226 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONDalam tempoh enam tahun sejak 2016 hingga kini Pas menunjukkan prestasi agak buruk apabila sudah lebih 10 kali parti Islam itu terbukti memfitnah parti lawan dan kalah saman fitnah dalam pengadilan di mahkamah Pampasan...
Resipi Kuetiau Goreng Seafood Ringkas Tapi Sedap

Resipi Kuetiau Goreng Seafood Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 176 hits
Blogger Nina Mirza berkongsi resipi kuetiau goreng yang sangat ringkas namun mampu membuka selera Dalam resipi ini dia mencampurkan makanan laut seperti kerang dan udang Yang menambah sedap adalah udang kering serta campuran telur ayam yang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba