Hanya Tumpang Pondok Orang Apakah Ini Di Luar T Jawab Ph



RAVICANDRAN sedih apabila mengenangkan isterinya yang banyak berkorban untuk keluarga.


TIADA siapa menginginkan hidup merempat dengan kediaman yang tidak sempurna namun keadaan itu dilalui suami isteri di sini berikutan kemiskinan hidup.Ravicandran Mariapan, 42, dan Nandini Marima, 29, hanya mampu tinggal di pondok terletak di kebun kepunyaan seorang pemilik ladang di Segenting di sini yang bermurah hati membenarkan mereka menetap di situ.Budi pemilik ladang itu membolehkan mereka punyai tempat berteduh, tetapi malangnya Ravichandran yang kudung kedua-dua kaki pula tidak mampu mencari rezeki dan mereka hilang punca pendapatan.Dia bergelar orang kurang upaya (OKU) selepas kaki kiri dipotong akibat jangkitan kuman selepas cedera ketika membancuh simen, tujuh tahun lalu manakala kaki kanan pada tahun lalu kerana luka kencing manis.
“Selain kencing manis, saya juga menghidap komplikasi buah pinggang dan masalah jantung.“Disebabkan itu perlu berulang alik ke Hospital Port Dickson, tiga kali seminggu,” katanya yang perlu menyewa kereta setiap kali mahu ke hospital yang cecah hampir RM100 seminggu.Bagi meneruskan kehidupan, pasangan itu memanfaatkan bantuan kewangan diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan.Manakala, Nandiri bekerja sebagai tukang cuci dari rumah ke rumah di sekitar daerah ini.Selain itu, mereka memungut besi buruk dan tin kosong untuk duit tambahan antara RM200 ke RM300 sebulan.“Saya pernah bertemu wakil rakyat Port Dickson dan dijanjikan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), tetapi sehingga kini tiada jawapan diberikan.“Malah, saya tidak kisah untuk membayar rumah sewa kerana duit boleh dicari hasil sumbangan JKM dan mencari barangan lusuh,” katanya.Ravichandran berkata, dia sedih apabila mengenangkan isterinya yang banyak berkorban untuk keluarga dan perlu menjaganya sejak hilang kaki.Pasangan itu juga memelihara anak angkat berusia 3 tahun dan mahu memastikannya mendapat kehidupan selesa.Orang ramai yang mahu membantu mereka boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Affin Islamic Bank 105280004378 atas nama Media Prima-NSTP Humanitarian Fund (Metro Prihatin) atau cek kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad di Balai Berita, Bangsar. (MyMetro)
Share 
Tweet
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melihat sepintas fungsi pemerintah dalam ekonomi menurut Islam.

1. Menghapuskan kemiskinan, mencapai gunatenaga penuh dan pertumbuhan ekonomi yang optimum. 
Allah menjadikan manusia bersama-sama dengan pelbagai sumber dan ia adalah amanah Allah. Manusia perlu menggunakannya secara cekap dan optimum melalui panduan dan arahan daripada pemerintah. Kesannya kemiskinan boleh di atasi dan ekonomi akan sentiasa berada dalam gunatenaga penuh. Perancangan penggunan tenaga perlu dilakukan seperti latihanlatihan, pendidikan, R&D dll perlu dilaksanankan. Penyediaan infrastruktur perlu dilaksanakan seperti jalanraya, sekolah dsb ke arah pencapaian matlamat tersebut. 2. Mengekalkan kestabilan Nilai Benar Wang  
Ia penting bukan sahaja utk menjamin pertumbuhan ekonomi tetapi juga berkaitan dengan keadilan sosial. Nilai wang adalah ukuran perlu disempurnakan dalam kegiatan masyarakat Kesan negatif akan timbul jika nilai wang tak stabil. Terkurang nilai atau terlebih nilai 3. Menjamin keadilan sosial dan ekonomi 
Aspek pendidikan, kesihatan, perumahan & kebajikan masyarakat. Hubungan antara pekerja & majikan.Setiap transaksi ekonomi dll 4. Memastikan kesaksamaan agihan pendapatan & kekayaan 
Jika jurang adalah besar- timbul permusuhan antara kaya & miskin. Pemerintah akan menjalankan pelbagai dasar termasuklah percukaian agar rakyat dapat menikmati kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pendidikan dsb. 5. Memelihara undang-undang & ketenteraan 
Penggubalan undang-undang agar wujud ketenteramanPenguatkuasaan oleh kerajaan melalui pelbagai gensi termasuklah pihak polis. Melengkapkan aspek ketenteraan supaya dapat pertahankan tanah air dari pelbagai musuh terutamanya bukan Islam 6. Menyelaras hubungan Antarabangsa 
Antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam  Kerjasama dilakukan bukan sahaja aspek ekonomi, malah aspek sosial, politik dsb. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/hanya-tumpang-pondok-orang-apakah-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Pondok Mohon Bantuan 80 Pelajar Hanya Makan Nasi Kuah Air Kosong Lauk Telur Goreng

Sekolah Pondok Mohon Bantuan 80 Pelajar Hanya Makan Nasi Kuah Air Kosong Lauk Telur Goreng

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 833 hits
Seramai 80 pelajar di sebuah sekolah pondok daif di Bukit Gedombak hanya menikmati hidangan nasi putih berlauk telur goreng dengan air kosong sebagai menu hidangan mereka Menu tersebut terpaksa dihidangkan kepada mereka jika tiada lauk lauk...
Hanya Jalankan Tugas Kkm Jawab Fitnah Kakitangan Mereka Lakukan Jenayah Terancang

Hanya Jalankan Tugas Kkm Jawab Fitnah Kakitangan Mereka Lakukan Jenayah Terancang

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 310 hits
Selepas tular dua pegawai mereka didakwa sebagai pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri atau KDN yang didakwa cuba untuk melakukan rompakan dari rumah ke rumah sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini tampil menafikan perkara ...
3 Cara Membedakan Apakah Perutmu Benar Benar Gemuk Atau Hanya Kembung

3 Cara Membedakan Apakah Perutmu Benar Benar Gemuk Atau Hanya Kembung

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 288 hits
Perut kembung ini terjadi ketika terdapat cairan atau udara yang menumpuk di dalam perut Kondisi kembung di perut ini bisa membuatmu merasa tak nyaman serta kenyang sepanjang waktu Membedakan antara kembung atau lemak bertumpuk bisa jadi ca...
Baru 3 Tahun Anak Genius Malaysia Ini Sangat Luar Biasa Individu Termuda Dunia Masuk Ke Mensa

Baru 3 Tahun Anak Genius Malaysia Ini Sangat Luar Biasa Individu Termuda Dunia Masuk Ke Mensa

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 618 hits
Memasuki usia dua tahun Haryz atau nama penuhnya Muhammad Haryz Nadzim sudah boleh membaca buku ceritanya sendiri sebelum tidur Sekarang si cilik pintar yang berusia tiga tahun ini menjadi individu paling muda yang terbaharu diterima masuk ...
China Guna Wechat Pengaruhi Pilihan Raya Luar Termasuk Malaysia

China Guna Wechat Pengaruhi Pilihan Raya Luar Termasuk Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 335 hits
Pengaruh media memang tidak boleh dipandang remeh Walaupun manfaatnya dalam perkongsian berita dan maklumat memang tidak boleh disangkal ia juga menjadi platform penyebaran berita palsu untuk mempengaruhi pandangan rakyat Kebimbangan terhad...
Tim Hukum Pdip Klaim Tahu Keberadaan Harun Masiku Di Luar Negeri Dari Media

Tim Hukum Pdip Klaim Tahu Keberadaan Harun Masiku Di Luar Negeri Dari Media

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 228 hits
Dia pun mengatakan bahwa imbauan dari partai agar Harun menyerahkan diri pun sudah disampaikan
Berfikir Di Luar Kotak

Berfikir Di Luar Kotak

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 183 hits
Berfikir di luar kotak juga bermaksud berfikir di luar tempurung Yang dimaksudkan berfikir di luar kotak adalah bagaimana kita berfikir secara Kreatif Inovatif Luar biasa Lain dari yang lain Unik Dan dapat menyelesaikan masalah yang akan at...
Anak Yang Selalu Di Belai Tak Sibuk Tagih Perhatian Luar Ciumlah Peluklah Cuitlah Hati Anak

Anak Yang Selalu Di Belai Tak Sibuk Tagih Perhatian Luar Ciumlah Peluklah Cuitlah Hati Anak

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 425 hits
Semasa menyentuh memeluk mengendong mencium dan dapat pula ciuman dari anak anak Syria ini saya terkenang anak sendiri Pernah semasa kecilnya mereka ada yang suka sangat merajuk bila merajuk sempat pula hantar adik jadi posmen bagitahu ummi...
Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

Telefilem Dosa Tak Terampun Lakonan Fauziah Ahmad Daud Nad Zainal

Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Pula

From Thrill Seeking Dinosaur To Crypto Icon The Story Of Pino

Cuti Umum Johor 2025 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

Kru Cetak Sejarah Industri Hiburan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

Tukang Masak Maut Bayi 7 Bulan Parah Lori Langgar Mpv

Bagaimana Berjimat Duit Untuk Pergi Melancong

Anak Terlantar Selepas Lemas Dalam Kolam Ibu Harap Ada Keajaiban Cepatlah Bangun Sayang

Tular Video Wanita Makan Nasi Lauk Bunga Raya Atas Kubur Netizen Persoal Ajaran Puak Mana Ni

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government