Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Khalish yang masih kecil bertarung dengan sel kanser, hanya tangisan menjadi luahan kesakitan.
Khalish ketika sihat di samping ummi nya. Muhammad Khalish Affan, 1 tahun 5 bulan, anak yang aktif dan ceria kini sering diserang demam. Semenjak beberapa bulan yang lalu selepas disahkan menghidap leukemia, selera makannya tidak seperti dulu. Malah rambutnya yang lebat kini semakin menipis. Badannya yang dulu tembam dan gebu kini menyusut.
Menurut ibunya, Nuhanabilla Hazani berkata ketika mula-mula dia melihat itu Khalish sering demam dan kurang selera makan, tidak menyangka ada sel kanser sedang menyerang. Paras Hb ketika itu hanya 5 dan platelet juga sangat rendah. Ketika itu Khalish berusia 11 bulan. Ketika leukemia mula-mula dikesan, kira-kira 15% sel kanser sedang agresif di dalam darah anak kecil ini. Ia meningkat kepada 28% ketika kali kedua.

HB & PLATELET RENDAH
Sejak itu, Khalish telah pun melalui beberapa kali kimoterapi dan kini memasuki cycle ketiga. Hati ini mana yang dapat melihat kesakitan ditanggung anak. Setiap kali mendengar tangisan kesakitan anak, ia benar-benar menghiris hati ibu ini. Tapi Nabilla perlu terus kuat.
Penderitaan cinta hati ummi abi. Tak sanggup lihat adik begini, ummi reda apa yang berlaku & berserah kepada Allah.

Sel darah putih meningkat, bimbang sel kanser aktif balik. Ada nanah pada chemoport, patutlah demam suhu tinggi 40.4°C

Ada nanah dalam perut Khalish sebesar 2sm berdekatan limpa.

Tak pernah terlintas membesarkan Khalish di hospital. Ketika anak seusiamu belajar untuk berjalan dan bercakap, Khalish terlantar di sini. Ummi rindu gelak tawa & selera makan Khalish. 

Demam tinggi & nanah dalam perut belum selesai. Selera makan tak ada langsung. Berat dari 10kg dah menyusut ke 8.2kg.

Keputusan imbasan menunjukkan nanah dalam perut masih dalam keadaan yang sama. 


Rawatan chemo terpaksa tangguh Khalish demam. Patelet dan Hb semakin menurun. Kos pembayaran sampel darah RM600 dipermudahkan dengan sumbangan & bantuan.

Dalam perkembangan terkini, Khalish bertahan. Anak kecil yang comel ini anak yang kuat. Menurut Nabila, Khalish akan melalui rawatan kimoterapi semula esok.
“Khalish masih macam ni, tak ada perubahan. Esok start treament chemo balik. Lama dah tangguh kimo ni sebab dia demam. Kalau demam tak boleh kimo. Nanah dalam perut tu masih ada.
“Minggu lepas kami membuat bayara RM700 untuk hantar sampel darah ke Australia. Nanah dalam perut bermula dari bulan 11 tahun lepas dan punca tidak diketahui sama ada kuman atau pun sel kanser.
BANYAK DUDUK WAD DARI RUMAH. BALIK RUMAH HANYA TIGA EMPAT HARI DATANG SEMULA

“Khalish banyak berada di wad hospital berbanding di rumah. Mula-mula masuk ward 3 bulan duduk hospital tak balik-balik. Pernah sekali selepas balik tak sampai 24 jam datang balik hospital kerana Khalish tiba-tiba demam,muntah. Paling lama duduk rumah ialah 3, 4 hari je. Apabila sakit, Khalish hanya mampu menangis. Saya hanya mampu memujuk diri supaya terus bersabar dan berdoa,” kata Nabila.
Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Khalish Affan boleh menyalurkan sumbangan anda kepada akaun Agro Bank 2006362000090140 milik Nurhanabilla Hazani atau akaun CIMB 7051760371 Mohamad Khairul Azhar Bin Khalir.
The post Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hanya-tangisan-dapat-meluahkan-kesakitan-khalish-hidap-leukemia-terus-kuat-bertarung-dengan-sel-kanser/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Kuat Kerana Dia Kuat Anak Hidap Hydrocephalus Ibu Lega Umar Selamat Jalani Pembedahan Ketiga

Saya Kuat Kerana Dia Kuat Anak Hidap Hydrocephalus Ibu Lega Umar Selamat Jalani Pembedahan Ketiga

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 345 hits
Menerima takdir Allah saat dikurniakan anak sulung yang menghidap penyakit Hydrocephalus iaitu lebihan cecair dalam kepala memang payah Ibu mana yang mampu menerimanya Saat hati teruja menanti anak pertama tetapi bertukar sayu bila mana ana...
Kalau Kuat Itu Hanya Pilihan Yang Kita Ada

Kalau Kuat Itu Hanya Pilihan Yang Kita Ada

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 304 hits
KALAU KUAT ITU HANYA PILIHAN YANG KITA ADA Orang nampak aku seorang yang kuat Hakikatnya aku memang tiada pilihan lain selain menjadi kuat Bukan senang okay kadangkadang aku mengaku juga aku diambang putus asa Aku hanya fikir Sudahlah Tuhan...
Hanya 50 Peratus Peluang Untuk Hidup Ketika Lahir Kini Khalish Mampu Makan Sendiri Walaupun Menghidap Cerebral Palsy

Hanya 50 Peratus Peluang Untuk Hidup Ketika Lahir Kini Khalish Mampu Makan Sendiri Walaupun Menghidap Cerebral Palsy

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 375 hits
Ketika penulis mendekatinya untuk ditemuramah Norlailee Abu Hassan tidak keberatan Bahkan dia sanggup datang jauh dari Melaka untuk bertemu penulis Banyak kisah menarik tentang anaknya Hairul Khalish Hairulaminy yang dia ceritakan pada penu...
Master Pasto Spaghetti Segera Hanya Panaskan Dan Terus Makan

Master Pasto Spaghetti Segera Hanya Panaskan Dan Terus Makan

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 523 hits
Master Pasto Spaghetti Segera Hanya Panaskan Dan Terus Makan Pernah tak korang rasa lapar tapi macam ada perasaan malas nak keluar pegi beli makanan KakYa ada satu berita gembira untuk korang KakYa nak kenalkan kat korang Master Pasto Spagh...
Malaysia Akan Bertindak Balas Jika Eropah Terus Sekat Minyak Kelapa Sawit

Malaysia Akan Bertindak Balas Jika Eropah Terus Sekat Minyak Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 468 hits
Berikutan dengan diskriminasi dari Eropah terhadap minyak sawit Malaysia Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahwa kerajaan Malaysia tidak akan teragak agak untuk menghentikan pengimportan barangan tertentu dari Eropah jika p...
Kecil Kecil Cili Api Faiz Sedia Terus Sarung Jersi Harimau Malaya

Kecil Kecil Cili Api Faiz Sedia Terus Sarung Jersi Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 279 hits
Kecil kecil cili api Faiz Faiz ketika aksi bersama Selangor menentang Felda baru baru ini PEMAIN Selangor Mohd Faiz Mohd Nasir bersedia untuk terus menyarung jersi skuad Harimau Malaya sekiranya dipanggil pada masa hadapan Bertubuh kecil de...
Anwar Ibrahim Dan Keluarga Akan Terus Sokong Pimpinan Tun Dr Mahathir

Anwar Ibrahim Dan Keluarga Akan Terus Sokong Pimpinan Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 393 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan sokongannya dan keluarga terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berharap semua pemimpin Pakatan Harapan untuk terus memberikan sokongan yang sama Secara konsisten kita pi...
Apa Sahaja Demimu Rezfan Anak Derita 4 Penyakit Jantung Masalah Buang Air Besar Terus Berjuang

Apa Sahaja Demimu Rezfan Anak Derita 4 Penyakit Jantung Masalah Buang Air Besar Terus Berjuang

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 287 hits
Ibu bapa mana yang dapat melihat anak menderita kesakitan Sanggup melakukan apa sahaja asalkan cahaya mata semakin baik sihat dan pulih Muhammad Rezfan 11 bulan mengalami 4 penyakit jantung dan tidak boleh membuang air besar secara normal A...
Wow Kedai Sepi Pelanggan Tular Sebab Makanannya Sedap Meriah Bahan Terus Pakcik Cina Muslim Tak Menang Tangan

Wow Kedai Sepi Pelanggan Tular Sebab Makanannya Sedap Meriah Bahan Terus Pakcik Cina Muslim Tak Menang Tangan

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 880 hits
Kedai sepi pelanggan tular sebab makanannya sedap Kedai Abdullah Lim menjadi viral baru baru ini Foto Balqis Sidiqia PERNIAGAAN adalah salah satu lubuk rezeki demi meneruskan kehidupan namun keikhlasan dalam menjalankan perniagaan bukanlah ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall