Hanya 50 Peratus Peluang Untuk Hidup Ketika Lahir Kini Khalish Mampu Makan Sendiri Walaupun Menghidap Cerebral Palsy


Ketika penulis mendekatinya untuk ditemuramah, Norlailee Abu Hassan tidak keberatan. Bahkan dia sanggup datang jauh dari Melaka untuk bertemu penulis. Banyak kisah menarik tentang anaknya, Hairul Khalish Hairulaminy yang dia ceritakan pada penulis.
RAHIM TIDAK KUAT
“Khalish dilahirkan secara normal dengan berat 615gm sahaja ketika itu. Usia kandungan saya baharu masuk 26 minggu tetapi saya mengalami kontraksi secara tiba-tiba. Saya terus ke hospital, bukaan dah ada. Lebih kurang 30 minit, saya selamat melahirkan dia. Air ketuban pecah dan menurut doktor rahim saya tidak kuat,” kata Lailee memulakan cerita.
Khalish dimasukkan ke NICU dan diletakkan di dalam inkubator selama lima bulan di Hospital Sg. Buloh, Selangor. Menurut Lailee, doktor memberitahu peluang Khalish untuk hidup hanya 50 peratus sahaja kerana terlalu banyak komplikasi. Bahkan Khalish memegang rekod sebagai bayi terkecil yang hidup sehingga sekarang di hospital itu. Beratnya hanya 8.9kg dan umurnya enam tahun. Kata doktor, masalah Khalsih ini dikenali sebagai failure to thrieve.
BANYAK KOMPLIKASI
Salah satu komplikasi Khalish ketika dilahirkan adalah hydro chephalus iaitu jumlah cecair berlebihan dalam kepala. Ia dikesan sewaktu usianya seminggu. Sepatutnya sejenis salur dimasukkan untuk mengeluarkan cecair tersebut dari otak, telinga dan perutnya. Memandangkan berat Khalish cuma 1.2kg ketika itu, doktor terpaksa menunggu sehingga beratnya mencapai 1.8kg sebelum pembedahan dapat dibuat. Ketika beratnya sudah cukup, doktor lihat cecair itu masih ada tetapi tidak bertambah. Jadi doktor suruh pantau jika ada sebarang masalah. Cukup umurnya lima tahun, doktor kata perkara tersebut tidak perlu dirisaukan lagi.
Sewaktu di hospital, doktor memberitahu Lailee yang Khalish tidak boleh minum susu formula kerana dikhuatiri ususnya pecah. Jadi setiap hari Lailee akan bawa stok susu yang ada. Hanya mampu memberinya susu badan selama tiga bulan, Lailee memberitahu yang dia telah cuba macam-macam cara untuk menambah susu badannya. Keluarga banyak memberi sokongan kepada Lailee, itulah yang menjadi penguat semangatnya.
Khalish juga mempunyai masalah jantung kronik. Dia tidak mampu untuk bernafas sendiri. Doktor terpaksa mencadangkan Khalish untuk memakai alat bantuan pernafasan. Selama lima bulan dia menggunakannya dan ketika keluar hospital, Khalish terpaksa dipakaikan tiub yang disambungkan dari hidung ke perut untuk membantunya menyusu.
“Waktu itu Khalish memang masih kecil. Dia tidak pandai bernafas sendiri. Bila dia minum susu, dia terlupa untuk bernafas. Tahu-tahu wajahnya menjadi kebiruan. Lebih kurang lapan bulan menggunakan tiub, bila doktor yakin dia sudah boleh bernafas sendiri baharulah ia dicabut,” cerita Lailee lagi.
CABARAN KHALISH DAN MAMA
“Bila kita ada anak istimewa ni, tidak dinafikan pasti ada cabarannya. Salah satunya bila tiub tercabut. Situasi itu sangat bahaya kerana Khalish harus dibawa ke hospital terus. Ada masanya saya tak tidur malam kerana khuatir terlepas pandang, manalah tahu tiub tu tercabut pada waktu saya tertidur,” tambah Lailee lagi. Selain itu, Lailee kerap memantau keadaan Khalish kerana anaknya itu tidak boleh bernafas sendiri.
Memandangkan Khalish selalu dibawa naik kereta, jadi tidak sukar membawanya ke hospital untuk berjumpa pakar. Lailee melahirkan rasa syukurnya kerana Khalish jarang meragam ketika dia sedang memandu. Memandangkan Khalish tidak boleh bercakap, komunikasi sukar antara dua beranak ini. “Semakin dia dah besar ni, macam-macam yang dia mahu. Disebabkan dia tak boleh beritahu saya apa dia mahu, kadang-kadang meragam jugalah dia. Saya pula jadi buntu tak tahu apa Khalish nak,” kata Lailee lagi.
Lailee memberitau sedari umur Khalish enam bulan, dia sudah dibawa untuk menjalani terapi. Doktor yang merawatnya tidak memberi harapan yang tinggi. Tetapi mereka juga tidak menyangka Khalish dapat ‘berkembang’ dengan baik. Kanak-kanak yang menghidap cerebral palsy (CP) biasanya tidak boleh mengawal air liur (sering meleleh) dan otot-ototnya keras. Tetapi tidak, Khalish kerana dia sudah mampu mengengsot dan bertatih. Jika diberikan kentang jejari pun, Khalish boleh memegangnya sendiri.
“Saya percaya semua ini berkat terapi yang kami buat seminggu sekali secara konsisten. Terapi seminggu sekali tetapi berbeza-beza setiap kali sesi. Ada terapi fisio, pertuturan dan cara kerja,” tambah Lailee.
MENGAJAR DI SEKOLAH ANAK ISTIMEWA
“Saya mengajar di sekolah anak istimewa untuk tambah ilmu. Bila mengajar di sana, saya dapat perbaiki diri. Sayajuga mengambil kursus terapi untuk anak yang menghidap CP. Lebih kurang dua tahun juga saya kumpul pengalaman mengajar anak istimewa. Sekarang pun saya ada mengajar tusyen khas untuk anak-anak yang lambat pembelajaran,” cerita Lailee lagi.
Selain mengajar, Lailee aktif dalam persatuan untuk ibu bapa yang mempunyai anak istimewa. Menurut Lailee, dia suka bergaul dengan orang-orang yang mempunyai masalah sepertinya bagi berkongsi cerita dan maklumat. “Kalau ada anak istimewa ni, jangan pinggirkan mereka. Kita kena sentiasa berharap dan usaha untuk dapat hasil yang terbaik. Penting untuk kita terima dan redha dengan ketentuan ini.
Saya harapkan Khalish dapat membesar dengan baik dan mampu berdikari. Sekarang saya amalkan gaya hidup sihat supaya saya sentiasa dalam keadaan yang terbaik untuk menjaga Khalish,” kata Lailee mengakhiri ceritanya.
 
 
 
 
The post Hanya 50 Peratus Peluang Untuk Hidup Ketika Lahir, Kini Khalish Mampu Makan Sendiri Walaupun Menghidap Cerebral Palsy appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hanya-50-peratus-peluang-untuk-hidup-ketika-lahir-kini-khalish-mampu-makan-sendiri-walaupun-menghidap-cerebral-palsy/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Pakai Kereta Proton Je Tapi Hari Hari Aku Mampu Makan Udang Galah Zarina Anjoulie Beli Kereta Baru

Aku Pakai Kereta Proton Je Tapi Hari Hari Aku Mampu Makan Udang Galah Zarina Anjoulie Beli Kereta Baru

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 829 hits
Pelakon Zarina Anjoulie berkongsi berita gembira kepada pengikutnya apabila berjaya membeli sebuah kereta baharu buatan Malaysia semalam Kata Zarina kereta jenama Proton itu kerana dirasakan berbaloi dan dibeli atas dasar mengikut kemampuan...
Sebak Terbayang Anak Sendiri Que Haidar Belanja Anak Anak Syria Makan Video Ini Bukan Riak Tapi Contoh Kata Netizen

Sebak Terbayang Anak Sendiri Que Haidar Belanja Anak Anak Syria Makan Video Ini Bukan Riak Tapi Contoh Kata Netizen

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 457 hits
Pelakon Johan Ariff telah memuatnaik dua buah video di instagramnya Video tersebut memaparkan seorang pelakon terkenal Que Haidar sedang memujuk anak Syria di tepi jalan di Turki untuk makan bersamanya Video kedua dimuatnaik semasa anak ana...
Ini Penyebab Mengapa Nafsu Makan Cenderung Meningkat Ketika Sedang Pms

Ini Penyebab Mengapa Nafsu Makan Cenderung Meningkat Ketika Sedang Pms

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 256 hits
Disebut oleh sebuah penelitian dalam jurnal Nutrifood Research Center fluktuasi hormon menjadi penyebab kenapa wanita banyak makan saat PMS Menariknya banyak wanita yang tidak menyadari mengenai hal ini
Siswa Miskin Terpaksa Ikat Perut Hanya Makan Sekali Sehari Kerap Berpuasa Dan Bergantung Sebuku Roti Untuk Dua Hari

Siswa Miskin Terpaksa Ikat Perut Hanya Makan Sekali Sehari Kerap Berpuasa Dan Bergantung Sebuku Roti Untuk Dua Hari

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 362 hits
Mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari antara ikhtiar hidup sebilangan pelajar di Universiti Malaya yang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan Inilah antara ke...
Tertekan Dengan Hidup Tiada Pekerjaan Dorong Lelaki Ini Tikam Perutnya Sendiri

Tertekan Dengan Hidup Tiada Pekerjaan Dorong Lelaki Ini Tikam Perutnya Sendiri

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 301 hits
Tertekan dengan hidup tiada pekerjaan dorong lelaki ini tikam perutnya sendiriTertekan dengan hidup ditambah pula dengan tiada pekerjaan mendorong lelaki berusia 32 tahun ini untuk menikam dirinya sendiri Dalam kejadian pada jam 1 15 tengah...
Sst Ganti Gst Untuk Kurangkan Bebanan Kini Hanya Tinggal Retorik

Sst Ganti Gst Untuk Kurangkan Bebanan Kini Hanya Tinggal Retorik

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR Janji kerajaan Pakatan Harapan melalui manifesto mereka terbukti hanya retorik apabila sebahagian besarnya dibiar tidak tertunai malah alasan demi alasan diberikan sehingga kini Lebih menyakitkan apabila janji tidak tertunai it...
Kalau Ada Rezeki Makanlah Kalau Tak Kos Hidup Tinggi Pelajar Universiti Dedah Terpaksa Makan Sehari Sekali

Kalau Ada Rezeki Makanlah Kalau Tak Kos Hidup Tinggi Pelajar Universiti Dedah Terpaksa Makan Sehari Sekali

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 259 hits
Zaman belajar boleh dikatakan sebagai fasa yang paling menyeronokkan dalam kehidupan seseorang Segala detik pahit manis akan terngiang dalam ingatan apabila seseorang itu mula bekerja atau telah tamat belajar Namun tidak dinafikan kebanyaka...
Mak Tak Masak Tengahari Sebab Demam Anak Dgn Menantu Terpaksa Pergi Makan Luar Mungkin Ini Hanya Helah Anaknya

Mak Tak Masak Tengahari Sebab Demam Anak Dgn Menantu Terpaksa Pergi Makan Luar Mungkin Ini Hanya Helah Anaknya

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 361 hits
Selama ni saya selalu terbaca tentang ketidakpuasan hati terhadap mak mertua Saya tampil untuk meluahkan Mempunyai seorang anak lelaki yang di tatang bagai minyak yang penuh Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak semuanya berubah sedang...
Hiburan Hanya 10 Peratus Pelakon Berbakat Lain Hanya Pasu Bunga Sekadar Hiasan Di Tv Erma Fatima

Hiburan Hanya 10 Peratus Pelakon Berbakat Lain Hanya Pasu Bunga Sekadar Hiasan Di Tv Erma Fatima

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 273 hits
Isu mengenai pelakon di Malaysia yang kini hanya bergantung kepada rupa dan jumlah pengikut di media sosial sahaja tetapi tiada bakat sangat hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini lebih lebih lagi selepas penerbit Datuk A Aida meminta b...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025