Hanya Surat Pengesahan Kementerian Tertentu Diterima Mulai 8 Jun


Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI  ACRYL SANIPETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan hanya akan menerima surat pengesahan daripada kementerian atau agensi tertentu sahaja sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja bermula 8 Jun ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM menyokong hasrat kerajaan bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.
“Sebagai agensi bertanggungjawab menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR), kebenaran melakukan perjalanan hanya akan diberikan kepada pekerja yang mengemukakan surat pengesahan daripada kementerian dan agensi tertentu sahaja bagi sektor yang dibenarkan beroperasi.
“Surat kebenaran yang diterima pakai sebagai bukti untuk melakukan perjalanan ke tempat kerja adalah daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut Acryl Sani, surat pengesahan yang turut diterima adalah daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi.
“MAFI hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pekebun kecil dan bagi yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0)).
“Kebenaran juga diberikan kepada mereka yang mempamerkan surat pengesahan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi seperti kelapa sawit dan getah atau sebagainya,” ujar beliau.
Jelas beliau, bagi pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh MPIC atau LGM.
“Bagi pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0).
“Turut diterima adalah surat yang dikeluarkan oleh Bank NEgara Malaysia bagi institusi kewangan serta insurans dan Suruhanjaya Sekuriti yang berkaitan sektor urusniaga saham,” katanya.
Tambah Acryl Sani, surat pengesahan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil dan penjaja gerai makanan juga ‘food truck’ turut diterima dan lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0).
“PDRM juga turut menerima surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier dan penyiaran serta Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang berada di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan sebagainya akan turut diterima pakai,” jelas beliau.
Mengulas lanjut, PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah pergerakan rentas sempadan iaitu ziarah kematian, kecemasan dan mereka yang bekerja sendiri.
“Dokumen pengesahan yang dikemukakan di SJR juga haruslah bertarikh mulai 1 Jun 2021 dan pihak yang tiada sebarang dokumen yang sah seperti dinyatakan atau telah tamat tempoh iaitu sebelum 1 Jun akan diarahkan untuk berpatah balik.
“Bagi pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara ‘one off’ untuk tempoh dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021,” tambah beliau.
Acryl Sani berkata, bagi pekerja di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen, invois, pembayaran gaji dan sebagainya, kebenaran oleh PDRM akan diberi secara one off iaitu bagi tempoh dua hingga tiga hari sahaja dan surat pengesahan daripada majikan juga perlu dikemukakan sebagai bukti.
“Bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan seramai 20 peratus, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri JPM melalui MITI (CIMS 3.0) dan bagi pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dalam kes yang baharu (reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR.
“PDRM mengingatkan orang ramai agar mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi yang telah dinyatakan ketika melalui SJR dan mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas beliau.
Acryl Sani menambah, orang ramai diminta untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha melandaikan lengkuk penularan wabak Covid-19 dan sekiranya terdapat aduan mengenai pematuhan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP, salurkan melalui Malaysian Goverment Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000 atau menerusi emel ke [email protected] serta [email protected]. – K! ONLINE
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/hanya-surat-pengesahan-kementerian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Surat Miti Terbatal Mulai 1 Jun Pergerakan Terhad 10km Dari Kediaman Hanya 2 Individu Dalam Satu Kereta

Semua Surat Miti Terbatal Mulai 1 Jun Pergerakan Terhad 10km Dari Kediaman Hanya 2 Individu Dalam Satu Kereta

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 231 hits
SEMUA surat kebenaran perjalanan untuk urusan bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini terbatal mulai 1 Jun 2021 Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kementerian...
Hanya 10 Jenis Surat Kebenaran Sahaja Diterima Ketika Sjr

Hanya 10 Jenis Surat Kebenaran Sahaja Diterima Ketika Sjr

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 235 hits
Terkini hanya 10 jenis surat yang diterima pakai Polis ketika melalui sekatan jalan raya Polis telah menyenaraikan 10 surat kebenaran dari agensi dan kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diterima
Program Realiti All Together Now Malaysia Mulai Jun 2021

Program Realiti All Together Now Malaysia Mulai Jun 2021

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 687 hits
Hi Korang Program realiti All Together Now Malaysia atau ATNMY ialah sebuah pertandingan nyanyian yang terbuka kepada seluruh rakyat malaysia tanpa sebarang had umur Penyertaan adalah terbuka secara solo duo trio ataupun berkumpulan Barisan...
Cara Buat Rayuan Bpr 2021 Mulai 15 Jun Tarikh Bayaran Bpr Tambahan

Cara Buat Rayuan Bpr 2021 Mulai 15 Jun Tarikh Bayaran Bpr Tambahan

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 548 hits
Cara buat Rayuan BPR 2021 Mulai 15 Jun Tarikh Bayaran Cara Mohon BPR Tambahan Fasa 2 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Pada bulan Mei 2021 yang lepas duit pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 2021 telahpun masuk ke dalam...
Cims Miti Surat Permohonan Beroperasi Syarikat Pkp Bermula 1 Jun 2021 Sehingga 14 Jun 2021

Cims Miti Surat Permohonan Beroperasi Syarikat Pkp Bermula 1 Jun 2021 Sehingga 14 Jun 2021

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 1023 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Terdahulu telah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 8 malam Ahad 30 Mei 2021 syarikat pembuatan yang telah berdaftar dengan CIMS 3 0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini sena...
Surat Permit Pergerakan Sah Sehingga 28 Jun

Surat Permit Pergerakan Sah Sehingga 28 Jun

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 183 hits
Oleh NOR IDAYU BOSRO Gambar hiasan PUTRAJAYA Semua surat atau permit pergerakan yang diluluskan sebelum ini hingga 14 Jun ini masih diterima polis hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada 28 Jun depan Menteri Dalam Negeri ...
10 Jenis Surat Diterima Pakai Di Sekatan Jalan Raya

10 Jenis Surat Diterima Pakai Di Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 351 hits
Polis telah menyenaraikan 10 surat kebenaran dari agensi dan kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diterima pakai dalam sekatan jalan raya
Hanya Dua Orang Dari Isi Rumah Dibenar Keluar Bermula 1 Jun

Hanya Dua Orang Dari Isi Rumah Dibenar Keluar Bermula 1 Jun

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 186 hits
MALAYSIAKINI Hanya dua orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar di bawah prosedur operasi standard sepanjang perintah sekatan pergerakan penuh yang bermula 1 Jun ini Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata mereka dibenarkan kel...
Tunjuk Surat Kebenaran Kementerian Agensi Dibenar Lalu Sjr

Tunjuk Surat Kebenaran Kementerian Agensi Dibenar Lalu Sjr

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 129 hits
Oleh NURAINA HANIS ABD HALIM ACRYL SANI ABDULLAH SANIPETALING JAYA Polis Diraja Malaysia mengingatkan bahawa surat pengesahan daripada kementerian atau agensi berkaitan sahaja diterima pakai di sekatan jalan raya berkuatkuasa 8 Jun ini Ketu...
Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Do You Know About Bakul Sia

Le Costil House Renovation By Anatomies D Architecture In Normandy France

Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer

Only Challenge Is Ensuring Voters Return For Polls Says Pang