Tunjuk Surat Kebenaran Kementerian Agensi Dibenar Lalu Sjr


 Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM
ACRYL SANI ABDULLAH SANIPETALING JAYA:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan bahawa surat pengesahan daripada kementerian atau agensi berkaitan sahaja diterima pakai di sekatan jalan raya (SJR) berkuatkuasa 8 Jun ini. 
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ini sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja bagi sektor-sektor dibenarkan beroperasi iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan.
Katanya, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan manakala Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi. MAFI hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pekebun kecil.
“Bagi yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI [Covid-19 Intelligent Management System(CIMS 3.0)]
“Selain itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil seperti kelapa sawit, getah atau sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 
Menurut Acryl Sani, untuk pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh MPIC atau LGM.
Ujar beliau, bagu pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0).
“Bank Negara Malaysia (BNM) pula adalah untuk sektor institusi kewangan dan insurans manakala Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkaitan sektor urus niaga saham.
“Bagi sektor peniaga kecil, penjaja gerai makanan, trak sajian makanan (food truck) di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT). Pengeluaran lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0),” ujarnya.
Dalam pada itu, Acryl Sani berkata, surat daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier dan penyiaran diperlukan.
Jelasnya, bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang berada di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan sebagainya akan diterima pakai bagi kebenaran pergerakan.
“PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kematian, kecemasan dan bekerja sendiri.
“Dokumen kebenaran seperti yang dimaklumkan hendaklah bertarikh mulai 1 Jun. Pihak yang tiada sebarang dokumen yang sah atau telah tamat tempoh iaitu sebelum 1 Jun akan diarahkan berpatah balik,” katanya.
Tambah beliau, bagi pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggaraan, penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan bergerak hendaklah diperoleh daripada polis secara one-off dari 1 Jun hingga 14 Jun.
“Bagi pekerja sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu untuk ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen, invois pembayaran gaji dan sebagainya, kebenaran PDRM akan diberikan secara one-off iaitu bagi tempoh dua hingga tiga hari sahaja. Surat pengesahan majikan perlu dikemukakan sebagai bukti,” katanya.
Selain itu, jelas Acryl Sani, pengoperasian firma guaman dengan kakitangan seramai 20 peratus, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri melalui MITI (CIMS 3.0).
“Bagi pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dalam kes-kes yang baharu (reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR.
“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke masa,” katanya.
Justeru itu, PDRM mengingatkan orang ramai agar mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi yang telah dibenarkan ketika melalui SJR.
“Mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.
Acryl Sani berkata, PDRM juga memohon masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha melandaikan lengkuk penularan wabak Covid-19.
“Sekiranya terdapat aduan mengenai pematuhan dan pelanggaran SOP PKP, salurkan melalui Malaysia n Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-80008000 atau emel ke [email protected] atau [email protected],” katanya.- UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/tunjuk-surat-kebenaran-kementerian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 10 Jenis Surat Kebenaran Sahaja Diterima Ketika Sjr

Hanya 10 Jenis Surat Kebenaran Sahaja Diterima Ketika Sjr

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 285 hits
Terkini hanya 10 jenis surat yang diterima pakai Polis ketika melalui sekatan jalan raya Polis telah menyenaraikan 10 surat kebenaran dari agensi dan kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diterima
Bukit Aman Siasat Dakwaan Menteri Lalu Sjr Di Perasing Tanpa Surat Kebenaran

Bukit Aman Siasat Dakwaan Menteri Lalu Sjr Di Perasing Tanpa Surat Kebenaran

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 279 hits
48 total views 48 views today KUALA LUMPUR 29 Mei Polis Diraja Malaysia membuka kertas inkuiri berhubung dakwaan seorang menteri yang melalui sekatan jalan raya di Perasing Kemaman di Terengganu pada 16 Mei lepas tanpa surat kebenaran renta...
Terkini 19 Senarai Kementerian Amp Agensi Memproses Permohonan Syarikat Syarikat Beroperasi Sepanjang Pkp 3 0

Terkini 19 Senarai Kementerian Amp Agensi Memproses Permohonan Syarikat Syarikat Beroperasi Sepanjang Pkp 3 0

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 205 hits
Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa setiap syarikat yang ingin beroperasi sepanjang tempoh PKP 3 0 iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 perlu melalui Kementerian atau agensi kawal selia mengikut sektor yang dibenarkan Namun ianya di...
Surat Kebenaran Miti Miti S Approval Letter

Surat Kebenaran Miti Miti S Approval Letter

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 335 hits
SURAT KEBENARAN MITI MITI s Approval Letter Kepada usahawan dan syarikat yang beroperasi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan anda perlu muat turun surat kebenaran MITI MITI s Approval Letter bagi tujuan rentas negeri dan da...
Hanya Surat Pengesahan Kementerian Tertentu Diterima Mulai 8 Jun

Hanya Surat Pengesahan Kementerian Tertentu Diterima Mulai 8 Jun

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 371 hits
Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI ACRYL SANIPETALING JAYA Polis Diraja Malaysia hari ini mengumumkan hanya akan menerima surat pengesahan daripada kementerian atau agensi tertentu sahaja sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak dari ked...
Pengamal Media Perlu Kemuka Pas Surat Berkaitan Ketika Lalui Sjr

Pengamal Media Perlu Kemuka Pas Surat Berkaitan Ketika Lalui Sjr

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 183 hits
PUTRAJAYA 22 Syawal 1442H Khamis Pengamal media yang melalui sekatan jalan raya hanya perlu mengemukakan kad media serta surat berkaitan sebagai perakuan untuk menjalankan tugas ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh kata Menteri Komun...
Terkini Kementerian Kewangan Akan Umum Pakej Bantuan Rakyat

Terkini Kementerian Kewangan Akan Umum Pakej Bantuan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 382 hits
inforakyat netKementerian Kewangan akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan susulan pengumuman pelaksanaan total lockdown di seluruh negara mulai 1 hingga 14 Jun depan Pejabat Perdana Menteri berkata pen...
Bspl Uji Tumpahan Minyak Di Pantai Bali Ke Laboratorium Kementerian Esdm

Bspl Uji Tumpahan Minyak Di Pantai Bali Ke Laboratorium Kementerian Esdm

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 484 hits
Namun Yudi menyebut ada potensi biota laut sekitar pantai tersebut mati akibat minyak tersebut Dia khawatir biota laut memakan minyak berbahaya tersebut lalu mati
Kementerian Luar Jejaki Dr Nur

Kementerian Luar Jejaki Dr Nur

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM PUTRAJAYA Kementerian Luar tidak dapat mengenal pasti butiran peribadi serta perincian Dr Nur yang dikatakan ditahan pihak Israel yang kini qtular Menurut kenyataan Kementerian itu perkara itu menyulitkan usaha Pe...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport