Hanya Sebanyak 16 Peratus Sahaja Rakyat Pahang Berpandangan Kewangan Perlu Di Rancang




KUANTAN: Hanya 16 peratus rakyat Pahang berpendapat bahawa kewangan perlu dirancang dengan berhemah. Timbalan Gabenor, Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Ahmad Zahid berkata, dapatan itu diperoleh hasil kaji selidik keupayaan dan rangkuman kewangan 2021.
Menurutnya, perspektif sebegini menyumbang kepada kurangnya penampan kewangan dan orang ramai mendapati sukar untuk menyediakan wang RM1,000 dalam situasi kecemasan.
"Keupayaan membuat keputusan kewangan dengan bijak dan mempunyai wang kecemasan dapat meningkatkan pendapatan serta simpanan secara beransur-ansur.
"Langkah-langkah seperti mengamalkan bajet bulanan, mengelak pembelian tidak perlu, berikhtiar mengurangkan hutang, menabung untuk kecemasan, memulakan pelaburan selamat dan berniaga secara sambilan mampu menyumbang ke arah ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Karnival Celik Kewangan di East Coast Mall, di sini pada Sabtu.
Adnan Zaylani memaklumkan inisiatif pendidikan kewangan secara terancang dilaksanakan oleh pihaknya sejak tahun 2000.
Jelasnya, bagaimanapun, pada peringkat awal, ia menjurus kepada kesedaran tentang produk dan perkhidmatan kewangan dan seterusnya memperkasakan pengurusan kewangan, melalui penubuhan BNMLINK dan Agensi Kredit dan Perkhidmatan Kaunseling ( AKPK).
Beliau menambah, penubuhan Jaringan Pendidikan Kewangan ( FEN) pada 2016, telah melonjakkan inisiatif pendidikan kewangan di seluruh negara melalui platform bersepadu yang melibatkan lapan agensi.
"FEN telah menggubal strategi literasi kewangan kebangsaan yang melakar inisiatif pendidikan kewangan secara lebih sistematik dan holistik.
"Kini penerapan mesej pendidikan kewangan telah dijalankan di semua peringkat sekolah sebagai sebahagian daripada kurikulum persekolahan kebangsaan secara lengkap, daripada peringkat prasekolah hingga sekolah menengah, hasil kerjasama erat bersama KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)," katanya.
Dalam pada itu, Adnan Zaylani memberitahu FEN kini menumpukan usaha untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan belia di seluruh negara.
Menurutnya, bagi tujuan ini, BNM telah melaksanakan kaji selidik keupayaan dan rangkuman kewangan setiap tiga tahun bagi menilai tahap keupayaan kewangan rakyat Malaysia, termasuk belia.
Jelasnya, kaji selidik tahun 2021 mendapati bahawa kegagalan membuat keputusan kewangan yang baik di usia muda, boleh mengakibatkan masalah kewangan jangka panjang, memandangkan komitmen kewangan yang semakin bertambah ketika meningkat dewasa.
Sehubungan dengan ini, suatu program pendidikan kewangan secara dalam talian, FEN PROAKTIF telah dibangunkan.
"Program ini menyasarkan pelajar tahun akhir institusi pendidikan tinggi, untuk menyediakan belia dengan ilmu pengurusan kewangan pada beberapa tahun pertama bekerja.
"Besarlah, harapan kami jika semua institusi pendidikan tinggi seluruh negara amnya, dan di Pahang khususnya, dapat menggalakkan pelajar-pelajar tahun akhir mereka menjalani program ini," jelasnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/07/hanya-sebanyak-16-peratus-sahaja-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akaun Media Sosial Rasmi Pejabat Sultan Pahang Hanya Di Bawah Nama Kesultanan Pahang

Akaun Media Sosial Rasmi Pejabat Sultan Pahang Hanya Di Bawah Nama Kesultanan Pahang

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 251 hits
KUANTAN Istana Pahang baru baru ini memaklumkan akaun media sosial rasmi pejabat Sultan Pahang hanyalah di bawah nama Kesultanan Pahang Istana Pahang menerusi hantaran di Facebook Instagram TikTok dan YouTube Kesultanan Pahang menyatakan ba...
Sebanyak Rm53 9 Juta Kerugian Kes Jenayah Komersial Di Pahang Dalam Tempoh Enam Bulan

Sebanyak Rm53 9 Juta Kerugian Kes Jenayah Komersial Di Pahang Dalam Tempoh Enam Bulan

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 95 hits
KUANTAN Jumlah kerugian kes jenayah komersial di Pahang menunjukkan peningkatan iaitu RM53 9 juta dengan 1 037 kertas siasatan dibuka dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin berkata berb...
Takde Benda Lain Dah Jang Nara Kesal Wartawan Hanya Beri Perhatian Pada Satu Perkara Ini Sahaja Tentangnya

Takde Benda Lain Dah Jang Nara Kesal Wartawan Hanya Beri Perhatian Pada Satu Perkara Ini Sahaja Tentangnya

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 110 hits
Baru baru ini Jang Na ra dan Nam Ji hyun telah muncul dalam rancangan radio SBS Power FM bagi mempromosikan drama baru mereka iaitu Good Partner Artikel Berkaitan Ketika sedang berborak DJ radio Kim Ho yong memuji kulit bersih Jang Na ra da...
Parti Keadilan Rakyat Pahang Bentuk Satu Jawatankuasa Kepimpinan Baharu Pada Sabtu

Parti Keadilan Rakyat Pahang Bentuk Satu Jawatankuasa Kepimpinan Baharu Pada Sabtu

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 240 hits
KUANTAN Parti Keadilan Rakyat Pahang membentuk satu jawatankuasa kepimpinan baharu menerusi mesyuarat yang diadakan di sini pada Sabtu Pembentukan jawatankuasa itu susulan pelantikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hi...
Panduan Dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh Yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia

Panduan Dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh Yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 217 hits
Panduan dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia Panduan dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia Ho Chi Minh sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan budaya semakin menjadi destinas...
Program Madani Rakyat Zon Timur Bermula Pada 5 Hingga 7 Julai Di Dataran Sayangi Kuantan

Program Madani Rakyat Zon Timur Bermula Pada 5 Hingga 7 Julai Di Dataran Sayangi Kuantan

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 191 hits
PUTRAJAYA Program MADANI Rakyat 2024 bagi Zon Timur merangkumi Pahang Terengganu dan Kelantan akan diadakan di Dataran Sayangi Kuantan Pahang selama tiga hari bermula 5 Julai ini Program MADANI Rakyat dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri...
Kesan Kenaikan Harga Barang Impak Kepada Rakyat

Kesan Kenaikan Harga Barang Impak Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 126 hits
Topik kesan kenaikan harga barang merupakan antara topik hangat yang sering dibincangkan sejak kebelakangan ini Walaupun sudah beberapa kali parti politik yang memegang tampuk kepimpinan negara berubah nama nampaknya isu kenaikan harga bara...
What Is Driving The Ringgit Rally

It Firm Name Ideas

Cara Mohon Lesen B Penuh Terbaru Jpj Umum Untuk Rakyat Malaysia

Diam Bukan Bermakna Kalah Atau Mengiyakan Fitnah Dewi Bakal Dedah Sesuatu Berserta Bukti

3 Sekeluarga Mengalami Detik Cemas Rumah Dimasuki Hampir 12 Orang Penyamun Berparang

Betul Ke Makan Malam Boleh Buat Kita Gemuk Fakta Atau Mitos

Polis Buru Bekas Petinju Terkenal Pecah Masuk Rumah

Vaksin Arexvy Untuk Melindungi Warga Emas Dari Penyakit Rsv Telah Diluluskan


echo '';
Mr Hiiragi s Homeroom Info Dan Sinopsis Siri Jepun Kini Diadaptasi Sebagai Drama Berepisod Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Di Astro Ria Sooka

5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat


Buah Pulasan

Ziarah Tppj

Dah Tinggal Berasingan Jiyeon T Ara Hwang Jaegyun Dalam Proses Untuk Bercerai

Mat Jargon Kena Balun Kaw Kaw Dan Dikecam Negeri Pahang Istihar Gisbh S

Kemesraan Pemimpin

Anak Rindu Mahukan Perhatian Mak Ayah Jangan Terlepas Tanda Ni