Program Madani Rakyat Zon Timur Bermula Pada 5 Hingga 7 Julai Di Dataran Sayangi Kuantan


PUTRAJAYA: Program MADANI Rakyat 2024 bagi Zon Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan akan diadakan di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang, selama tiga hari bermula 5 Julai ini.
Program MADANI Rakyat dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kerajaan Pahang.
Sekretariat Program MADANI Rakyat dalam kenyataan hari memaklumkan program tersebut merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lepas.
"Program ini diteruskan ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat," menurut kenyataan itu.
Sekretariat program itu memaklumkan Program MADANI Rakyat Zon Timur memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan karnival kerjaya, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan, kesejahteraan luar bandar serta pameran dan perkhidmatan berhubung pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan kecerdasan buatan (AI).
Turut diberi tumpuan ialah pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri berkaitan.
Selain itu, Jualan MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa serta pameran aset-aset kerajaan turut disediakan untuk pengunjung.
Menurut kenyataan itu program berkenaan turut melibatkan kolaborasi strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pihak swasta.
Program MADANI Rakyat merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara langsung daripada kementerian dan agensi di peringkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan kerajaan.
Program seperti ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI.
Majlis perasmian Program MADANI Rakyat Zon Timur bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Julai dengan dihadiri pemimpin tertinggi kerajaan Persekutuan dan negeri.
"Orang ramai dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Program MADANI Rakyat Zon Timur pada 5 hingga 7 Julai ini bermula 9 pagi hingga 10 malam," menurut kenyataan itu. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/06/program-madani-rakyat-zon-timur-bermula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pdrm Beri 50 Diskaun Saman Trafik Pada 5 7 Julai Sempena Program Madani Rakyat 2024 Di Kuantan

Pdrm Beri 50 Diskaun Saman Trafik Pada 5 7 Julai Sempena Program Madani Rakyat 2024 Di Kuantan

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 271 hits
KUANTAN Polis DiRaja Malaysia bakal menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50 pada 5 hingga 7 Julai 2024 Ia adalah sempena penganjuran Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur yang berlangsung di Dataran Sayangi Kuantan Pahang Di mana kaunter...
55 000 Pengguna Di Kuantan Alami Gangguan Air Bermula Jam 9 00 Pagi Hingga 5 00 Petang Esok

55 000 Pengguna Di Kuantan Alami Gangguan Air Bermula Jam 9 00 Pagi Hingga 5 00 Petang Esok

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 543 hits
KUANTAN Kira kira 55 000 pengguna air di daerah ini bakal terjejas susulan kerja kerja Tenaga Nasional Berhad yang menjejaskan operasi Loji Rawatan Air Panching pada Selasa Pengurus Daerah Kuantan Pengurusan Air Pahang Berhad Noor Iz
Budi Madani Berpotensi Atasi Ketirisan Wang Rakyat Mpn Wp

Budi Madani Berpotensi Atasi Ketirisan Wang Rakyat Mpn Wp

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 251 hits
Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan menyambut baik inisiatif kerajaan melaksanakan Program Budi Madani untuk menyelamatkan negara dari ketirisan wang rakyat Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan Datuk Azman Abidin menyatakan pelaksanaan ...
Makluman Jawatan Kosong Jkr Jun 2024 Yang Dibuka Hingga 1 Julai 2024

Makluman Jawatan Kosong Jkr Jun 2024 Yang Dibuka Hingga 1 Julai 2024

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 535 hits
Makluman terbaru berkenaan dengan peluang kerja kosong dibawah sektor awam Sekarang sedang dibuka pengambilan dibawah jawatan kosong JKR Jun 2024 yang merupakan peluang keemasan bagi peluang pekerjaan dibawah Jabatan kerajaan Malaysia Bagi ...
Foto Dinilai Tidak Pro Rakyat Massa Buruh Bersama Masyarakat Menolak Program Tapera

Foto Dinilai Tidak Pro Rakyat Massa Buruh Bersama Masyarakat Menolak Program Tapera

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 244 hits
Pengunjuk rasa menyatakan program Tapera yang diwajibkan untuk para pekerja merupakan kebijakan yang tidak pro rakyat
Lapan Negara Akan Sertai Kejohanan Powerboat Royal Pahang F3000 Sempena Pesta Kuantan 188 Pada 2 Hingga 4 Ogos Ini

Lapan Negara Akan Sertai Kejohanan Powerboat Royal Pahang F3000 Sempena Pesta Kuantan 188 Pada 2 Hingga 4 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 377 hits
KUANTAN Lapan buah negara akan berentap dalam Kejohanan Powerboat Royal Pahang F3000 yang bakal berlangsung di Sungai Kuantan bermula 2 hingga 4 Ogos ini sempena Pesta Kuantan 188 Kejohanan bakal disertai pemandu tempatan dan antarabangsa d...
Lapor Ke Propam Lbh Padang Sebut Afif 7 Korban Penyiksaan Diduga Polisi Sempat Disundut Rokok Hingga Disetrum

Lapor Ke Propam Lbh Padang Sebut Afif 7 Korban Penyiksaan Diduga Polisi Sempat Disundut Rokok Hingga Disetrum

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 215 hits
Advokasi LBH Padang Adrizal mengatakan lima dari tujuh korban yang dianiaya pada 9 Juni 2024 lalu masih berusia di bawah umur
Ahy Serahkan Sertifikat Tanah Wakaf Hingga Hak Pengelolaan Kepada Pemprov Kalbar Dan Polri

Ahy Serahkan Sertifikat Tanah Wakaf Hingga Hak Pengelolaan Kepada Pemprov Kalbar Dan Polri

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 293 hits
Menteri AHY menginstruksikan kepada seluruh jajaran agar terus menggalakkan sertipikasi bagi tanah tanah wakaf
5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

Permata Hati Melihatmu Tersenyum Aku Bahagia Gambar Kenangan Kami

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Minyak Kayu Putih

Huawei Kicks Off The Holidays With Its Biggest Year End Celebration Joy Sale Season

Jemputan Majlis Kahwin Ada Kepada Sahabat Suami 07 12 2025

Banner Flyers Custom Masih Relevan Untuk Menjana Jualan

Hidup Dalam Koridor Algoritma Menyelami Rasa Penat Dan Ketentuan

Yummy Beef Jerky Recipe Without Dehydrator


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

Senyum Di Luar Perang Di Dalam Tentang Luka Yang Tak Semua Nampak

U S Plans To Scrutinize Foreign Tourists Social Media History

Wanita Cuba Cop Parking Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

Hiburan Isu Muafakat Mrsm Saman Rita Saya Akan Panggil Kedua Dua Pihak Asyraf Wajdi

Insiden Baju Tetas Dari Lengan Sampai Ke Bahu