Hanya Orang Buta Pekak Bodoh Kata Pentadbiran Ph Sama Deperti Bn Mahathir


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya mereka yang “buta, pekak dan bodoh” sahaja yang akan mengatakan tiada perbezaan antara pentadbirannya dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Beliau berkata sesetengah pihak hanya melihat perkara buruk walaupun terdapat banyak perubahan dan pembaharuan yang telah diperkenalkan dalam menjadikan pentadbiran lebih cekap, berkesan dan telus.

Loading… “Adakah kami meminjam RM42 bilion? Adakah kami mempunyai 1MDB sendiri? Ada saya mencuri duit? Ada saya memberi rasuah? Buktikan jika saya memberi rasuah dan boleh bawa saya ke mahkamah dan dakwa saya.
“Kami akan mengehadkan tempoh memegang jawatan PM (perdana menteri) kepada dua penggal. Ada Najib buat demikian? Kami membahaskan mengenai 1MDB, tapi adakah Najib membenarkan perkara mengenai 1MDB dan yang lainnya dibahaskan? Tidak ada Untuk berkata tiada perbezaan, hanya yang buta, pekak dan bodoh sahaja akan mengatakannya.” 
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberi selepas merasmikan Kongres Perangkaan Dunia Ke-62 anjuran International Statistical Institute di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam. 
Perdana menteri diminta mengulas mengenai kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa terdapat usaha pihak tertentu untuk menjejaskan PH.
Beliau berkata mereka ini tidak menghargai perkara yang baik yang diterima daripada kepimpinan PH.
“Mereka mengatakan tidak ada perbezaan (antara PH dan BN)…mereka hanya melihat perkara buruk kerana mahu menjatuhkan kerajaan,” katanya.
Sementara itu dalam ucapannya, Dr Mahathir menggesa generasi muda di negara ini agar memahami kepentingan perangkaan dalam menyampaikan pengetahuan.
Beliau berkata perkataan perangkaan mungkin tidak relevan kepada sesetengah orang tetapi kebenarannya ialah pengangkaan memainkan peranan penting dalam kehidupan harian rakyat. 
“Perangkaan menghubungkan kita dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita dan membantu kita membuat keputusan yang baik dan membawa kehidupan yang lebih baik.
“Untuk menjayakan Malaysia sebagai peneraju dalam ekonomi digital, negara memerlukan minda golongan muda untuk berhubung dengan orang ramai, perniagaan, peranti, data dan proses,” kata beliau.
Dr Mahathir berkata perangkaan mengenai penduduk dan demografi, pendidikan, kesihatan, keselamatan awam, komunikasi dan rekreasi digunakan untuk memantau kualiti hidup dan kesejahteraan negara. 
“Perangkaan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar), kadar inflasi, kemiskinan, ketidaksamaan pendapatan dan pendapatan kasar negara perkapita digunakan untuk mengukur prestasi ekonomi dan kekayaan negara.
“Perangkaan ini penting untuk melaksanakan pendekatan kemakmuran bersama bagi memastikan jurang pendapatan dan kekayaan rakyat dipantau, mewujudkan ekonomi yang lebih berstruktur, progresif, berasaskan pengetahuan dan nilai tinggi serta memastikan Malaysia menjadi paksi ekonomi di Asia,” katanya. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/hanya-orang-buta-pekak-bodoh-kata-pentadbiran-ph-sama-deperti-bn-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Rasa Tak Selamat Jangan Naik Kata Mahathir

Kalau Rasa Tak Selamat Jangan Naik Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 340 hits
Mahathir mengulas pengkritik yang menimbulkan kebimbangan keselamatan terhadap cadangan perkhidmatan teksi motosikal di negara ini
Nyata Zakir Cetus Ketegangan Kaum Kata Tun Mahathir

Nyata Zakir Cetus Ketegangan Kaum Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 373 hits
Berhubung dengan Dr Zakir Naik Tun Mahathir telah menjelaskan bahawa pendakwah bebas telah mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia Nyata Zakir Cetus Ketegangan Kaum Kata Tun Mahathir
Tugas Jadi Pm Kali Ini Tiga Kali Lebih Berat Kata Tun Mahathir

Tugas Jadi Pm Kali Ini Tiga Kali Lebih Berat Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 464 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri pada masa ini sebagai tiga kali lebih berat berbanding semasa melaksanakan tanggungjawab itu sebelum ini Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri ke...
Dr Mahathir Salah Faham 039 Cash Is King 039 Kata Najib

Dr Mahathir Salah Faham 039 Cash Is King 039 Kata Najib

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 379 hits
Dr Mahathir salah faham cash is king kata Najib Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Aug 2019 11 51PM
Polemik Isu Peralihan Kuasa Hanya Timbulkan Ketidaktentuan Dr Mahathir

Polemik Isu Peralihan Kuasa Hanya Timbulkan Ketidaktentuan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 551 hits
FUKUOKA Isu peralihan kepimpinan yang terlalu kerap ditimbulkan dikhuatiri akan menimbulkan rasa ketidaktentuan dalam negara kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir menegaskan beliau sudah berkali kali menyatakan proses per...
Masih Banyak Orang Yang Gunakan Pakaian Dalam Yang Sama Untuk 2 Hari Atau Lebih Ini Kata Ahli

Masih Banyak Orang Yang Gunakan Pakaian Dalam Yang Sama Untuk 2 Hari Atau Lebih Ini Kata Ahli

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 384 hits
Penelitian baru baru ini menunjukkan ternyata masih banyak orang yang tidak mengganti pakaian dalam mereka Melansir Today pada Selasa survei yang dilakukan pada 2 000 pria dan wanita Amerika menunjukkan 45 persen dari mereka memakai pakaian...
Dong Zong Rasis Kata Tun Mahathir Terhadap Gabungan Sekolah Cina Berkenaan

Dong Zong Rasis Kata Tun Mahathir Terhadap Gabungan Sekolah Cina Berkenaan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 596 hits
Sumber dari Google dan MalaysiaKiniBerhubung isu pengenalan tulisan jawi dan seni khat di sekolah vernakular pengenalan tersebut mendapat tentangan dari Gabungan jawatankuasa Sekolah Cina kerana menganggap pengenalan berkenaan adalah satu b...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka