Hanya Makan Apa Yang Ada Di Hutan


Oleh HARIS FADILAH AHMAD MURIM Stapo (berdiri kiri) sebagai 'porter' dan rakan pemandu pelancong, Afzal Abdul Aziz (dua dari kiri) bersama pelancong dari negara Romania ketika mendaki Gunung Tahan dua tahun lalu di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.  JERANTUT: Sedih dan meruntun hati apabila mendengar pengakuan belia Orang Asli etnik Bateq di penempatan pesisir Sungai Tembeling, Kuala Tahan di sini apabila berdepan kesusahan hidup kesan penularan Covid-19 yang melanda negara ini sejak tahun lalu.
Belia Orang Asli berkenaan kebanyakan bekerja dalam sektor ekopelancongan di Kuala Tahan sebagai pemandu alam sekitar, pemandu bot penambang dan ‘porter’ atau pembawa barang.
Walaupun mendominasi kepercayaan perkara halimunan kuasa persekitaran dan alam, tetapi mereka tidak menolak musibah pandemik Covid-19 berskala global itu merupakan ujian Tuhan kepada penduduk dunia termasuk masyarakat minoriti Orang Asli Bateq.
Kehilangan pekerjaan, tanpa wang dan hanya makan ‘apa yang ada’ berasaskan ‘survival’ di hutan seperti ubi kayu, umbut bayas, ikan Sungai Tembeling dan tumbuhan sebagai pengganti nasi sudah menjadi ‘alah bisa tegal biasa’ sepanjang lebih setahun tempoh wabak halimunan tersebut melanda serta ditambah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang porter Orang Asli Bateq Kampung Teresek, Murim Stapo, 27, berkata, hakikat yang ditanggung oleh belia kaum itu bukan rekaan tetapi memang benar mereka hidup miskin dan susah sejak ancaman wabak tersebut.
“Sejak tahun lalu, saya hilang pekerjaan dan tanpa pendapatan langsung kerana tidak ada pelancong luar (Barat) yang berkunjung ke Taman Negara.
“Saya amat sedih dan kadang-kadang menitis air mata apabila melihat keempat orang anak berusia antara lapan hingga satu tahun makan ubi kayu dan apa-apa bahan (makanan) yang boleh dijamah berasaskan surivival budaya kami,” katanya di Kuala Tahan di sini semalam.
Menurut Murim, sebelum ini dengan wang pendapatan mingguan sebagai tugas porter diperoleh antara RM50 hingga RM100 bukanlah mewah sangat, tetapi cukup untuk membeli beras dan barang keperluan dapur lain sebagai keperluan keluarga.
“Lantaran amat payah untuk melakukan pekerjaan di Kuala Tahan kerana ketiadaan pelancong, saya membawa isteri dan anak berpindah tinggal di pinggir hutan berdekatan Kampung Pagi, Hulu Tembeling.
“Saya bersama rakan Orang Asli Bateq masuk ke hutan selama dua minggu untuk mencari kayu gaharu, umbut bayas, siput sedut dan sumber lain untuk dijual kepada penduduk Kuala Tahan dan bandar Jerantut bagi memperoleh wang.
“Adat kami (Orang Asli Bateq) berkahwin pada usia muda yang mempunyai ramai anak perlu cekal dan tabah mencari rezeki di hutan untuk sesuap makan anak-anak malah tidak malu walaupun tanggapan orang luar yang kami masih berpindah-randah,” katanya.
Katanya, hal yang sama juga dialami keluarga Orang Asli Bateq yang tinggal di pesisir Sungai Tembeling, Sungai Keniam dan Sungai Tahan juga ada yang berpindah masuk ke hutan banat Taman Negara dan tinggal berbulan-bulan untuk mencari makanan.
Dalam pada itu, Murim yang tidak boleh menulis dan membaca tetapi mampu berkomunikasi dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan sedikit penguasaan bahasa Inggeris juga berterima kasih dengan sumbangan barangan keperluan dapur daripada kerajaan, wakil rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Barang dapur ini hanya mampu bertahan selama seminggu kemudiannya kami keputusan bekalan makanan semula. Mahu tidak mahu, kami (Orang Asli Bateq) memilih berpindah ke mana-mana tempat yang boleh hidup untuk mengisi perut keluarga,” katanya.-UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/hanya-makan-apa-yang-ada-di-hutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Kerana Makan Buah Pisang Anak Ini Masuk Wad

Hanya Kerana Makan Buah Pisang Anak Ini Masuk Wad

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 595 hits
Pada masa itu kami sebenarnya nak pergi bercuti ke Johor Dalam perjalanan ke sana Haziq berasa kurang selesa Makan tak nak minum pun kena paksa Tapi kami anggap mungkin sebab dia demam ketika kami sampai di hotel nak check in Haziq menangis...
Hanya Makan Minum Tiada Muafakat Umno Pas Di Terengganu Ahmad Said

Hanya Makan Minum Tiada Muafakat Umno Pas Di Terengganu Ahmad Said

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 333 hits
Adam Abu BakarKUALA LUMPUR Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said mendakwa tiada istilah muafakat di negeri berkenaan antara partinya dengan PAS walaupun di peringkat pusat kedua dua parti Melayu Islam itu secara rasmi menjalinkan kerjasama m...
Singgah Makan Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang

Singgah Makan Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 847 hits
Singgah Makan Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang Plan asal nak singgah makan laksa di Teluk Kechai sebab dah lama tak makan laksa yang ada sambal nyoq tu Sekali sampai kat kedai tu kedai tutup la pulak sedangkan kat dlm google maps kata b...
Makan Di Zaituna Lagi

Makan Di Zaituna Lagi

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 413 hits
Assalamualaikum DI JOHOR ni memang banyak restoran nasi arab cuma tu la kadang tu yakin dengan tak aje nak pergi bukan tak yakin apo tak yakin sedap huhu Sebabnya ada yang tak konsisten memasak hari ni kita order dapat lain esok kita order ...
Saya Akan Bayar Denda Najib Akui Tak Imbas Kod Mysejahtera Di Kedai Makan

Saya Akan Bayar Denda Najib Akui Tak Imbas Kod Mysejahtera Di Kedai Makan

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 263 hits
PETALING JAYA Najib Razak mengaku tidak mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki sebuah kedai nasi ayam di Kuala Lumpur dan meminta pihak berkuasa mengeluarkan kompaun kepadanya Dalam sebuah video viral bekas perdana menteri itu diliha...
Gajah Liar Curi Makan Di Gerai Buah

Gajah Liar Curi Makan Di Gerai Buah

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 259 hits
Oleh MOHD SHARKAWI LONDING KOTA TINGGI Seekor gajah liar muncul mencari makanan di deretan gerai di Jalan Kota Tinggi Mersing Simpang Perani di sini hari ini Tular di media sosial menunjukkan kelibat mamalia itu kira kira pukul 10 malam seb...
Makan Makan Di The J Seri Alam Johor

Makan Makan Di The J Seri Alam Johor

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 930 hits
Makan Makan di The J Seri Alam Johor Makan jangan tak makan katanyaaa Hihi Ini salah satu tempat makan baru 2021 yang berada di Seri Alam Masai Johor Bulan lepas adalah hari pembukaannya dan setakat ni kulihat sambutan masih memberangsangka...
Infaq Ramadhan Dengan Pakej Makan Dengan Lapo Wey

Infaq Ramadhan Dengan Pakej Makan Dengan Lapo Wey

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 405 hits
Bulan ramadhan dah tak lama kira kira tak sampai sebulan Pejam celik tidur bangun pergi kerja balik kerja lepas tu ulang perkara sama tan pa sedaq dah sampai ramadhan tahun ini Biasa kalau ramadhan ramai orang nak infaq Infaq ramadhan kali ...
Makan Mee Di Johnny S

Makan Mee Di Johnny S

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum CERITA Jumaat lepas sebelum buat Sk dan Iman ke AEON Taman Universiti Tujuannya untuk membeli salad dan ada beberapa perkakas barbeque yang belum lengkap Mujur hari itu Iman tak ada kuliah di sebelah petang kalau tidak terpa...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord