Hanya Lim Akan Keluarkan Kenyataan Berkenaan Status Projek Ecrl Dr M


THE MALAYSIAN TIMES 

PUTRAJAYA: Status sebenar projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sama ada diteruskan atau sebaliknya akan dimaklumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita tunggu kenyataan Lim Guan Eng. Harap semua sabar,” katanya ditanya pemberita mengenai status projek ECRL itu selepas menghadiri taklimat tertutup bersama peneraju badan berkanun sempena Program Eksekutif Pengurusan Tertinggi Badan Berkanun Persekutuan di sini semalam.

Ditanya sama ada satu keputusan sudah dibuat kerajaan mengenai projek berkenaan, Dr Mahathir mengulangi bahawa semua maklumat mengenainya akan dijelaskan oleh Menteri Kewangan.

Ditanya berkenaan kenyataan berbeza yang dikeluarkan mengenai projek ECRL itu sebelum ini, Dr Mahathir berkata semua orang membuat silap dan ia dilihat besar pada mata masyarakat.

“Kadang-kadang semua orang buat silap. Walaupun kita buat silap kecil namun, ia dilihat begitu besar hanya kerana kami sebuah kerajaan baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menafikan penyebaran surat yang menggunakan kepala surat kerajaan berhubung projek berkenaan.

“Sekarang ini, semua orang boleh ambil surat kerajaan dan letak kepala surat kerajaan.. itu bukan rasmi,” katanya.

Lim pada Ahad dilaporkan berkata segala kenyataan rasmi berhubung projek ECRL akan dibuat minggu ini.

Menurut Lim, perkara itu amat sensitif kerana ia membabitkan kontrak bersama China Communications Construction Group Ltd (CCCC) dan pelbagai pihak lain.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini dilapor mengumumkan kerajaan membuat keputusan membatalkan projek ECRL, dan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet Khamis lepas. Lim kemudian dilapor terkejut dengan kenyataan Azmin itu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kerajaan hari ini harus mencari cara untuk menangani masalah kos sara hidup yang tinggi dihadapi rakyat di negara ini.

“Kita perlu tahu apa yang mereka tidak gembira tetapi kebanyakan yang paling mempengaruhi mereka ialah kos kehidupan yang tinggi.

“Kos kehidupan yang tinggi untuk orang kaya tidak membawa apa-apa makna bagi mereka tetapi bagi mereka yang miskin ia satu masalah besar,” katanya

Beliau berkata, kebanyakan orang miskin tinggal di kawasan luar bandar dan kerajaan terpaksa mencari jalan bagi mengurangkan kos kehidupan dan membantu mereka untuk memperoleh pendapatan yang lebih baik.—Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/hanya-lim-akan-keluarkan-kenyataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ecrl Menteri Bingung Kenyataan Bercanggah Lim Azmin

Ecrl Menteri Bingung Kenyataan Bercanggah Lim Azmin

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 351 hits
Beliau berkata perdana menteri mengarahkan kajian terus dibuat terhadap kontrak projek mega itu
Ecrl K Jaan Buat Kenyataan Rasmi Minggu Depan Kata Lim

Ecrl K Jaan Buat Kenyataan Rasmi Minggu Depan Kata Lim

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 297 hits
Menteri kewangan berkata ia akan dibuat dalam bentuk bertulis kerana membabitkan projek mega
Ecrl Kenyataan Bercanggah Lim Azmin Membuatkan Menteri Bingung Dan Hairan Hancing Viral

Ecrl Kenyataan Bercanggah Lim Azmin Membuatkan Menteri Bingung Dan Hairan Hancing Viral

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 536 hits
Beliau berkata perdana menteri mengarahkan kajian terus dibuat terhadap kontrak projek mega itu Seorang menteri kabinet menyatakan kekeliruannya berhubung dua menteri yang mengeluarkan kenyataan bertentangan tentang status projek Laluan Rel...
Ecrl Dr Mahathir Arah Lim Guan Eng Tutup Mulut

Ecrl Dr Mahathir Arah Lim Guan Eng Tutup Mulut

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 427 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng agar tidak memberi sebarang kenyataan membabitkan projek Laluan Rel Pantai Timur Saya telah berjumpa Dr Mahathir pagi tadi dan diminta tidak membuat sebarang ...
Ecrl Lim Guan Eng Terkejut Tindakan Azmin Mahathir Pula Tidak Tahu Viral Hancing

Ecrl Lim Guan Eng Terkejut Tindakan Azmin Mahathir Pula Tidak Tahu Viral Hancing

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 700 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng terkejut dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berhubung penamatan kontrak China Communications Construction Group Ltd sebagai pemaju projek Laluan Rel Pantai Timur Lim dilapor media seba...
Dr M Nasihat Elak Keluar Kenyataan Ecrl Buat Masa Ini Kata Guan Eng

Dr M Nasihat Elak Keluar Kenyataan Ecrl Buat Masa Ini Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 467 hits
Lim turut meminta agar semua pihak menunggu untuk kenyataan rasmi berhubung projek itu
Ecrl Guan Eng Terkejut Kenyataan Azmin

Ecrl Guan Eng Terkejut Kenyataan Azmin

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 443 hits
KELANA JAYA Menteri Kewangan Lim Guan Eng terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur diterajui China Communications Construction Group Ltd Beliau berkata Azmin mungkin tidak di...
Status Ecrl Belum Dimuktamadkan Pm

Status Ecrl Belum Dimuktamadkan Pm

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 432 hits
Astro Awani Tun Mahathir nafi laporan projek Laluan Rel Pantai Timur dibatalkan BERNAMA PETALING JAYA Tun Mahathir Mohamad menafikan laporan media sebelum ini tentang status projek Laluan Rel Pantai Timur yang sah dibatalkan Sebaliknya Perd...
Kerajaan Telah Muktamadkan Pembatalan Kontrak Cccc Bagi Projek Ecrl

Kerajaan Telah Muktamadkan Pembatalan Kontrak Cccc Bagi Projek Ecrl

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 447 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Kerajaan telah memuktamadkan pembatalan kontrak dengan China Communication Construction Company Ltd bagi projek Laluan Rel Pantai Timur yang digantung pada Julai 2018 pada mesyuarat kabinet dua hari lepas Me...
From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations

Rasa Sunyi Bila Anak Dah Besar Hati Ibu Yang Tak Pernah Sedia Untuk Sepi

Homesoy Launches Stop That Dot Together To Continue Driving Breast Cancer Awareness

New Contractor To Be Appointed For Delayed Pulau Mabul Base By Oct 16 Home Ministry

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Khalil Gibran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Mengemis Kasih Yabang The Zikr

Indra 3 Sisi

Perbezaan Marjerin Dan Mentega Rahsia Rasa Dan Tekstur Sebenar Dalam Masakan

Terdapat Potensi Penurunan Pembetulan Dalam Usdx Hari Ini Khamis 09 Oktober 2025

Doa Buat Seluruh Umat Muhammad

Polis Menjangkakan Kira Kira 2 1 Juta Kenderaan Akan Berada Di Jalan Raya Seluruh Negara Sempena Cuti Deepavali