Hanya Kucing Oren Penemannya Netizen Sebak Lelaki Didakwa Mualaf Tinggal Di Jalanan Bersama Kucing Setia
Kisah seorang warga emas bersama kucing kesayangannya telah mengundang rasa simpati warga net selepas menjadi tular di media sosial.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang individu, Dr Mohd Firdaus Abdullah melalui Page Dunia Kucing Group (original admin) di Facebook, warga emas berkenaan sering dilihat oleh beliau ketika melalui LRT Pasar Seni.
Warga emas itu didakwa oleh beliau sebagai seorang mualaf dan hidup di jalanan tanpa tempat tinggal dalam keadaan serba kekurangan.
Apa yang meruntun hati, terdapat seekor kucing peliharaan berwarna oren yang setia di sisinya.
Biarpun hidup dalam serba daif, kucing tersebut dilihat dijaga dengan penuh kasih sayang dengan tidur dalam keadaan selesa walaupun tuannya dihimpit kesusahan hidup.
Assalamualaikum dan selamat malam semua.. saya tak pasti sebelum ini ada ke tak, member dalam ni ada post perkara yang sama..
Cuma di sini saya nak share saya selalu nampak individu ini bersama kucing beliau di LRT Pasar Seni.. Comel sangat kucing dia.. beliau yang merupakan seorang mualaf berkongsi kat saya yang beliau tak ada rumah dan telah memeluk Islam.
Hanya kucing oren ni sahaja peneman dia sekarang. Dulu ada 4 ekor kucing yang lain dah ada orang ambil.. siapa-siapa yang lalu lalang kat LRT Pasar Seni ni harap dapat memberi sumbangan kat beliau..
Niat sedekah untuk kucing oren ni… saya juga akan menghubungi majlis agama untuk melaporkan perihal mualaf ni sebab dia kan saudara kita.. selamat malam..
Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut meluahkan rasa hiba mereka melihat keadaan tersebut.
Walau serba kekurangan, netizen menyifatkan warga emas tersebut berhati mulia kerana menjaga kucing itu umpama anaknya sendiri.
Sayangnya pada kucing ibarat anak
Menerusi satu komen, seorang netizen turut mendakwa bahawa kucing tersebut dipelihara oleh pak cik berkenaan sejak dari kecil.
Malah, atas dasar kemanusiaan, dia turut membantu warga emas itu dengan memberikan sumbangan jika melalui jalan yang menjadi ‘tempat tinggal’ pak cik itu bersama kucingnya.
Gambar yang dikongsikan oleh netizen di Facebook
Tolong ‘jaga’ ayah baik-baik ye Oyen
Semoga segala urusan pak cik ini dipermudahkan dan diberikan ganjaran setimpal di atas sifat ihsannya kepada haiwan. Amin.
Sumber : Dr Mohd Firdaus Abdullah via Dunia Kucing Group (original admin)
The post ”Hanya Kucing Oren Penemannya..” Netizen Sebak, Lelaki Didakwa Mualaf Tinggal Di Jalanan Bersama Kucing Setia appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/02/05/hanya-kucing-oren-penemannya-netizen-sebak-lelaki-didakwa-mualaf-tinggal-di-jalanan-bersama-kucing-setia/