Hanya Kita Yang Sering Bercakap Tentang Perpaduan Mereka


Ke mana sangat tanpa perpaduan...
PERPADUAN, elemen pemupukan muhibah dan harmoni dalam kehidupan itu sudah semacam tidak dipentingkan lagi. Provokasi berunsur fitnah, kata mengata, prejudis, cemuh mencemuh semakin dipertuturkan atau dicatatkan secara terbuka, baik di pentas politik mahupun dalam media sosial.

Seolah-olah tidak ada lagi segan silu ‘menjentik emosi’ dan sensitiviti melalui media sosial meskipun disedari, mereka sedang berinteraksi dalam kumpulan WhatsApp yang di dalamnya terdapat rakan taulan terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang budaya. Sehinggakan isu-isu mengenai penguatkuasaan undang-undang, kes-kes membabitkan kemalangan dan peruntukan kerajaan bagi sekolah-sekolah jenis kebangsaan, semuanya terseret dengan unsur-unsur ‘perkauman’.

Bagi sesetengah pihak pula, bagaikan tiada lagi cara untuk meraih sokongan politik atau membina kekuatan bangsa atau kaum masing-masing, melainkan melalui meniup ‘sentimen’ perkauman. Semakin galak gelagat sesetengah pihak cuba menafikan semangat yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Seboleh-bolehnya mahu mencari ‘kesamarataan’ tanpa ada rasa insaf dan sedar di mana sebenarnya ‘duduk perkara’.

Malang dan silap jika ada pihak terus-terusan mahu memperjudikan ‘perpaduan’ sebagai alat ‘memecah-perintah’ (devide and rule) rakyat pelbagai kaum dan keturunan di negara ini semata-mata demi kepentingan politik. Hasilnya nanti tidak ke mana, percayalah! Sepatutnya belajarlah daripada kesilapan silam.

Peristiwa hitam 13 Mei 1969 sepatutnya tidak direlakan berulang oleh sesiapa pun yang menghargai perpaduan. Mereka yang merasakan ‘ada saham’ menyumbang kepada tercetusnya angkara itu perlu menghentikan sikap buruk yang tidak menjanjikan apa-apa kebaikan untuk rakyat dan negara ini. Jika tidak, rakyat umumnya berhak ‘mengutuk’ mereka.

Ekoran peristiwa pahit itu, dasar dan perancangan pembangunan negara telah disusun semula. Matlamatnya untuk menentukan kemajuan dan kemakmuran dinikmati seadil-adilnya oleh semua, dan Rukun Negara diwujudkan. Lima prinsip di dalamnya merangkumi nilai-nilai universal yang boleh menjadi rujukan membina perpaduan seluruh warga di bumi merdeka ini.

‘Penggoncang’
Malaysia yang damai sentosa, memberi peluang kepada sesiapa sahaja berusaha dan menempah kejayaan. Tiada terhalang atau dinafikan hak bagi mana-mana rakyatnya mencipta kecemerlangan dalam kehidupan, hatta menimbun kekayaan asalkan menepati cara dan peraturan yang sudah tersedia.

Amat dikesali jika ‘penggoncang’ perpaduan rakyat Malaysia datangnya dalam kalangan mereka yang ‘berpengaruh’. Mereka mungkin pemimpin politik, penggerak masyarakat, ketua-ketua institusi, pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun yang berada dalam kerajaan.

Perpaduan tunggak kemajuan. Ramai yang mengakui hakikat ini tetapi apa yang mengecewakan, masih ada kelompok cuba mengenepikannya. Tadbir urus kerajaan tidak mungkin berjalan lancar jika tidak disokong oleh suasana kehidupan damai dan bertoleransi rakyat atas nama perpaduan.

Perpaduan turut mempengaruhi taraf sosial dan pertumbuhan ekonomi negara. Kestabilan negara hasil daripada jalinan perpaduan rakyatnya membantu meningkatkan daya tarikan pelabur. Lebih banyak kemasukan pelaburan luar, lebih banyak terbuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, selain menyumbang kepada pendapatan negara.

Kebimbangan
Malaysia selama ini teguh membangun tanpa banyak ‘diganggu-gugat’ oleh masalah perpaduan. Empat teras utama sentiasa menjadi sandaran pada segenap aspek pengurusan politik dan kerajaan. Segala dasar atau pendekatan diputuskan mengikut kata sepakat (consensus), bersikap sederhana dan sedia bertolak ansur, inklusif serta adil saksama.

Hasilnya, lebih 60 tahun negara membangun dan kehidupan rakyatnya makmur, terbela. Jika pun terbangkit sebarang rungutan di sana sini mengenai hal-hal kepentingan kaum, mudah dan segera diselesaikan. Alangkah baiknya jika suasana begini terus kekal tanpa dibatasi masa, bersilih ketika.

Dalam pada itu, sudah ramai yang menyuarakan kebimbangan terhadap kedudukan perpaduan di negara ini. Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu juga dikatakan ada mesej tersirat, rakyat yang tidak gemar dengan ‘titik-bengit’ perkauman berlegar dalam kehidupan harian di negara ini.

Ertinya, rakyat umumnya sukakan perpaduan. Jangan andaikan mereka dapat menerima atau menyokong sebarang tindakan yang hanya boleh ‘meleraikan’ perpaduan yang sedia terjalin. Mereka mungkin memberi laluan bagi membentuk dimensi baharu politik negara, namun bukan bersedia ‘merombak’ segala struktur yang kemas tersusun.

Kemasukan pelabur luar atau gamitan pelancong juga berkait rapat dengan suasana harmoni dan perpaduan di dalam negara. Ini kerana, makna bagi perpaduan adalah jaminan keselamatan dan kestabilan.

Perpaduan bukan terpupuk pada kata-kata atau tercantum dalam tempoh sehari dua. Lahirnya daripada cetusan kasih mesra, ikhlas, jujur, terpahat di jiwa.

Oleh : Datuk Sayuti Mukhtar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/02/hanya-kita-yang-sering-bercakap-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuba Klaim Kredit Syed Saddiq Akhirnya Membuktikan Dia Seorang Penipu Yang Hanya Bercakap Besar

Cuba Klaim Kredit Syed Saddiq Akhirnya Membuktikan Dia Seorang Penipu Yang Hanya Bercakap Besar

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 662 hits
Dari siang tadi lagi pendedahan seorang anak muda Melayu yang mengusaha air minuman dalam botol dengan Menteri KBS Syed Saddiq mendapat perhatian daripada netizen Semuanya bermula apabila Syed Saddiq bercakap besar tentang seorang pengusaha...
Selepas Marzuki Yahya Kini Zuraidah Kamaruddin Pula Didesak Bercakap Benar Tentang Latar Belakang Akademiknya

Selepas Marzuki Yahya Kini Zuraidah Kamaruddin Pula Didesak Bercakap Benar Tentang Latar Belakang Akademiknya

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 690 hits
Demam Marzuki Yahya semakin menular Kini selain Menteri Besar Johor Osman Sapian yang langsung tidak berani memberikan sebarang komen Lim Guan Eng yang segera memberitahu dia hendak ke Jepun menarik pelaburan untuk Malaysia Mukhriz Mahathir...
Duta Palestin Sedih Hanya Dr Mahathir Sendirian Tentang Israel

Duta Palestin Sedih Hanya Dr Mahathir Sendirian Tentang Israel

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 582 hits
Duta Palestin ke Malaysia H E Walid Abu Ali berucap ketika Majlis Pelancaran Kempen WeAreAllMary Gerakan Solidariti untuk Pembebasan Wanita Al Quds semalam Foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata suara ...
Ebby Yus Agak Terkejut Terima Kunjungan Dari Najib Razak Tadi Ini Kata Kata Najib Razak Tentang Ebby Yus

Ebby Yus Agak Terkejut Terima Kunjungan Dari Najib Razak Tadi Ini Kata Kata Najib Razak Tentang Ebby Yus

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 335 hits
Ebby Yus Agak Terkejut Terima Kunjungan Dari Najib Razak Tadi Ini Kata Kata Najib Razak Tentang Ebby YusEbby Yus Agak Terkejut Terima Kunjungan Dari Najib Razak Tadi Ini Kata Kata Najib Razak Tentang Ebby Yus
Kini Selesa Tutup Aurat Dan Mahu Kekal Istiqomah Komen Netizen Tentang Penampilan Terkini Sarah

Kini Selesa Tutup Aurat Dan Mahu Kekal Istiqomah Komen Netizen Tentang Penampilan Terkini Sarah

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 430 hits
Bukan senang bagi seseorang yang baru berhijab itu untuk menyesuaikan diri dengan fasa baru penampilan sebagai seorang wanita Muslimah Ia mungkin mengambil masa dan ketika itu pelbagai perasaan yang bermain dalam fikiran Begitu juga yang di...
Mari Lihat Biodata Aedy Ashraf Pelakon Tentang Bulan Dan Drama Cinta Tiada Ganti

Mari Lihat Biodata Aedy Ashraf Pelakon Tentang Bulan Dan Drama Cinta Tiada Ganti

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 2144 hits
BiodataNama penuh Mohammed Addy Ashraf Bin RosmadiNama popular Aedy AshrafTarikh lahir 20 September 1993Umur 25 tahunKelahiran Tumpat Kelantan MalaysiaPekerjaan PelakonMedia sosial Instagram Fakta Menarik1 Juga dikenali sebagai Addy Ashraf ...
Fakta Menarik Tentang Puput Nastiti Devi Calon Istri Ahok

Fakta Menarik Tentang Puput Nastiti Devi Calon Istri Ahok

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 548 hits
Mengenal sosok Puput Nastiti Devi calon istri Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok
Pengertian Metablogging Ngeblog Tentang Blog

Pengertian Metablogging Ngeblog Tentang Blog

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 311 hits
Metablogging adalah ngeblog tentang blogging atau mengisi blog dengan menulis artikel tentang blogging template widget SEO AdSense dan topik seputar blog lainnya Blognya disebut metablog yakni blog dengan niche seputar blogging Metablogging...
Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Pkr Rep Lodges Report Against Najib S Facebook Admin

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes

Welcome 2025 Nak Tenang

Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Car Solid Perfume Fragrance


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film

The Impact Of Domain Name

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Januari 10 2025 04

I Saraan 2025 Pendaftaran Semakan Kelebihan