Hanya Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Jenis R44 Dan R129 Dibenarkan Dalam Kenderaan Anda


Hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 yang dibenarkan digunakan di Malaysia, seperti yang telah ditetapkan oleh Peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNR) sebagai langkah keselamatan kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang 135cm.


Selain pensijilan Peraturan UNR, setiap produk CRS akan mempunyai pelekat E-Mark berwarna jingga yang tertera maklumat seperti kategori produk mengikut berat atau tinggi dan nombor kelulusan.

Ia juga perlu mempunyai pelekat label QR sah daripada Miros, yang merekodkan maklumat spesifikasi teknikal CRS mengikut piawaian.

Ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan CRS yang murah, kerana ada juga jenama pengeluar yang tidak lulus piawaian tetapi melekatkan label tidak sahih dijual di pasaran.

Apabila membabitkan isu keselamatan, setiap ibu bapa tidak boleh berkompromi, kerana tidak semua CRS berkualiti dijual dengan harga yang mahal, iaitu mencecah RM1,000 seunit.

Sebenarnya, ada CRS yang lulus piawaian dan ujian keselamatan, tetapi dijual pada harga yang rendah, seperti dari RM150 ke RM300.

Kerajaan telah mengumumkan akan mewajibkan penggunaan CRS di dalam kenderaan bermula 1 Januari 2020 bagi menyelamatkan kanak-kanak daripada mengalami kecederaan serius atau kematian, sekiranya berlaku kemalangan.

Seiring dengan langkah itu, MIROS mengeluarkan Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Malaysia, yang boleh dimuat turun daripada laman web Miros.

Piawaian ini telah ditetapkan demi keselamatan pengguna. Jika sesebuah CRS itu tidak mengikut piawaian, ia bukan sahaja tidak dapat menyelamatkan mangsa kemalangan, tetapi akan memburukkan lagi keadaan.

Kesedaran mengenai kepentingan penggunaan CRS di dalam kereta masih berada pada tahap rendah di Malaysia.

Berdasarkan pemerhatian ketika operasi bersama pihak berkuasa, kurang daripada 40 peratus ibu bapa menggunakan CRS, selain kurang didikan terhadap keselamatan diri mereka dan kanak-kanak ketika menaiki kenderaan.

Ribuan kenderaan bergerak di jalan raya setiap hari dan membawa bayi serta kanak-kanak kecil yang terdedah kepada risiko kemalangan, apabila tidak ditempatkan di tempat duduk khas.

Dalam tempoh 2018 hingga Mac 2019, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di WPKL adalah sebanyak 268 kes dan turut membabitkan kanak-kanak dan bayi.

Sementara itu, sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.

Malangnya, ada ibu bapa berpendapat meriba anak-anak mereka dalam kereta sudah memadai kerana tidak mampu membeli CRS, namun mereka tidak sedar tindakan mereka itu jelas membahayakan diri kanak-kanak itu.

Menurut kajian yang dijalankan, tempat duduk khas bayi boleh merendahkan risiko kematian sehingga 70 peratus bagi bayi dan 50 peratus bagi kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun.

Jika kita mahu serius mengenai keselamatan jalan raya, kita juga perlu serius mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil, bagi memastikan keselamatan mereka yang berada di dalam kenderaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Caruman PERKESO, Insuran Nyawa 'Paling Murah' Tetapi Terbaik Di Malaysia!7 Pantang Larang Bayi Baharu Lahir Dan Penjelasan Faktanya!
sumber: bharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/10/fakta-kerusi-keselamatan-kanak-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setuju Atau Tak Mula 1 Januari Wajib Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Dalam Kenderaan

Setuju Atau Tak Mula 1 Januari Wajib Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Dalam Kenderaan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 283 hits
Bermula 1 Januari tahun depan kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan Timbalan Perdana M...
Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Di Malaysia Mengikut Garis Panduan Miros

Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Di Malaysia Mengikut Garis Panduan Miros

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 731 hits
Penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak di Malaysia perlu mengikut standard piawaian United Nation Regulation R44 04 dan R129 Malaysia mewajibkan penggunaan baby kids car seat menjelang tahun depan tahun 2020 di semua kenderaan persendiri...
Kanak Kanak 2 Tahun Mati Kerana Diphteria Sebab Itu Vaksin Penting Boleh Elak 10 Jenis Penyakit Ini

Kanak Kanak 2 Tahun Mati Kerana Diphteria Sebab Itu Vaksin Penting Boleh Elak 10 Jenis Penyakit Ini

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 450 hits
Isu vaksinasi telah lama menjadi bualan ramai pihak dan ia kekal hangat hingga sekarang Ada ibu bapa degil yang masih tidak memahami bagaimana konsep vaksin ini memberi perlindungan atau memayungi populasi awam sehinggakan individu yang tid...
Hanya Kerana Berhijab Atlet Muslimah Ini Didakwa Tak Dibenarkan Bertanding

Hanya Kerana Berhijab Atlet Muslimah Ini Didakwa Tak Dibenarkan Bertanding

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 444 hits
Noor Alexandria Abukaram 16 tahun hilang kelayakan dari menyertai perlumbaan larian di sekolahnya di Ohio Menurut laporan Noor telah dibatalkan penyertaannya kerana didakwa tidak mendapat kebenaran untuk memakai hijab sewaktu acara berkenaa...
Tolonglah Doakan Hanya Terhantuk Di Kerusi Sekelip Mata Hidup Iman Berubah

Tolonglah Doakan Hanya Terhantuk Di Kerusi Sekelip Mata Hidup Iman Berubah

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 374 hits
Sekelip mata berubah Sebelum ini dialah penghibur hati keluarga namun setelah kejadian yang berlaku baru baru ini semuanya bagai tak percaya Allah uji dengan ujian yang begitu besar Bermula dengan hanya terhantuk di kerusi ketika bermain da...
Sony Melancarkan Kit Mengajar Pengaturcaraan Dan Robotik Untuk Kanak Kanak

Sony Melancarkan Kit Mengajar Pengaturcaraan Dan Robotik Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 191 hits
Tokoh teknologi seperti Tim Cook dan Bill Gates percaya bahaya sejak kecil bagi menyediakan mereka kepada dunia sebenar Di Malaysia mata pelajaran pengaturcaraan telah mula diperkenalkan Tetapi proses mempelajari pengaturcaraan adalah agak ...
Kanak Kanak Dipatuk Ular Sembunyi Dalam Kasut Mohon Doa Cepat Sembuh

Kanak Kanak Dipatuk Ular Sembunyi Dalam Kasut Mohon Doa Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 2329 hits
Musim hujan ni memang banyak haiwan berbisa berpindah dari habitat asal mereka dan mencari tempat perlindungan yang lebih panas Antaranya di dalam rumah dalam enjin kereta dan juga kasut atau tempat penyimpanan kain Sebab itulah kita perlu ...
Boleh Kah Kanak Kanak Menjadi Kejam Kes Pembunuhan Kanak Kanak Paling Kejam

Boleh Kah Kanak Kanak Menjadi Kejam Kes Pembunuhan Kanak Kanak Paling Kejam

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 447 hits
Hi semua Biasa kita dengar ungkapan Kanak Kanak Bagaikan Kain Putih bermaksud kanak kanak ini pemikiran mereka bersih dan sudi Fikiran mereka masih belum di cemari dengan perkara perkara kotor busuk buruk dan menjijik kan kain bersih yang p...
Hukum Kanak Kanak Menjadi Imam Solat Orang Dewasa

Hukum Kanak Kanak Menjadi Imam Solat Orang Dewasa

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 966 hits
Apakah hukum kanak kanak yang sudah mumayyiz tetapi belum baligh menjadi imam Para ulama berselisih pendapat dalam hal ini Ada ulama berpendapat ia adalah harus untuk sembahyang fardu dan sunat Pendapat kedua ialah hanya harus untuk sembahy...
Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Pa Yang Multitasking

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

18 Peserta Big Stage Alpha All Male Spin Off Berentap

Berlindung Daripada Penyakit Ain

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan