Hanya Keajaiban Memungkin Ph Menang Di Tanjung Piai


PIRAKE TANJUNG PIAI (3)

Banner kempen PH yang memaparkan wajah
calonnya Karmanine Sardini.MENITI masa-masa tersisa kurang 20 jam menjelang pengundian di Pirake Tanjung Piai, esok 16 November kita percaya para pengundi di Tanjung Piai yang sedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih sudah pun membuat keputusan dan ketetapan masing-masing. Mereka sudah memutuskan calon mana dan parti mana yang hendak dipilih.

Bagi mereka yang berparti, menjadi ahli parti dan penyokong tegar sudah tentu telah membuat keputusan muktamad. Mereka sudah mengunci pilihan masing-masing tanpa boleh diganggu gugat lagi.

Nama calon dan warna parti sudah ada dalam kepala dan mata mereka.

Yang mungkin masih "kekok" atau belum membuat keputusan adalah orang atas pagar, mereka yang tidak berparti. Mereka sedang menghalusi dan mengambil kira dari segenap sudut untuk membuat pilihan sebaik mungkin. Ketetapan yang terpenting buat mereka, apakah keluar mengundi atau tidak.

Mereka sebenarnya entiti penting dalam sesebuah pilihan raya kerana mereka jadi kuasa (undi) penentu. Biasanya orang tidak berparti ini mewakili pengundi antara 25% hingga 30%.

Setelah mendengar pelbagai kempen dan propaganda, baik menerusi ceramah, media sosial, bisikan, rayuan dan provokasi dalam grup-grup WhatsApp sudah ramai yang membuat keputusan. Kalaupun yang masih dalam keadaan serba salah dan kebingungan tidak sampai 5%, kira-kira 2,500 pengundi.

Pelbagai benar kempen BN yang menggambarkan
kesungguhan parti itu untuk tawan Tanjung Piai.Bagi pengundi berada di luar, khasnya yang berparti dan komited dengan pilihan raya sudah ramai yang pulang dan bertambah menjelang tengah malam ini. Sementara yang tidak berparti juga sudah membuat keputusan sama ada pulang atau tidak. Jika tidak ada keperluan terdesak di saat akhir mereka tidak mungkin pulang. Natijah dari tindakan itu menjadi penyebabkan peratus keluar mengundi akan rendah.

Yang tidak pulang, kerana bagi mereka merasakan pilihan raya itu tidak terdesak dan penting buat  mereka. Tindakan mereka ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pihak tertentu. Lebih ketara ialah kepada PH, kerana kalau mereka pulang mengundi semasa Piraum lalu tentu mereka mengundi PH. Untuk mengubah kerajaan waktu itu adalah desakan kuat buat mereka.

Kekalahan calon BN dalam Piraum lepas (Wee Jeck Seng) di kerusi Tanjung Piai itu jelas kerana ada perubahan sikap dan mendapat sokongan daripada orang atas pagar. Pengundi Cina menyumbang lebih 80% yang menjamin kemenangan Allahyarham Md Farid Md Rafik daripada PH.

Yang pastinya dalam Pirake Tanjung Piai esok mereka tidak akan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan dan alasan seperti sebelum ini.

Perbezaan Pirake Tanjung Piai.
Pilihan raya kecil Tanjung Piai kali ini berbeza dan kelainan sedikit berbanding dengan Piraum dahulu. Ada beberapa faktor dan senario berbeza mempengaruhi 53,000 pengundi di situ esok. Faktor pertama ialah, sikap dan budaya orang Johor itu sendiri. Orang Johor dikenali sebagai penyokong kuat BN, khasnya Umno sejak berdekad-dekad lalu. Sejarah penubuhan Umno di Istana Sultan Abu Bakar cukup meninggalkan nostalgia buat rakyat Johor, khasnya Melayu.

Umno penuh sentimental value buat orang Melayu Johor.

Kehilangan kerajaan Johor yang dipegangnya selama 61 tahun sangat terasa dan menekan perasaan mereka. Tekanan itu menjadikan mereka nekad untuk mengembalikan kehilangan itu.

Justeru orang Melayu Johor tetap bersama Umno (BN) dan mereka tidak mudah "terkelih" dengan lain-lain parti. Sikap dan pendirian mereka tersebut sama dengan orang Melayu di Kelantan dan Terengganu yang hanya mengira dua parti sahaja bagi mereka Pam (Pas) atau Umno. Sikap dan pendirian itu jugalah yang ada kepada orang Melayu Johor.

Situasi itulah menjadikan kedudukan BN pada Pirake itu lebih baik, kerana dipercayai mendapat sokongan Melayu.

Walaupun calon BN meletakkan calon bukan Melayu, tetapi Cina  daripada MCA, (Wee Jeck Seng) namun kerana MCA kerabat Umno dalam BN, mereka memberi sokongan tanpa mengira bangsa dan agama. Yang penting MCA dapat mengembalikan sesuatu yang hilang. Itu harapan mereka.

Suasana kedua adalah sentimen kaum. Pemilihan kali ini akan berdasarkan kepada latar belakang berkenaan. Perhitungan kaum itu lebih penting daripada hal-hal lain, misalnya isu atau masalah kehidupan mereka di Tanjung Piai. Isu kaum ini mengatasi soal projek pembangunan.  Meskipun Allahyarham Md Farid Md Rafik telah membawa RM14.7 juta projek untuk Tanjung Piai ia bukan jadi daya penarik dan diterima kasihkan pun.

Justeru dalam konteks ini ia memberi berlebihan kepada calon berbangsa Cina kerana orang Cina tetap akan mengundi calon berbangsa Cina. Semangat perkauman orang Cina mengatasi semangat perkauman Melayu yang terkenal mudah cair apabila ia dimasukkan sebarang bahan pencair.

Jelas sikap orang Cina dalam pilihan raya ini berbeza dengan sikap orang Melayu. Orang Cina melihat dalam Piraum lalu mereka perlu mengubah kerajaan dan mencuba kerajaan baru. Namun dalam Pirake ini tidak ada lagi perasaan itu, kerana itu mereka terpaksa memalingkan kepada soal diri sendiri, bangsa dan bermain dengan elemen perkauman. Makanya mereka akan memilih Wee Jeck Seng.

Sikap sedemikian, tidak ada kepada orang Melayu. Mereka mengenepikan sentimen bangsa terhadap calon PH Karmaine Sardini kerana lebih mengutamakan parti Umno yang penuh sentimental value itu. Di sinilah menyerlahkan sikap taksub Melayu Johor Umno itu sangat tinggi. Sekaligus ia membezakan cara orang Cina dan Melayu berpolitik.

Perbezaan sikap dan penerimaan ini sekali lagi memberi peluang kepada calon BN untuk berada di hadapan pilihan raya itu.

Selain itu ada faktor dan perubahan lain menguntungkan BN dalam Pirake itu. Perubahan sikap parti agama (Pam) yang sedia mengalihkan "tokong" sokongan politik mereka kepada MCA sesuatu yang luar biasa. Tindakan itu satu rahmat besar kepada MCA dan juga Umno.

Sebelum ini, BN berhadapan dengan tentangan Pam, tetapi tidak kali ini. Walaupun pengaruh Pam tidak besar dan begitu mempengaruhi citra dan landskap politik Johor, tetapi kehadiran parti itu tidak boleh diketepikan. Kehadiran Pam walaupun laksana melukut di hujung gantang, tetapi kehadirannya ada maknanya kerana ia disebut ada memiliki saham dalam pilihan raya itu.

Kesimpulannya senario dan perubahan politik yang mengejutkan khasnya dengan kesediaan Pam membatalkan fatwa politiknya selama ini tidak boleh berkawan dan memilih orang bukan Muslim sebagai wakil atau pemimpin tetapi kini dihalalkan memberi kelebihan kepada BN dalam Pirake itu. Apa dilakukan Pam itu satu percubaan cukup berani sekali.

Di sini saya tidak mahu menurunkan angka atau statistik jumlah undi dan majoriti yang bakal diraih parti-parti kali ini. Saya hanya mahu menyimpul begini sahaja, sekiranya keputusan atau angka itu akan ditentukan oleh dua keadaan. Berapa ramai pengundi luar pulang, dan berapa ramai pengundi yang boikot pilihan raya itu.

Dengan menganggarkan sekitar 30% pengundi tidak menunaikan tanggungjawab mereka, bermakna 37,000 pengundi sahaja yang keluar mengundi. Pengundi Melayu di Tanjung Piai mewakili 53% yakni kira-kira 28,000 pengundi. Manakala pengundi Cina pula mewakili 25,440 pengundi.

Daripada semua badan pengkaji dan penganalisa berpendapat BN lebih berpeluang berbanding dengan PH. Faktor utama ialah kerana berlaku perubahan undi Cina kepada BN. Saya bersetuju dengan pendapat itu. Dalam pemerhatian dan pengalaman saya berpandukan kepada fizikal pilihan raya Tanjung Piai hati kecil saya berbisik sukar untuk PH menang.

Saya mengira peratus keluar mengundi Melayu sedikit berkurangan dengan peratus keluar mengundi kalangan orang Cina kerana mereka sedikit "kemamaian" untuk undi siapa. Orang Melayu di Tanjung Piai sedikit serba salah dengan keadaan yang ada. Mengutip pendapat seorang bekas teknokrat kerajaan semasa minum di Hentian Rehat, Manchap yang berasal Pontian berketurunan Jawa, menurutnya, orang Melayu serba salah dan dalam dilema untuk memilih calon dan parti.

Katanya sebagai orang Melayu mereka lebih suka kepada Karmaine Sardini, tetapi masalahnya tidak senang dengan PH yang ada sama DAP, Cina. Walaupun mereka tidak senang dengan Jeck Seng tetapi mereka sayang kepada Umno dan BN. Inilah dilemanya yang mempengaruhi Pirake itu.

Menurutnya kalau mereka pilih parti, mereka mempunyai wakil tidak sebanyak dengan mereka. Manakala kalau mereka memilih calon, parti pula tidak serasi dengan mereka. Jadi bagi orang Melayu akan turun mengundi dalam keadaan dilema begitu.

Sebaliknya tidak kepada Cina yang telah meletakkan soal suku itu sebagai utamanya. Tidak wujud kesetiaan kepada parti bagi orang Cina dalam berpilihan raya. Penyokong DAP juga saya kira akan beralih kepada calon MCA Wee Jeck Seng atas alasan Jeck Seng sebangsa dengan mereka.

Di sisi lain Pirake itu bukan sesuatu yang penting bagi PH keadaan ini menyebabkan pengundi tidak "tertohak" untuk mengundi PH.  Dr Mahathir sendiri secara peribadi tidak melihat Pirake itu penting untuknya. Baginya kalah pun tidak mengapa, menang pun tidak mengapa kerana ia tidak merubah status quonya kini.

Kerana itulah tidak ada sesuatu kejutan dilakukan oleh Dr Mahathir disaat akhir untuk mengubah persepsi umum di Tanjung Piai. Dr Mahathir tidak berasakan ia menjejaskan kedudukan dan maruahnya dengan pilihan raya itu.

Sebanyak 12 kerusi Umno yang menyeberang kepada Bersatu cukup untuk menjadikan Dr Mahathir selesa dan tidak bimbang dengan kehilangan Tanjung Piai yang dimiliki partinya sebelum ini.
Kehilangan Tanjung Piai akan dirasai sama dengan kehilangan kerusi Dun Semenyih dahulu.

Pilihan raya Tanjung Piai itu sebaliknya yang terdesak untuk menang ialah BN kerana kemenangan itu akan dijadikan tikit untuk ke Putrajaya. Kemenangan itu juga nanti menjadikan Pam sendiri seronoknya kerana rakan baharu itu dikira dapat membantunya pada Piraum ke 15 kelak. 

Kekalahan PH akan membawa natijah buat parti itu sekiranya ia kalah dengan kehilangan peratus undi yang diperolehi dalam Piraum lalu besar. Sekiranya majoriti bakal diraih BN nanti dibawah 1,500 undi ia dikira masih munasabah, tetapi kalau majoritinya cecah 5,000 ke atas ia mengejutkan.

Dengan segala hipotesis itu sukar untuk PH memenangi pilihan raya dan ia boleh terjadi dengan hanya ada berlaku keajaibannya sahaja. Apakah ada keajaiban itu yang tidak terhidu dek kita? [wm.kl.10:51am 15/11/19]

Glossori:
Tertohak = terdesak, terpaksa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/11/hanya-keajaiban-memungkin-ph-menang-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinjauan Peratusan Menunjukkan Ph Mampu Menang Prk Tanjung Piai

Tinjauan Peratusan Menunjukkan Ph Mampu Menang Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 454 hits
AMNI JAGAT Tinjauan terakhir bertarikh 14 November 2019 menunjukkan calon PH Haji Karmaine Sardini mendahului calon dari BN Wee Jeck Seng dengan perbezaan peratusan yang tipis Dalam tinjauan tersebut seramai 1031 pengundi memberikan respon ...
Kem Ph Ceria Mula Lihat Peluang Menang Di Tanjung Piai

Kem Ph Ceria Mula Lihat Peluang Menang Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 511 hits
Mood ceria di kem PH dalam sidang media sempena PRK Tanjung Piai hari ini Kem Pakatan Harapan kelihatan ceria menjelang tiga hari sebelum hari mengundi bagi pilihan raya kecil Tanjung Piai Sabtu ini Ia dibayangkan oleh Presiden Bersatu Tan ...
Barisan Nasional Menang Prk Tanjung Piai

Barisan Nasional Menang Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 697 hits
Keputusan adalah seperti berikut BN 25 466 PH 10 380 Gerakan 1 707 Berjasa 850 Ang Chuan Lock 380 Faridah Aryani Abd Ghaffar 32 Terdapat 565 undi rosak dan peratusan keluar mengundi sebanyak 74 5 peratus BN menang dengan majoriti besar 15 0...
Tanjung Piai Bn Dijangka Menang Besar Sebelum Penamaan Calon Lagi

Tanjung Piai Bn Dijangka Menang Besar Sebelum Penamaan Calon Lagi

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 885 hits
PRK Tanjung Piai Badan pemikir MCA Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar meramalkan BN menang dengan majoriti 7181 undi berdasarkan anggaran 70 keluar mengundi Sokongan kaum Cina kepada BN di Tanjung Piai 32 peratus pada piliha...
Tanjung Piai Mca Menang Dap Sukacita Melayu Kalah

Tanjung Piai Mca Menang Dap Sukacita Melayu Kalah

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 311 hits
Seperti aku sebut sebab parti dendam marah meroyan duniaPolitik MELAYU kini harta benda bukan lagi ukhwah BERSATU kalah PH kalah Tak Ada masalah Lim Guan masih Menteri kewangan Tun masih PM najib masih Kaya tapi bila Melayu KALAH kalah kena...
Kejutan Bn Menang Besar Tanjung Piai Kekalahan Terburuk Ph

Kejutan Bn Menang Besar Tanjung Piai Kekalahan Terburuk Ph

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 1188 hits
Ramai penyelidik pemerhati dan think thank kerajaan PH terpaku dengan kemenangan besar Barisan Nasional di PRK Tanjung Piai iaitu sebanyak 15 086 undi yang mana peratusan keluar mengundi hanya 70 sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin PH menjangka...
Prk Tanjung Piai Ph Yakin Menang Besar

Prk Tanjung Piai Ph Yakin Menang Besar

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 562 hits
JOHOR BAHRU 12 Nov Pakatan Harapan yakin boleh memenangi kerusi parlimen Tanjung Piai sekali gus meraih majoriti lebih besar ketika Pilihan Raya Kecil Sabtu ni berbanding kemenangan ketika Pilihan Raya Umum ke 14 Menteri Besar Johor Datuk D...
Keputusan Rasmi Bn Rampas Semula Parlimen Tanjung Piai Menang Majoriti 15 086

Keputusan Rasmi Bn Rampas Semula Parlimen Tanjung Piai Menang Majoriti 15 086

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 1079 hits
Calon Barisan Nasional Datuk Dr Wee Jeck Seng kembali merampas semula kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan keputusan cemerlang pada pilihan raya kecil yang berlangsung di sini hari ini Kemenangan itu menyaksikan Jeck Seng berjaya mengenepika...
Ternow Dap Jadi Beban Kepada Bersatu Untuk Menang Di Tanjung Piai

Ternow Dap Jadi Beban Kepada Bersatu Untuk Menang Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 298 hits
tahanan sosma yang DAP pertahankan PH juga mempunyai banyak isu untuk melemahkan calon BN tetapi sejauh mana jentera pilihanraya berkesan
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation