Hanya Empat Ahli Parlimen Umno Sokong Undi Tidak Percaya Jika Ada



(Sinar Harian) – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjangkakan hanya empat ahli Parlimen UMNO akan menyokong usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya usul itu dikemukakan dalam sidang Parlimen akan datang.
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, empat ahli Parlimen UMNO berkenaan yang diyakini ghairah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini ialah Presidennya sendiri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagaimanapun, Mohamed Nazri berkeyakinan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu pemimpin UMNO yang selama ini dianggap sekutu kuat Ahmad Zahid, tidak akan melakukan perkara demikian, namun beliau tidak menjelaskan sebab lanjut.
“(Sama ada Najib akan menyokong Ahmad Zahid) Tidak… saya yakin tidak. Sebab apa? Tak perlu saya beritahu.
“Saya yakin yang lain akan menolak usul tersebut sebab tujuannya jelas iaitu mahu UMNO bekerjasama dengan DAP dan menjadikan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai Perdana Menteri baharu,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mewakili ahli-ahli Parlimen BN pada Rabu, memberi jaminan untuk menolak sebarang usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan apabila Parlimen bersidang kelak.
Sementara itu, Mohamed Nazri mendedahkan angka 25 ahli Parlimen BN yang menandatangani surat akuan bersumpah (SD) memberi mandat kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi jurucakap mereka dijangka meningkat kepada 30 orang dalam masa terdekat.
Jelas beliau, gerakan mengutip SD itu juga boleh dianggap sebagai usaha terkini ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN untuk menukar Ahmad Zahid selaku Presiden parti jika proses pemilihan parti diadakan dalam masa terdekat.
“Saya juga ingin menjelaskan pihak yang melanggar perlembagaan UMNO bukan kita, tetapi kem Ahmad Zahid yang sanggup beri maklumat tidak betul kepada Yang di-Pertuan Agong sewaktu dipanggil menghadap, Oktober tahun lalu.
“Justeru, saya sekali lagi minta Lembaga Disiplin UMNO buka mata dan mengambil tindakan tatatertib secara rasional terhadap Ahmad Zahid demi mempertahankan nama baik parti,” kata Mohamed Nazri.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/06/25/hanya-empat-ahli-parlimen-umno-sokong-undi-tidak-percaya-jika-ada/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sd Bukan Sokong Hisham Tpm Cuma Elak Kami Kena Jual Ahli Parlimen Umno

Sd Bukan Sokong Hisham Tpm Cuma Elak Kami Kena Jual Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 266 hits
29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai wakil mereka adalah kerana tidak mahu dipergunakan oleh pihak lain untu...
Zahid Anwar Saksi Ahli Parlimen Umno Tandatangan Dokumen Sokong Anwar Sebagai Pm Dakwa Shahidan

Zahid Anwar Saksi Ahli Parlimen Umno Tandatangan Dokumen Sokong Anwar Sebagai Pm Dakwa Shahidan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 318 hits
Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim hari ini mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada Umno mengaku beliau telah menandatangani dokumen sokongan untuk Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri Shahidan berkata Ahli Parlimen itu memberi...
Panas Zahidi Desak Zahid Dedah Ahli Parlimen Umno Sain Sd Sokong Anwar

Panas Zahidi Desak Zahid Dedah Ahli Parlimen Umno Sain Sd Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 269 hits
June 24 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didesak menjelaskan siapa di kalangan Ahli ahli Parlimen UMNO yang menandatangani akuan bersumpah agar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Ketua UMNO Bahagian Padang Besar...
Umno Janji Takkan Sokong Usul Tak Percaya Jika Parlimen Dibuka

Umno Janji Takkan Sokong Usul Tak Percaya Jika Parlimen Dibuka

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 329 hits
malaysiakini comDiterbitkan 23 Jun 2021 5 30 pmUmno bersetuju untuk tidak akan menyokong usul undi tidak percaya sekiranya Dewan Rakyat bersidang semula kata naib presidennya Ismail Sabri Yaakob Menurut menteri kanan itu Umno berpendapat la...
Tidak Dapat Jadi Tpm Punca Zahid Sokong Anwar Kata Ahli Mt Umno

Tidak Dapat Jadi Tpm Punca Zahid Sokong Anwar Kata Ahli Mt Umno

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 424 hits
agendadaily comAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin mengingatkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan PAU 2020 yang menolak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Gagal untuk menjadi T...
Umno Tidak Menyokong Usul Undi Tidak Percaya

Umno Tidak Menyokong Usul Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 241 hits
Ahli ahli Parlimen daripada parti UMNO BN menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong susulan Perbincangan Khas Raja Raja Melayu yang telah diadakan pada 16 Jun 2021 lalu berhubung keperluan mengadakan persidang...
Tajuddin Gesa Parlimen Bersidang Tiada Undi Tak Percaya Pada Pm

Tajuddin Gesa Parlimen Bersidang Tiada Undi Tak Percaya Pada Pm

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 258 hits
malaysiakini comDiterbitkan 20 Jun 2021 9 56 amDikemaskini 12 48 pmMemandangkan Umno dan parti pembangkang telah memberi jaminan untuk tidak mengemukakan usul undi tidak percaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin maka parlimen boleh bersidang...
Nazri Kerana Isu Sokong Anwar 25 Ahli Parlimen Bn Tak Mahu Zahid Jadi Wakil Bertemu Agong

Nazri Kerana Isu Sokong Anwar 25 Ahli Parlimen Bn Tak Mahu Zahid Jadi Wakil Bertemu Agong

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 306 hits
June 23 2021 PETALING JAYA Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz mendakwa 25 Ahli Parlimen BN daripada 41 orang tidak yakin dengan ketelusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai wakil mereka untuk menghadap Yang di Pertuan Agon...
Pengalaman Bagaimana Memotivasikan Diri Sendiri Semasa Belajar

Pm Anwar Bersama Pengakap Semalaysia Di Johor

Wanita Maut Rempuh Kerbau Di Kuala Terengganu

Camden Market Dengan Nellisa

Tak Sangka Dari Muda Sampai Ke Tua Tak Ada Idea Bijak Dan Bernas

Pretty Nina Minta Nuan Ngenang Baru Chord

Dragon Char Koay Teow Sedap Boleh Tahan

Tak Ada Sarji Sarji Ya Amp Tak Akan Terjadi Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled Pelakon Indonesia Hilang Sabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bersatu Ada Penyakit Kronik Dakwa Mantan Setiausaha Presiden

Kulit Telur Baik Untuk Tanaman Berkesan Atau Tidak

Emie Sukmasari Kelate Mendonia Chord

Greenstyle A Sustainable Residential Complex By Castello Lagravinese Studio

Find Cure For Bersatu S Chronic Illness Muhyiddin S Ex Aide Says

Love Him Hate Him Pmx Is Malaysia S Best Premier In Terms Of Foreign Policy Achievements