Hanya 6 Jahanam Berani Keluar Umno Abdul Latiff


MALAYSIAKINI   

Hanya kumpulan anggota parlimen yang digelar "enam jahanam" sahaja yang berani mengambil tindakan keluar daripada BN dan menjadi MP Bebas.

Perkara itu dinyatakan salah seorang dari wakil kumpulan itu yang juga MP Mersing Dr Abdul Latiff Ahmad, lapor Berita Harian.

Menurutnya, buat masa ini, tidak menjadi keutamaan untuk mereka menyertai Pakatan Harapan (PH)

Sebaliknya melihat penyertaan mereka sebagai ahli parlimen bebas bukan sahaja relevan kepada BN malah ia dinamik kepada PH.

"Sebenarnya PH lagi kecoh, mereka ada perdana menteri ketujuh dan pada masa sama ada bakal PM menunggu. 

Politik PH boleh jadi tunggang-langgang

"Tiada mana-mana negara mempunyai konotasi sebegini. Apa pandangan PM ketujuh jika ada kumpulan dalam PH mengatakan mereka ada PM menunggu.

"Perkara yang berlaku di pihak PH membuatkan kami dinamik dan sebab itu kami perlu menunggu.

"Bagi kami, politik PH tidak dinamik, politik PH tidak realistik dan bila-bila masa saja boleh jadi tunggang-langgang," kata Abdul Latiff lagi dalam laporan itu.

Sejak minggu lalu, khabar angin bertiup kencang kononnya enam MP Umno itu dikatakan akan kembali ke pangkuan Umno.

Bagaimanapun, Abdul Latiff dilaporkan berkata pihaknya menafikan dakwaan itu dan kekal dengan keputusan keluar daripada umno.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata ramai lagi wakil rakyat lain berkongsi sentimen yang sama namun hanya enam MP Umno sahaja berani berbuat demikian.

"Ramai yang berkongsi sentimen, tetapi yang berani melakukan ini hanya enam jahanam inilah.

"Kami sudah berfikir panjang dan yang lompat ini pun bukan calang-calang orang, bukan orang baru dalam dunia politik dan Umno," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Jelasnya, matlamat utama mereka buat masa sekarang demi melihat keseimbangan antara Melayu, kerajaan dan pembangkang yang masih belum dicapai.

Ada waku melihat

Beliau turut berpendiran, tindakan mereka keluar parti demi agama, bangsa dan tanah air.

"Jika perlu tunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), maknanya kami ada waktu melihat, bukan sahaja perubahan pada Umno, tetapi juga perjuangan bangsa dan agama.

"Ini hanya perjuangan kami demi agama, bangsa dan negara," beliau dilaporkan sebagai berkata

Enam MP itu meninggalkan Umno pada 14 Disember lalu dan menjadi MP bebas.

Selain Dr Abdul Latiff, mereka yang lain ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid; Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Hamzah Zainudin (Larut); Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Untuk rekod, Umno telah memberikan writ saman kepda dua bekas MP parti itu yang meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu.

Dua individu tersebut adalah Anggota Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dan Anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali.

Mas Ermieyati mengumumkan keluar Umno pada 1 Julai lalu dan menyertai Bersatu pada 13 Disember lalu.

Manakala Dr Noor Azmi meninggalkan Umno pada 26 Jun sebelum mengumumkan penyertaan ke dalam Bersatu pada 28 November



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/hanya-6-jahanam-berani-keluar-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Umno Sertai Warisan

Keluar Umno Sertai Warisan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 250 hits
KOTA KINABALU 25 Jan Selepas meninggalkan UMNO 12 Dis lepas Anggota Dewan Undangan Negeri Tempasuk Datuk Musbah Jamli akhirnya mengumumkan hala tuju politiknya dengan menyertai Parti Warisan Sabah Musbah menyerahkan borang keanggotaan
Prk Cameron Mic Kepanasan Tunduk Kepada Umno Atau Keluar Dari Bn

Prk Cameron Mic Kepanasan Tunduk Kepada Umno Atau Keluar Dari Bn

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 327 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 12 Januari ini MIC dilanda krisis dalaman yang serius di mana beberapa pemimpin utama parti itu dikatakan lantang menyuarakan supaya parti i...
Prkdunsemenyih Enam Nama Calon Diserahkan Kepada Umno Pusat Kerjasama Dengan Pas Diperkukuh

Prkdunsemenyih Enam Nama Calon Diserahkan Kepada Umno Pusat Kerjasama Dengan Pas Diperkukuh

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 339 hits
Enam nama calon akan diserahkan oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor kepada UMNO pusat sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac depan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Dr Ism...
Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

Prk Cameron Highlands Kerjasama Bn Umno Pas Cukup Baik Mahdzir

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 346 hits
JELAI 21 Jan Kerjasama antara Barisan Nasional UMNO serta Pas di dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands berada di dalam tahap yang tinggi ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid Katanya kesepakatan dan
The 72 Year Old Umno Is Dying Of Old Age

The 72 Year Old Umno Is Dying Of Old Age

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 287 hits
And that is why Umno no longer has the support of the Malays Only needy Malays need Umno like back in the 1940s 1950s and 1960s Today s Malays no longer need Umno because they no longer live in the kampung or live off the land Umno has give...
Faktor Najib Umno Pun Bungkus Bn Cameron Highland Bakal Runtuh

Faktor Najib Umno Pun Bungkus Bn Cameron Highland Bakal Runtuh

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 526 hits
Pendekatan Anwar terhadap pemimpin PKR let them shout boleh JUGA digunapakai terhadap pembangkang Tidak ada cara untuk mereka menjadi kerajaan sehinggalah PRU15 Dan segala bangkangan itu lebih kepada masih tidak dapat menerima hakikatnya me...
Cameron Highlands Kemudian Semenyih Adalah Penentu Kerjasama Umno Pas

Cameron Highlands Kemudian Semenyih Adalah Penentu Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 371 hits
Walaupun tiada ikatan rasmi hubungan kerjasama UMNO dan Pas nampaknya semakin kukuh dan intim di Cameron Highlands ini Barangkali salah satu sebab yang merapatkan lagi hubungan itu ialah kerana yang bertanding kali ini ialah DAP Dengan kedu...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik