Prk Cameron Mic Kepanasan Tunduk Kepada Umno Atau Keluar Dari Bn


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR: Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands 12 Januari ini, MIC dilanda krisis dalaman yang serius di mana beberapa pemimpin utama parti itu dikatakan lantang menyuarakan supaya parti itu keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerusi Parlimen tersebut diserahkan kepada UMNO.

Sumber dalaman parti memberitahu The Malaysian Times (TMT) bahawa kepimpinan tertinggi parti itu telah bersetuju untuk menyerahkan kerusi Parlimen yang dimenangi MIC sejak PRU 2004 kepada UMNO melalui satu proses “ganjaran politik” termasuk jawatan Senator.

Malah bayangan “kemungkinan” itu tersebut turut dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan di Cameron Highlands, Jumaat lepas.

Walaupun tidak ada satu keputusan yang “muktamad” dicapai berhubung perkara tersebut, sumber parti memberitahu sudah ada “tangan-tangan di belakang tabir” yang sedang mengerakkan usaha itu menjadi kenyataan.

Perkembangan itu turut dikecam oleh beberapa pemimpin atasan parti itu yang sedang giat berkempen di kawasan Parlimen sejak beberapa hari lepas di mana mereka dikatakan sudah “menyampah” dan “naik angin”.

Malah mereka juga dikatakan sudah bersedia untuk keluar dari MIC sekiranya parti itu serah diri kepada UMNO.

Naib Presiden MIC Senator Datuk T. Mohan merupakan salah seorang pemimpin yang lantang menyuarakan pandangya di mana beliau mendesak parti itu tidak “menyerah kalah” kepada UMNO kali ini.

Katanya, UMNO sudah merampas beberapa kerusi yang dimenangi parti itu di negeri Johor dan Perak sebelum ini dan memberikan “kerusi maut” kepada parti itu.

Rakaman suara lantang Mohan berhubung PRK Cameron Highlands menjadi viral di media sosial semalam.

Mohan juga berpandangan MIC boleh mempertahankan kerusi itu melalui pilihanraya kecil itu nanti dimana ianya juga boleh dijadikan gelanggang untuk menguji tahap kerelevanan parti itu selepas PRU ke 14.

Kemenangan atau kekalahan di Cameron tidak akan memberikan sebarang impak kepada proses politik negara yang dikuasai oleh Pakatan Harapan ketika ini.

Yang pasti parti perlu bertanding dan melakukan satu kajian terperinci mengenai tahap sokongan, katanya.

MESYUARAT CWC HARI INI

Sementara Presiden MIC Tan Sri S.Vigneswaran pula dalam satu reaksi segera meminta semua pihak bersabar sehingga mesyuarat CWC hari ini akan membincangkan perkara tersebut di mana satu keputusan muktamad akan diambil.

Apa yang pasti, politik dalaman MIC sudah kecoh dan panas. Ramai yang berpandangan parti itu tidak seharusnya tunduk kepada UMNO untuk meraih jawatan Senator semata-mata.

Menang atau kalah adalah adat pertandingan. MIC tidak pernah kalah di Cameron sebelum ini.

Parti itu perlu jadi ‘anak jantan’ untuk buktikan kemampuan mereka. Itulah antara luahan kuat yang kedengaran di media sosial.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/prk-cameron-mic-kepanasan-tunduk-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Cameron Mic Tarik Diri Beri Kerusi Pada Umno

Prk Cameron Mic Tarik Diri Beri Kerusi Pada Umno

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 447 hits
PRK Cameron MIC tarik diri beri kerusi pada Umno Posted By on January 09 2019MIC dilaporkan tidak akan bertanding di kerusi tradisional Cameron Highlands dan membenarkan kepimpinan BN untuk menentukan calon gabungan itu yang akan bertanding...
Gagal Curi Mp Umno Dr Mahathir Gunakan Prk Cameron Highland Untuk Dapatkan Nyawa Politik Dari Dap

Gagal Curi Mp Umno Dr Mahathir Gunakan Prk Cameron Highland Untuk Dapatkan Nyawa Politik Dari Dap

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 796 hits
Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP parti musuh tapi saya nak bagi tahu bahawa yang tentukan saya akan jadi pengerusi PH dan bakal jadi Perdana Menteri jikalau menang dalam PRU lalu adalah DAP kata Dr Mahathir di Terengganu Ucapan ini mun...
Jom Raikan Calon Umno Di Prk Cameron

Jom Raikan Calon Umno Di Prk Cameron

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 363 hits
Pertama Malaysia tidak perlukan satu lagi wayarmati Kedua UMNO mesti menang untuk kekal relevan dan diterima semua kaum Yang ketiga Terpenting Termahal untuk membuktikan umno mampu menang tanpa rasuah dan salahguna kuasa Paling tidak 100 un...
Kejutan Prk Cameron Highlands Saya Penyokong Dr M Dan Anwar Selepas Peluk Presiden Umno

Kejutan Prk Cameron Highlands Saya Penyokong Dr M Dan Anwar Selepas Peluk Presiden Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 461 hits
Kejutan daripada Presiden MyPPP yang dipertikaikan M Kayveas di pusat penamaan calon PRK Cameron Highlands Sebaik sahaja datang beliau tidak memasuki pusat penamaan calon Sebaliknya beliau bertemu dan berpelukan dengan presiden Umno Mohamad...
Prk Cameron Highlands Tiada Permintaan Daripada Umno Untuk Bertanding

Prk Cameron Highlands Tiada Permintaan Daripada Umno Untuk Bertanding

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 443 hits
KUALA LUMPUR 7 Jan 8211 MIC menegaskan partinya tidak menerima sebarang permintaan daripada UMNO untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands yang akan diadakan pada 26 Januari ini Setiausaha Agung parti itu Datuk Se...
Kayveas Nyata Hasrat Bertanding Di Prk Cameron Highlands

Kayveas Nyata Hasrat Bertanding Di Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 468 hits
KUALA LUMPUR Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas telah menyatakan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Cameron Highlands 26 Jan ini selepas mendapat sokongan penuh daripada ahli Majlis Tertinggi parti itu Beliau berkata keputusan...
Prk Cameron Highlands Bn Umum Calon Khamis Ini

Prk Cameron Highlands Bn Umum Calon Khamis Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 494 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Barisan Nasional akan mengumumkan calon bagi bertanding di Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands pada Khamis Menurut laporan UMNO Online pengumuman tersebut akan dibuat dalam satu majlis pada Khamis ...
Hari Penamaan Calon Prk 78 Cameron Highlands

Hari Penamaan Calon Prk 78 Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 526 hits
Ada yg pm tanya minggu ni sibuk tak CH sebab penamaan Calon PRK 078 Sabtu ini Yang Ramai nanti orang sini aje adalah sekumpulan penyokong yang datang sekejab Elakan kawasan Tanah Rata sebelum pukul 1 tengahari sebab lokasi penamaan calon Ja...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025