Sst Ganti Gst Untuk Kurangkan Bebanan Kini Hanya Tinggal Retorik


Kasthuri Jeevendran  



KUALA LUMPUR – Janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui manifesto mereka terbukti hanya retorik apabila sebahagian besarnya dibiar tidak tertunai, malah alasan demi alasan diberikan sehingga kini.

Lebih menyakitkan apabila janji tidak tertunai itu bertukar pula menjadi beban yang menyesakkan dada rakyat sehingga menyebabkan keadaan menjadi jauh lebih ‘teruk’ daripada dahulu.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Johor (JICCI), Tan Sri Dr Kenneth Eswaran berkata, janji kerajaan PH untuk memperkenalkan sistem percukaian yang mesra rakyat rupanya hanya gula-gula bagi mengaburi mata pengundi.

Hakikatnya jelas beliau, jurang kesusahan yang lebih besar menanti rakyat setelah terpedaya dengan muslihat meraih undi mereka.

“Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan September tahun lalu telah meningkatkan kos perniagaan di kalangan pengeluar Malaysia sebanyak 10 peratus.

“Kajian oleh Persekutuan Pengeluar Malaysia (FFM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi (MIER) itu menyokong pendapat Presiden FMM, Datuk Soh Tian Lai bahawa 85 peratus pengeluar Malaysia menyaksikan peningkatan kos pengeluaran berikutan pelaksanaan SST bagi separuh tahun kedua 2018,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Menurut Kenneth, kerugian yang terpaksa ditanggung ramai peniaga membuktikan bahawa kajian oleh FFM dan MIER itu bukan satu cerita bohong.

“Perkara ini amat memberi kesan khususnya kepada peniaga kecil dan sederhana dan ia diburukkan oleh pelbagai faktor.

“Selain pelaksanaan SST, turut menyumbang kepada kerugian itu ialah pelaksanaan gaji minimum, perang perdagangan China – Amerika Syarikat dan ketidaktentuan peringkat global,” jelasnya.

Mengulas lanjut Kenneth berkata, pada dasarnya SST diwujudkan sebagai ganti kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat sebelum ini namun entah di mana silapnya, ia turut menjadi pencetus derita tidak berkesudahan.

“Pelaksanaan semula SST pada awalnya dicanangkan untuk meringkan beban rakyat namun nampaknya ia hanya sekadar angan-angan.

“Kos sara hidup semakin meningkat meskipun kadar inflasi dikatakan hanya sekitar 1 peratus,” katanya.

Kenneth menambah, barangan keperluan harian seperti makanan dan minuman tidak beralkohol terus meningkat sejak Januari tahun ini walaupun indeks keseluruhan Indeks Harga Pengguna (CPI) menurun sebanyak 0.7 peratus.

“Indeks keseluruhan untuk makanan dan minuman tidak beralkohol mencatatkan peningkatan 1 peratus sejak Januari 2019 dengan sebahagian besar kenaikan berkisar kepada produk seperti daging, telur, sayuran dan buah-buahan,” katanya.

Kerajaan jelas beliau, perlu segera menunaikan segala janji dibuat sebelum sokongan rakyat bertukar menjadi amarah yang tidak mampu dibendung lagi.

“Cukuplah bercakap mengenai dendam lama pada kerajaan sebelum ini.

“Sekarang ialah masa untuk bertindak dan berkhidmat kepada rakyat, bukan lagi waktu berhikayat kisah lama yang seharusnya dilupakan sejak mengambil alih pemerintahan,” katanya. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/sst-ganti-gst-untuk-kurangkan-bebanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mayat Nur Aisyah Hanya Tinggal Tengkorak Anggota Badan Lain Hilang

Mayat Nur Aisyah Hanya Tinggal Tengkorak Anggota Badan Lain Hilang

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 888 hits
LANGKAWI Tragis dan kejam Tanda tanya kehilangan kanak kanak berusia tiga tahun yang dipercayai dilarikan sepasang suami isteri akhirnya terungkai apabila mayat kanak kanak perempuan itu ditemukan kira kira pukul 11 30 pagi ini dalam keadaa...
Tetangga Kaget Dulu Tinggal Di Gang Kini Rumah Romahurmuziy Megah Seperti Candi

Tetangga Kaget Dulu Tinggal Di Gang Kini Rumah Romahurmuziy Megah Seperti Candi

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 218 hits
Romahurmuziy ditangkap di sebuah hotel di kawasan Surabaya pagi Kabarnya OTT Rommy terkait pengisian jabatan di Kemenag Daerah dan Pusat Setelah diperiksa di Polda Jatim Rommy diterbangkan ke Jakarta untuk dibawa ke Gedung KPK
Kurangkan Demam Panas Anak Kecil Dengan Petua Kampung Hanya Menggunakan Telur Rebus Ini Terbukti Sungguh Mujarab

Kurangkan Demam Panas Anak Kecil Dengan Petua Kampung Hanya Menggunakan Telur Rebus Ini Terbukti Sungguh Mujarab

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 446 hits
terdapat pelbagai petua rawat anak demam yang boleh kita lakukan di rumah sebelum suhu badan atau demam anak menjadi terlalu tinggi Antaranya menyapu badan dengan tuala basah melembapkan kepala dengan air asam jawa atau air lemon menggunaka...
Kementerian Pendidikan Komited Kurangkan Bebanan Guru

Kementerian Pendidikan Komited Kurangkan Bebanan Guru

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 208 hits
Kementerian Pendidikan komited kurangkan bebanan guru Dikemas kini 51 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 22 Mar 2019 8 1
Hanya 50 Peratus Peluang Untuk Hidup Ketika Lahir Kini Khalish Mampu Makan Sendiri Walaupun Menghidap Cerebral Palsy

Hanya 50 Peratus Peluang Untuk Hidup Ketika Lahir Kini Khalish Mampu Makan Sendiri Walaupun Menghidap Cerebral Palsy

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 325 hits
Ketika penulis mendekatinya untuk ditemuramah Norlailee Abu Hassan tidak keberatan Bahkan dia sanggup datang jauh dari Melaka untuk bertemu penulis Banyak kisah menarik tentang anaknya Hairul Khalish Hairulaminy yang dia ceritakan pada penu...
Safi Expert Solution Rawatan Pigmentasi Hanya 2 Minggu

Safi Expert Solution Rawatan Pigmentasi Hanya 2 Minggu

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 1157 hits
Safi Expert Solution Rawatan Pigmentasi Hanya 2 Minggu Setiap wanita menginginkan kecantikan dan keserian wajah Bahkan mereka sanggup berbelanja lebih untuk mendapat produk yang mampu memberikan hasil yang lumayan Bila wajah suram dan kusam...
Hanya 3 Bahan Boleh Buat Nuttela Cookies Yang Senang Tapi Sedap

Hanya 3 Bahan Boleh Buat Nuttela Cookies Yang Senang Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 302 hits
Kalau korang tengah merisik biskut raya apa kata cuba buat sendiri biskut untuk hari raya kali ini Hanya guna tiga bahan korang dah boleh buat biskut yang sedap NUTTELA COOKIESBAHAN BAHAN1 cawan tepung gandum450 gram Nutella1 biji telur aya...
Hanya Sebulan Menjadi Pengurus Oldham

Hanya Sebulan Menjadi Pengurus Oldham

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 244 hits
BEKAS bintang Manchester United Paul Scholes letak jawatan pengurus Oldham Foto Reuters Hanya sebulan menjadi pengurus Oldham Bekas bintang Manchester United Paul Scholes meletakkan jawatan sebagai pengurus Oldham semalam selepas 31 hari me...
Pengacara Hotman Paris Hutapea Bangga Hanya Dibayar 2 Sisir Pisang

Pengacara Hotman Paris Hutapea Bangga Hanya Dibayar 2 Sisir Pisang

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 212 hits
Pengacara tenar Hotman Paris Hutapea yang dikenal memiliki bayaran mahal justru berbangga hati karena mendapat dua sisir pisang sebagai bayaran dari kliennya
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api

Kp Umno Tidak Perlu Layan Teguran Dari Sikitol Kluster Pengkhianat