Hanya 15 Media Buat Liputan Parlimen Satu Diskriminasi Fahmi


 



Langkah mengejutkan yang diambil Parlimen Malaysia melalui sepucuk surat bertarikh 16 Oktober 2020 yang dihantar Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia kepada ketua-ketua pengarang media, memaklumkan bahawa hanya 15 media yang dinamakan di dalam surat tersebut akan dibenarkan hadir di Parlimen untuk membuat liputan sepanjang sidang Parlimen dari 2 November ke 23 Disember ini merupakan satu diskriminasi.

 

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil langkah mengundur ke belakang itu hanya akan menyebabkan laporan yang kurang seimbang, sama ada dari seri perbahasan atau sidang media Parlimen, dilaporkan oleh media-media terpilih.

 

"Saya kesal arahan pihak Parlimen menghalang media, terutama media atas talian, dari menghadiri dan membuat liputan sidang Parlimen terutama pada ketika Belanjawan 2021 akan dibentang dan dibahas.

 

"Sebenarnya inilah waktu paling penting untuk lebih banyak media hadir membuat liputan, kerana sidang akan memperlihat perbincangan dan perbahasan penggunaan wang ringgit rakyat bagi tahun akan datang.

 

"Dalam keadaan ekonomi yang suram dan negara dilanda wabak Covid 19, semestinya bagaimana kerajaan mengurus perbelanjaannya akan menjadi perhatian semua.

 

"Perlu diingatkan media adalah estet keempat dan salah satu tiang seri demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.

 

Bagi Fahmi, sekiranya keterbatasan ruang Parlimen menjadi alasan maka terdapat pelbagai cara untuk membenarkan media terus membuat liputan dengan sedikit penyesuaian atau pengubahsuaian ruangan yang sedia ada.

 

"Sekiranya benar pihak Parlimen berpandangan ruang petugas media tidak mencukupi, saya percaya terdapat banyak ruang yang boleh diubahsuai menjadi tempat petugas media.

 

"Sebagai contoh, sekiranya tempat media di aras bawah tidak mencukupi untuk memuatkan semua petugas, bilik-bilik jawatankuasa di bangunan sementara, ruang di Dewan Rakyat sementara, malah juga bangunan pejabat Ahli-Ahli Parlimen boleh diubahsuai dengan mudah untuk membolehkan lebih ramai petugas media hadir tanpa melanggar SOP MKN dan KKM.

 

"Malah jika perlu, khemah khas seperti yang biasa didirikan untuk para VIP sewaktu program-program Kementerian di Parlimen boleh didirikan untuk menempatkan petugas media.

 

"Bak kata pepatah, 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'," sinis Fahmi.

 

Jurucakap KEADILAN bagi Komunikasi, Seni dan Budaya itu sebaliknya memberi amaran, sekiranya Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun tidak mengambil pendirian yang lebih positif dalam hal berkenaan maka rakyat akan hilang kepercayaan terhadap laporan sidang Parlimen. Seterusnya hilang kepercayaan terhadap institusi Parlimen itu sendiri.

 

"Kehadiran media di Parlimen penting, terutama dari sudut kebebasan bersuara. Malah yang saya risau arahan ini bakal menimbulkan salah faham dengan membayangkan Parlimen mengekang kebebasan bersuara dan hanya membenarkan pandangan rasmi sahaja diterbitkan.

 

"Masa masih ada, dan saya lihat Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, boleh membetulkan keadaan. Saya memohon agar Datuk Speaker mempertimbang semula arahan yang dikeluarkan pentadbiran Parlimen ini, bukan sahaja demi kebebasan bersuara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga demi kemuliaan Dewan Rakyat itu sendiri," katanya lagi.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/hanya-15-media-buat-liputan-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 15 Media Sahaja Dibenarkan Masuk Dewan Parlimen Pada 2 Nov 2020 Nanti

Hanya 15 Media Sahaja Dibenarkan Masuk Dewan Parlimen Pada 2 Nov 2020 Nanti

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 266 hits
PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT BERIKUTNYAADALAH PADA 2 NOVEMBER 2020A LATAR BELAKANG Berdasarkan negara masih lagi dilanda COVID19 langkah langkah keselamatan perlu dipatuhi B LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN 1 Hanya 2 or 4 orang sahaja bagi setiap or...
Apa Tujuannya Zahid Dakwa Hanya Tahu Ku Li Menghadap Agong Petang Tadi Menerusi Media

Apa Tujuannya Zahid Dakwa Hanya Tahu Ku Li Menghadap Agong Petang Tadi Menerusi Media

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR UMNO tidak mengetahui Pengerusi Jemaah Penasihatnya Tengku Razaleigh Hamzah dibenarkan menghadap Yang di Pertuan Agong sehingga ia berlaku kata presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Saya tidak tahu mengenainya Saya hanya...
Parlimen Tidak Tergantung Hanya Dengan Proklamasi Darurat

Parlimen Tidak Tergantung Hanya Dengan Proklamasi Darurat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 324 hits
PARLIMEN tidak boleh digantung dengan hanya proklamasi darurat Ini kerana Perkara 150 membenarkan Parlimen bersidang dalam tempoh darurat Contoh yang lebih mudah ialah pengalaman semasa proklamasi darurat 1969 Dalam tahun itu Parlimen dibub...
Macam Kena Kencing Aje Anwar Kata Saya Hanya Persembah Dokumen Sokongan 38 Ahli Parlimen Pkr

Macam Kena Kencing Aje Anwar Kata Saya Hanya Persembah Dokumen Sokongan 38 Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 685 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau sudah mengemukakan senarai nama penuh ahli Parlimen yang menyokongnya ketika menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara pada Selasa l...
Agenda Pertemuan Khas Dengan Agong Bukan Persembahkan Jumlah Sokongan Ahli Parlimen

Agenda Pertemuan Khas Dengan Agong Bukan Persembahkan Jumlah Sokongan Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dija dualkan menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara pukul 11 pagi ini Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk ...
Anwar Dakwa Lebih 120 Ahli Parlimen Sokong Beliau Agong Akan Jumpa Dengan Ketua Parti

Anwar Dakwa Lebih 120 Ahli Parlimen Sokong Beliau Agong Akan Jumpa Dengan Ketua Parti

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 481 hits
KUALA LUMPUR Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Yang di Pertuan Agong akan menemui pemimpin parti politik dalam beberapa hari ini selepas beliau menyerahkan dokumen untuk membuktikan sokongan ahli Parlimen kepada Sultan Abdu...
Terkini Istana Negara Sahkan Anwar Ibrahim Tidak Serah Bukti Sokongan Ahli Parlimen

Terkini Istana Negara Sahkan Anwar Ibrahim Tidak Serah Bukti Sokongan Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 606 hits
Apa yang berlaku sebenarnya Apa yang diserahkan Presiden PKR kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah sebenarnya Persoalan ini timbul apabila Berita Harian ada naikkan satu berita yang menyatakan pihak Istana Negara tidak menerima se...
Anwar Kemuka Jumlah Sokongan Ahli Parlimen Tanpa Nama Istana Negara

Anwar Kemuka Jumlah Sokongan Ahli Parlimen Tanpa Nama Istana Negara

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau kepada Istana Negara tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan...
Lebih 120 Anggota Parlimen Sokong Beri Ruang Ydpa Untuk Menelaah Dokumen Anwar

Lebih 120 Anggota Parlimen Sokong Beri Ruang Ydpa Untuk Menelaah Dokumen Anwar

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 365 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat sokongan lebih dari 120 Anggota Parlimen dan bukti itu disertakan dalam dokumen yang dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahma...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto