Hantu Sprm Bangkai Punya Cerita Hahahaha


Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam pembelaannya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memberitahu bahawa bekas pegawai khas politiknya, terpaksa mengaitkan beliau dalam tuduhan rasuah RM3 juta bagi melepaskan diri daripada pertuduhan rasuah

Mohd Isa berkata Muhammad Zahid Md Arip memberitahunya bahawa dia terlalu tertekan kerana diganggu ‘hantu’ di sel tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan terpaksa bertindak sedemikian

“Saya jumpa dia (Muhammad Zahid) semasa bapa saudaranya meninggal dunia (kenalan Mohd Isa) pada 2018, saya bertanya khabar serta menegurnya mengapa kelihatan kurus. Dia kata semasa dalam tahanan reman ada macam-macam benda

“Dia ditahan di bangunan lama SPRM, dia kata salah satu sel berhantu. Disebabkan ketakutan dan tertekan dia terpaksa ‘implicate’ (membabitkan) nama saya untuk melepaskan dirinya,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya Datuk Salehuddin Saidin pada hari pertama prosiding bela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata beliau meminta Muhammad Zahid membetulkan kenyataan yang mengaitkannya itu, namun perkara itu tidak berlaku

“Saya memintanya (Muhammad Zahid) betulkan, dia kata akan buat tetapi tiada ada apa berlaku sehingga saya berjumpanya di pejabat SPRM. Saya katakan lagi “Zahid betulkan sebelum bawa ke mahkamah sebab ini soal maruah saya”. Dia kata “kejap saya buat” tetapi tiada apa yang berlaku sehingga saya dibawa ke mahkamah,” katanya

Kata Mohd Isa, beliau meminta Muhammad Zahid yang juga saksi pendakwaan ke-16 itu membetulkan kenyataan tersebut kerana beliau tidak terlibat dalam kes rasuah berkenaan

Sementara itu, Mohd Isa berkata Muhammad Zahid menggalas tugas sebagai pegawai khas politiknya pada 2011 hingga 2016 dan pelantikan itu atas permintaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

"Saya bagi dia jawatan (pegawai khas politik) walaupun hati kecil ini tidak minat (Muhammad Zahid), sebab rekod dia tidak elok, suka lompat-lompat (politik)

"Perangai dia memang begitu, dia mesti nak lepaskan diri. Sebab itu dalam politik dia lompat-lompat di mana ada keuntungan, di situ dia akan pergi. Itu peribadi dia, style (perangai) dia," katanya

Menurut Mohd Isa, beliau memecat Muhammad Zahid sebagai pegawai khas politiknya kerana saksi pendakwaan ke-16 itu menyokong Pakatan Harapan

Ditanya Salehuddin, adakah Muhammad Zahid menyerahkan wang sebanyak sembilan kali berjumlah RM3 juta di atas meja di pejabat tertuduh di tingkat 49 Bangunan Felda, Mohd Isa menjawab: "Perkara itu tidak pernah berlaku dan mustahil berlaku"

Mohd Isa berkata biliknya dikunci menggunakan kod khas dan hanya polis bantuan serta bekas setiausahanya Zuraida Ariffin@Shaari sahaja mempunyai kod tersebut

"Saya juga tidak ingat kod bilik saya, sekiranya saya masuk ke pejabat, Zuraida akan terlebih dahulu membuka dan menyiapkan bilik saya. Ketika ketiadaan saya, tiada orang dibenarkan masuk ke bilik saya dan selain dari waktu tersebut, pejabat saya akan ditutup

“Saya juga tidak berada di pejabat sepanjang masa memandangkan saya mempunyai banyak urusan luar. Zuraida juga akan sentiasa berada di pejabat sekiranya saya masuk ke pejabat kerana beliau akan menguruskan keperluan dan jadual saya di pejabat," katanya

Mohd Isa berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada ahli lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel menerusi Muhammad Zahid, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada RM160 juta

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai, 2014 dan 11 Dis, 2015

Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/08/hantu-sprm-bangkai-punya-cerita-hahahaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Punya Bangkai Bendanyang Terbukti Sekeliling Banyak

Apa Punya Bangkai Bendanyang Terbukti Sekeliling Banyak

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 288 hits
Sharidah Sh AbdullahPengampunan yg diberi ke atas jenayah yang x de bukti nak cabar Tu yang bukti berlambak mencuri bebas x de lak sapa nk cabar Kisah seks shj ke yg penting dlm masyarakat Malaysia ni Bangsa tak malu Meluat sungguh Puluhan ...
Cerita Saat Baim Wong Punya Hutang Rp 1 5 Miliar Dan Dituduh Menipu

Cerita Saat Baim Wong Punya Hutang Rp 1 5 Miliar Dan Dituduh Menipu

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 400 hits
Pada 2012 Baim Wong harus menelan pil pahit Saat itu Baim Wong membuka restoran Pablo di daerah Kemang Jakarta Tidak lama setelah itu restoran tersebut tutup dan ia berhutang Rp 1 5 miliar Baim Wong pun harus menanggung hutang tersebut Akan...
Ekonomi Nyungsep Minus 5 32 Gnpf Kalau Masih Punya Malu Jokowi Mundur

Ekonomi Nyungsep Minus 5 32 Gnpf Kalau Masih Punya Malu Jokowi Mundur

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 253 hits
Laju pertumbuhan ekonomi Indonesia yang pada kuartal II 2020 terperosok cukup dalam ikut dikomentari Sekretaris Jendral Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Ulama Edy Mulyadi Menurutnya nilai pertumbuhan ekonomi yang minus 5 32 persen pada kuart...
Tiktok Masih Aman Bagi Indonesia Pemerintah Sebut Punya Ini

Tiktok Masih Aman Bagi Indonesia Pemerintah Sebut Punya Ini

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 303 hits
Pemerintah Indonesia melalui Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Komunikasi telah menetapkan tidak akan menutup aplikasi TikTok di tengah ramainya beberapa negara melakukan larangan penggunaan TikTok Menurut pemerintah belum ada pelangg...
Guspardi Gaus Prihatin Gibran Dan 30 Calon Lain Berpotensi Punya Lawan Tak Berotak

Guspardi Gaus Prihatin Gibran Dan 30 Calon Lain Berpotensi Punya Lawan Tak Berotak

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 478 hits
Sebanyak 31 pasangan calon berpotensi melawan kotak kosong pada Pilkada Serentak 2020 Hal ini membuat anggota Komisi II DPR Guspardi Gaus merasa prihatin Ini menurut saya merupakan preseden buruk dalam rangka pendidikan politik dan pendidik...
Klaim Punya 10 000 Suara Di Solo Partai Berkarya Menunggu Pendekatan Dari Gibran

Klaim Punya 10 000 Suara Di Solo Partai Berkarya Menunggu Pendekatan Dari Gibran

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 238 hits
Belum ada yang lobi lobi Tapi sudah saya sarankan mendukung calon yang kira kira ngrungkepi partai partai yang ada di Solo ujar Suwito
Siap Ditinggal Pensiun Pendahulunya Kini Kota Di Selandia Baru Bakal Punya Penyihir Resmi Lagi

Siap Ditinggal Pensiun Pendahulunya Kini Kota Di Selandia Baru Bakal Punya Penyihir Resmi Lagi

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 331 hits
Unik banget nih kota Christchurch di Selandia Baru punya penyihir resmi yang diangkat pemerintah jadi pekerjaan Kalau di sini kayak dukun gitu deh cuma beda aja
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025