Hantavirus Boleh Ancam Negara Jangkitan Bawaan Tikus



Hantavirus adalah suatu penyakit yang disebabkan virus Hanta. Wabak pertama ini ditemui ketika Perang Korea antara 1950 dan 1953. Di Amerika pula, ia pernah dikesan pada 1993

Virus RNA ini adalah virus zoonotik yang berasal daripada jangkitan dari roden mamalia seperti tikus

Jangkitan ini menjadi kembali popular, selepas terdapat kes kematian lelaki dari warga China, pada 25 Mac lalu

Ia sekali gus membimbangkan masyarakat sekiranya virus itu merebak ke luar negara China seperti pandemik COVID-19

Setakat ini, kadar jangkitan tikus akibat Hantavirus ini adalah rendah dan kajian kecil sudah dijalankan beberapa kali di Malaysia seperti Pulau Pinang, Klang, Perlis dan Kelantan, iaitu membuat uji kaji ke atas yang mempunyai virus itu dalam badannya

Misalnya, Kajian Hamdan et al, pada 2017 dalam jurnal Tropical Life Sciences Research di Sarawak, menunjukkan jumlah roden terinfeksi virus ini masih kecil

Bagaimanapun, Malaysia tetap perlu berjaga-jaga untuk mengelakkan wabak yang besar. Sementara Zana et al. pada tahun lalu, di dalam jurnal International Journal of Infectious Diseases, menunjukkan evolusi virus, di mana virus itu juga dikesan dalam tisu paru-paru kelawar

Dijangka terdapat sekitar 150,000 kes setiap tahun dan separuh daripadanya berlaku di China

Beberapa kes berlaku secara kecil, akibat virus ini di beberapa negara seperti India, Afrika, Asia Timur tetapi kematian ini tidak dilaporkan

Tempoh inkubasi penyakit adalah satu hingga lima minggu. Sehingga kini, masih tiada rawatan khas atau vaksin yang ada untuk penyakit ini


Kenali virus Hanta
Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata virus ini berasal daripada genus Hantavirus, dari keluarga Bunyaviridae. Virus ini merebak terutamanya dari tikus (haiwan reservoir juga dikenali sebagai hos). Ia boleh mengakibatkan kadar kematian yang tinggi hampir 35 peratus dan kadar kematian adalah lebih tinggi dalam kalangan golongan lebih berusia

Katanya, virus ini mengakibatkan gejala ringan seperti demam, sakit badan dan keletihan umum

“Sehingga ke manifestasi parah iaitu pendarahan teruk dengan kegagalan buah pinggang dan kesukaran bernafas jika jangkitan ke paru-paru terjadi

“Dua kesan utama iaitu demam berdarah dengan kegagalan buah pinggang (Haemorrhagic Fever With Renal Syndrome) yang berlaku di Russia, China, Korea, dan Eropah Barat

“Jenis kedua ialah jangkitan ke paru-paru (Hantavirus Pulmonary Syndrome) dan berlaku di Amerika (negara seperti Kanada, Amerika, Argentina, Brazil, Chile, Panama)

“Cara merebaknya ialah melalui inhalasi aerosol tercemar hasil kencing, najis tikus, memakan daging tikus (negara-negara tertentu masih memakan tikus), dan jika digigit tikus

“Kencing dan najis tikus terinfeksi berbahaya jika tercemar ke makanan, minuman, air mandi harian, tempat air bertakung dan sebagainya

“Ini lebih mudah berlaku jika terdapat luka pada manusia yang berhubung dengan najis atau air kencing tikus itu," katanya

Perbezaan dengan Coronavirus (COVID-19)
Beliau menjelaskan, punca jangkitan penyakit COVID-19 adalah berasal dari kelawar, manakala Hantavirus dari tikus terinfeksi

Katanya, sehingga kini tiada rawatan atau vaksin khas, di mana kaedah rawatannya adalah berdasarkan gejala penyakit, sama seperti COVID-19

“Cara rebakan adalah berbahaya, misalnya coronavirus boleh merebak melalui titisan air (droplets) yang terawang-awang di udara, merebak dari manusia ke manusia lain

Juga melalui sentuhan langsung dengan permukaan tercemar virus seperti meja, pemegang pintu dan besi yang mana virus ini ditinggalkan. Ini menyebabkan COVID-19 dianggap lebih berbahaya dan sangat mudah merebak secara langsung dari individu ke individu yang lain,” katanya

Cara virus Hanta merebak
Virus Hanta merebak melalui kontak langsung, aerosol tercemar dengan hasil najis, air liur, air kencing, digigit tikus atau memakan tikus

Pemindahan jangkitan daripada individu kepada individu lain adalah sangat jarang dan bukan diketahui sebagai punca jangkitan utama

“Oleh demikian, kemungkinan virus ini merebak sebagaimana pandemik COVID-19 adalah sangat sukar berlaku setakat ini

“Kedua-dua virus boleh menjangkiti paru-paru. Jika hantavirus ini menjangkiti paru-paru, kesannya kelihatan seperti Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) seperti yang disebabkan oleh COVID-19 kemungkinan boleh berlaku

Cara pencegahan
Dr Sharifa Ezat berkata, dalam mengekang penularan Hantavirus, seseorang harus mengelakkan daripada bersentuhan dengan najis, air kencing atau tikus secara langsung

"Kita hendaklah sentiasa memastikan dalam rumah, pejabat, di keliling rumah, kawasan tempat tinggal, dan tempat bekerja tidak mempunyai sarang tikus atau mempunyai pembiakan tikus yang aktif

“Sampah, barang-barang terbuang dan makanan jangan dibiarkan tidak diurus di sekeliling rumah supaya haiwan itu tidak mempunyai sumber makanan atau membiak

Diingatkan juga supaya berhati-hati ketika menangkap tikus kerana tikus boleh menggigit, kencing dan virus ini akan merebak ke udara bila bercampur air dan udara terdedah," katanya

Kaedah lain
Katanya, memakai sarung tangan dan topeng muka
sangat digalakkan digunakan sewaktu proses pembersihan dan penangkapan tikus berlaku

Sementara najis dan air kencing tikus jangan disapu atau divakum

“Cara yang disarankan ialah nyah cemar najis, air kencing dengan pembasmi kuman (contoh kawasan disembur dengan Clorox), kemudian mengelap najis dan membuang kain atau tisu yang sudah digunakan," katanya.

Sumber: BH Online

from Sehinggit Media https://ift.tt/3bnMik0
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/hantavirus-boleh-ancam-negara-jangkitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyakit Bawaan Siput Gondang Boleh Dimakan Tetapi Bahaya Menanti Anda

Penyakit Bawaan Siput Gondang Boleh Dimakan Tetapi Bahaya Menanti Anda

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 372 hits
Oleh Dr Hasnun Nita Ismail Fakulti Sains Gunaan UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah Siput gondang mempunyai taburan yang sangat meluas di negara kita Asal sahaja kawasan berair tawar dan dipenuhi dengan tumbuh tumbuhan akuatik sudah menjadi ha...
Covid 19 Negara Dijangka Terus Berperang Hingga Tahun Hadapan

Covid 19 Negara Dijangka Terus Berperang Hingga Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 353 hits
Negara dijangka terus berdepan dengan pandemik Covid 19 sehingga tahun hadapan Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIMPUTRAJAYA Negara dijangka akan terus berperang dengan pandemik koronavirus sehingga tahun hadapan Ketua Pengarah Kesihata...
Sempat Tabur Bakti Buat Negara Frontliner Kakitangan Kkm Meninggal Dunia Anak Mohon Maaf Bagi Pihak Ayah

Sempat Tabur Bakti Buat Negara Frontliner Kakitangan Kkm Meninggal Dunia Anak Mohon Maaf Bagi Pihak Ayah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 362 hits
Hari ini satu berita yang cukup menyedihkan kita terima apabila dimaklumkan seorang lagi pejuang barisan hadapan kita iaitu petugas Kementerian Kesihatan Malaysia telah meninggal dunia Sempat tabur bakti buat negara frontliner kakitangan KK...
Kejayaan Hari Ini Adalah Hasil Daripada Barisan Hadapan Negara Dr Noor Hisham

Kejayaan Hari Ini Adalah Hasil Daripada Barisan Hadapan Negara Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 345 hits
Kejayaan mengekang penularan wabak Covid 19 pada hari ini adalah hasil daripada barisan hadapan negara dan juga perancangan rapi yang dilakukan Oleh itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham mengucapkan terima kasih atas usaha semua...
Covid19 Waktu Baharu Pusat Panggilan Pusat Pengurusan Operasi Negara

Covid19 Waktu Baharu Pusat Panggilan Pusat Pengurusan Operasi Negara

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 393 hits
WAKTU BAHARU PUSAT PANGGILAN PUSAT PENGURUSAN OPERASI NEGARA MKN BERMULA 20 APRIL 2020Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03 88882010 COVID19 StayAtHome MovementControlOrder PerintahKawalanPergerakan KitaMestiMenangJabatan...
Covid19 Doa Buat Wira Wira Negara

Covid19 Doa Buat Wira Wira Negara

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 1665 hits
DOA BUAT WIRA WIRA NEGARADOA BUAT WIRA WIRA NEGARA Semoga semua wira wira negara kita terus tabah menjalankan tanggungjawab kepada negara Posted by on Semoga semua wira wira negara kita terus tabah menjalankan tanggungjawab kepada negara Se...
Bang Ramlee Tunjuk Kat Mana 500 Negara Baru Itu

Bang Ramlee Tunjuk Kat Mana 500 Negara Baru Itu

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 746 hits
Apa yang berlaku kepada menteri dan timbalan menteri kesihatan sesuatu yang telah memalukan kerajaan PN Perbuatan liar dan kenyataan dangkal mereka memberi gambaran yang kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin tidak ada kelas ironis dengan ma...
Negara Asing Wajar Ikut Contoh Malaysia Bawa Pulang Rakyat

Negara Asing Wajar Ikut Contoh Malaysia Bawa Pulang Rakyat

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Malaysia sangat mengalu alukan negara luar untuk membawa pulang rakyat mereka yang tamat tempoh kuarantin di negara ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan COVID 19 ketika ini Menteri Kanan
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun

Telefilem Detik Waktu