8 Sebab Kenapa Hati Selalu Tidak Tenang Perbaiki Amalan Kita
8 Sebab Kenapa Hati Selalu Tidak Tenang, Perbaiki Amalan Kita!. Mesti kita pernah tertanya, kenapalah susah sangat nak dapat ketenangan hati, hidup sentiasa positif dan lain-lain. Hari ni saya kongsi 8 PENYEBAB kenapa kita susah untuk sentiasa kekal positif dan susah untuk mendapat ketenangan hati.
Baca: Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW Untuk Sentiasa Dilindungi Dari Penyakit!
1. Selalu bersedih
Maksudnya, kita tidak bersedih atas sesuatu perkara sehingga melampau-lampau. Contohnya kematian. Betul, memang sedih. Tetapi tidaklah melampau-lampau sehingga meratap dan seumpamanya. Sebab ia akan mengganggu ketenangan hati dan hidup sentiasa negatif.
2. Rasa gelisah
Gelisah ini biasanya berkaitan dengan dosa. Sebab Rasulullah pernah beritahu dalam satu hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad, yang mana dosa adalah segala perkara yang membuatkan kita gelisah dan tak nak orang tahu. Maka, bertaubatlah!
3. Malas
Ini sikap yang semua orang maklum bahawa ia akan menjadi penyebab utama kita susah nak positif, dan hilang ketenangan. Sebab banyak kerja tertangguh.
4. Lemah
Rasulullah pernah menyebut dalam suatu hadis riwayat Muslim dan Ahmad, yang mana Allah lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. Hidup jangan lembik je.
5. Pengecut
Hidup kena berani, apatah lagi bila berhadapan perkara yang kita tak suka. Jangan jadi pengecut, lebih-lebih lagi kalau kita dah buat salah. Kena berani hadapi.
6. Bakhil
Apabila kita sentiasa kedekut, percayalah, hidup kita tak akan tenang, malah kita sentiasa akan merasa negatif dengan orang di sekeliling.
7. Cengkaman hutang
Yang ini pun ramai sedia maklum. Berhutang ini membuatkan kita rasa gelisah, hidup tak tenang, rasa serba salah, dan macam-macam lagi.
8. Dipersenda orang
Apabila kita lemah, malas dan sentiasa bersedih, akan ada kemungkinan besar bahawa hidup kita akan sentiasa ditindas orang. Dan bila kita selalu di tindas, itu yang menyebabkan kita sentiasa rasa negatif dengan kehidupan, rasa sedih, gelisah, dan seumpamanya.
Dan lebih menarik, semua ini adalah dalam doa perlindungan di dalam al-Mathurat.
Kalau kita selalu baca al-ma’thurat, inshaAllah kita akan selalu baca doa minta perlindungan daripada perasaan bersedih dan gelisah, sikap malas dan lemah, jiwa pengecut dan bakhil serta keadaan cengkaman hutang dan penindasan manusia.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Denaihati.com
The post 8 Sebab Kenapa Hati Selalu Tidak Tenang, Perbaiki Amalan Kita! appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/8-sebab-kenapa-hati-selalu-tidak-tenang-perbaiki-amalan-kita/