Hantaran Sepadan Kos Belanja Kahwin


Hal perkahwinan atau 'membina masjid' merupakan satu kewajipan bagi pasangan yang berkemampuan dari segi rohani dan jasmani. Tetapi pernahkan terfikir, selama ini khususnya ibu bapa dan juga pasangan yang ingin berkahwin kini beranggapan perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah malah ia sesuatu yang menyusahkan. Ini kerana senario wang hantaran perkahwinan yang dikenakan oleh pihak perempuan sekarang ini pastinya tidak kurang daripada RM5,000. Bayangkanlah perbelanjaan daripada majlis pertunangan, persiapan kenduri dengan pelaminnya, persiapan pasukan kompang dan banyak lagi, mungkin jika dibuat pinjaman, sehingga sudah beranak pinak pun, pinjaman bank masih belum tentu habis dibayar

Pendek kata, kalau setakat belanja perkahwinan sebanyak RM10,000, ia satu jumlah yang belum cukup sempurna dengan harga pelbagai barangan ketika ini cukup mahal. Tetapi jika dilihat kembali tujuan mengadakan kenduri kahwin ia adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya untuk mengelakkan fitnah. Senario hari ini tidak boleh dibandingkan dengan senario 10 tahun yang lalu. Hal ini kerana, keadaan banyak sudah berubah termasuk harga barangan yang semakin hari semakin naik

Kita berbicara mengenai hal ini pada zaman milineum di mana sekiranya sesuatu majlis perkahwinan diadakan di bandar-bandar besar, paling minimum pun ia memerlukan sekurang-kurangnya RM15,000 yang merangkumi makanan untuk jemputan seramai 500 orang, kad jemputan, kanopi dan pelamin. Jika hendak dibandingkan dengan kawasan luar bandar, perbelanjaannya mungkin murah sedikit tetapi tidak kurang daripada RM7,000. Kos tersebut sedikit sebanyak disebabkan harga barangan keperluan yang semakin meningkat serta kos hidup yang tinggi. Oleh yang demikian, wang hantaran merupakan satu keperluan semasa yang dilihat mampu meringankan beban untuk mengadakan kenduri kendara

Tidak dinafikan, wang hantaran yang semakin meningkat tinggi disebabkan trend-trend semasa di mana rata-rata jumlahnya tidak kurang daripada RM5,000. Bagaimanapun, memadai sekiranya wang hantaran yang dikenakan sekitar RM8,000 hingga RM10,000. Ada beberapa pasangan ibu bapa yang berpendapat wang hantaran tinggi pada zaman ini adalah sepadan dengan perbelanjaan serta persedian untuk majlis perkahwinan. Tiada istilah wang hantaran tinggi jika hendak dibandingkan dengan harga barangan yang semakin meningkat hari ini. Tetapi bagaimanapun, ia (wang hantaran) juga haruslah berpada-pada jangan hinggakan ada yang beranggapan 'menjual anak'. Seelok-eloknya wang hantaran di bawah RM10,000 kerana sekiranya lebih daripada jumlah tersebut pandangan masyarakat mungkin melihat ia seolah-olah kita 'menjual anak' (sekiranya sebelah pengantin perempuan). 
Tetapi jika dilihat kembali dengan serba serbi yang semakin meningkat jumlah tersebut dilihat bukanlah satu jumlah yang tinggi, malah ia tidak membebankan kerana hari ini rata-rata ramai yang sudah mempunyai kerjaya yang mantap. Walaupun begitu, hari ini dapat dilihat senario ibu bapa 'berlumba-lumba' meletakkan harga wang hantaran anak perempuan mereka seperti menjadi satu trend. Malah tidak dinafikan bahawa isu wang hantaran sering menghantui pasangan sebelum berkahwin terutama kaum lelaki

Sebaik-baiknya kos perkahwinan perlu sederhana dan mengikut kemampuan seseorang dan perbelanjaan yang ingin dikeluarkan perlu difikirkan dengan baik agar tidak menjadi beban selepas berkahwin. Sekiranya kos perkahwinan tinggi, pihak lelaki dan perempuan boleh berbincang lagi pun pada zaman sekarang semua perkara boleh dibawa berbincang untuk kebaikan bersama. Seseorang lelaki yang hendak mendirikan rumah tangga mesti membuat persiapan dan mula menyimpan duit daripada awal. Wang hantaran sememangnya menjadi tanggungjawab pihak lelaki untuk dipenuhi. Jika dilihat dari sudut kebaikannya, ia umpama persediaan awal seseorang bakal suami untuk menanggung tanggungjawab sebelum memulakan kehidupan berkeluarga. Pastinya usaha mengumpul wang hantaran ini mampu mengajar tanggungjawab sebenar si lelaki sebelum bergelar suami yang bakal menanggung isteri dan bakal anak-anak

Secara amnya, wang memainkan peranan penting dan berperanan utama dalam setiap urusan kehidupan tidak kira walau di mana kita berada, sama ada duduk di bandar ataupun kampung.

- UMO

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://izzuddin-shah.blogspot.com/2013/01/hantaran-sepadan-kos-belanja-kahwin_2197.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takde Duit Hantaran Mas Kahwin Je Wanita Kongsi Kahwin Bajet Bawah 9k

Takde Duit Hantaran Mas Kahwin Je Wanita Kongsi Kahwin Bajet Bawah 9k

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 1309 hits
Apabila bercakap mengenai hal perkahwinan semestinya banyak perkara yang perlu difikirkan oleh bakal pengantin untuk memastikan majlis di hari bahagia berjalan dengan lancar Jika ingin mendirikan rumah tangga juga pastinya duit menjadi perk...
Dah Empat Kali Tangguh Kahwin Last Terpaksa Putus Tunang Selepas Disahkan Hidap Kannser

Dah Empat Kali Tangguh Kahwin Last Terpaksa Putus Tunang Selepas Disahkan Hidap Kannser

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 487 hits
Hidup tak selalunya indah langit tak selalunya cerah Begitulah gambaran nasib malang seorang pemuda apabila rancangannya untuk berkahwin dengan gadis pilihan terpaksa dilupakan Kalau sudah tertulis bukan jodoh selepas niat mahu mendirikan m...
Nak Kahwin Tahun Depan Tapi Tak Cukup Duit Lagi Ikut Tips Yang Dikongsi Lelaki Ini

Nak Kahwin Tahun Depan Tapi Tak Cukup Duit Lagi Ikut Tips Yang Dikongsi Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 950 hits
Nak Kahwin Tahun Depan Tapi Tak Cukup Duit Lagi l Sempena cuti sekolah sekarang ini ramai yang mengambil kesempatan untuk berkahwin Tahniah kepada yang dah berjaya bina rumah tangga Yang masih lagi single teruskan misi korang untuk mencari ...
Ramai Terkejut Gaun Kahwin Puteri Diana Hilang

Ramai Terkejut Gaun Kahwin Puteri Diana Hilang

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 398 hits
Ramai Terkejut Gaun Kahwin Puteri Diana Hilang Gaun perkahwinan Lady Diana dengan Putera Charles jadi salah satu yang paling ikonik sepanjang sejarah Kecantikan Lady Diana di hari pernikahannya pada 29 Juali 1981 itu jadi momen yang paling ...
Nafkah Couple 2019 Tak Payah Kahwin Pun Dapat Nafkah Duit Dari Kekasih Hati

Nafkah Couple 2019 Tak Payah Kahwin Pun Dapat Nafkah Duit Dari Kekasih Hati

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 727 hits
Yang peliknya pada masa kini ada satu trend merepek ini iaitu nafkah couple dalam kalangan pasangan muda baru bercintaKonsep nafkah couple atau kapel ini sama sahaja seperti nafkah suami isteri yang mana akan diberi setiap bulan dan mengiku...
Nafkah Kapel Utamakan Mak Ayah Dulu Trend Mengarut Belum Kahwin Dah Sibuk Nak Bagi Nafkah Couple

Nafkah Kapel Utamakan Mak Ayah Dulu Trend Mengarut Belum Kahwin Dah Sibuk Nak Bagi Nafkah Couple

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 889 hits
Nafkah kapel Utamakan Mak Ayah Dulu Trend mengarut Belum kahwin dah Sibuk nak bagi nafkah couple Semakin menjadi jadi kepelikan anak anak muda kita zaman sekarang pelbagai trend baru yang diperkenalkan ada yang boleh diterima akal namun ada...
Qi Razali Mahu Teman Wanita Kejar Cita Cita Sebelum Kahwin

Qi Razali Mahu Teman Wanita Kejar Cita Cita Sebelum Kahwin

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 990 hits
Qi Razali mahu teman wanitanya Nia Atasha mengejar impian dalam kerjayanya sebelum mendirikan rumah tangga Pengacara dan pelakon Qi Razali memberitahu masih terlalu awal untuk dia dan teman wanitanya Nia Atasha Rosli memikirkan hasrat mendi...
Syed Saddiq Forced To Back Government Or Face Prosecution Claims Ally

Perdana Menteri Merasmikan Alamanda Berwajah Baharu Bernilai Rm 100 Juta

Mencari Tuhan Di Sebalik Dosa

Entering A Competitive Market

Gobind Calls For Restraint Amid Dewi Sri Pathrakaliamman Temple Relocation Talks

Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025 Penutupan Operasi

Iftar Kl 2025 Meriah Dengan Pelbagai Pengisian Kerohanian Aktiviti Menarik Sempena Ramadan

Malaysia Bukan Lagi Destinasi Pilihan Utama Warga Indonesia Untuk Cari Peluang Kerja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuala Krai Residents On High Alert After Elephant Attack Injures Elderly Woman And Perhilitan Officer

Nutp Lega Kpm Jamin Projek Sekolah Bertingkat Tak Abai Keselamatan

Surfing The Net

888 Pg 888 Top 52 By Modesto Gaojing888 Biz 27 25

Malam Lailatul Qadar

Semak Ncd Kereta Anda Dengan Mudah Panduan Ringkas 2025