Qi Razali Mahu Teman Wanita Kejar Cita Cita Sebelum Kahwin





Qi Razali mahu teman wanitanya, Nia Atasha mengejar impian dalam kerjayanya sebelum mendirikan rumah tangga.

Pengacara dan pelakon Qi Razali memberitahu masih terlalu awal untuk dia dan teman wanitanya, Nia Atasha Rosli memikirkan hasrat mendirikan rumah tangga walaupun ada merancang untuk ke arah itu.

Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 42, berkata, dia mahu Nia mengejar cita-citanya terlebih dahulu memandangkan kerjayanya dalam bidang seni baharu sahaja bermula.

"Perancangan berkahwin itu memang ada tetapi buat masa sekarang saya tidak berani untuk katakan bila namun yang pasti bukan tahun ini.

"Nia masih muda malah kerjayanya dalam bidang seni juga baru bermula jadi rasanya biarlah dia mengejar impiannya terlebih dahulu.

"Pada tahap ini banyak perkara yang boleh Nia cuba tambahan pula saya sendiri pun ada beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online.



Qi memberitahu OAG bakal mengadakan konsert pada 27 April ini.

Qi ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharu penyanyi Aina Abdul berjudul Sumpah baru-baru ini.

Bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu juga muncul sebagai pelakon dalam muzik video lagu tersebut.

Dalam pada itu, sebagai seorang yang berpengalaman dalam dunia hiburan, Qi mengakui ada mengingatkan teman wanitanya itu agar sentiasa bijak membawa diri selain berpesan agar dia sentiasa fokus kepada objektifnya menceburkan diri dalam bidang seni.

Kata Qi, sebagai teman lelaki dia berbangga dengan Nia kerana walaupun usianya baharu sahaja mencecah 22 tahun namun wanita itu bijak membawa diri selain membezakan baik dan buruk.



Qi muncul dalam muzik video terbaharu penyanyi Aina Abdul berjudul Sumpah.

"Bidang hiburan ini jika kita tidak bijak bawa diri ia mungkin akan memakan diri kita kembali... Saya ada berpesan kepadanya agar sentiasa fokus dalam menggapai cita-cita.

"Alhamdulillah apa yang saya tengok dia seorang yang kuat dan sentiasa terbuka dalam belajar perkara baru," ujarnya yang sudah menjalinkan hubungan cinta dengan Nia sejak dua tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Qi berkata, dia kini sedang sibuk menjalani latihan bersama kumpulan OAG untuk konsert mereka pada Festival KL Jamm yang bakal berlangsung pada 27 April ini.

Kata Qi, sebagai menghargai peminat mereka juga bakal melancarkan single terbaharu berjudul Infiniti tidak lama lagi.

Selain itu, Qi juga bakal muncul dalam sebuah drama terbitan Viu berjudul Devoted.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/qi-razali-mahu-teman-wanita-kejar-cita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Wajah Sebelum Kahwin Elok Elok Guna Tepung Beras Dan Tomato Untuk Kecilkan Pori Dan Licinkan Kulit

Jaga Wajah Sebelum Kahwin Elok Elok Guna Tepung Beras Dan Tomato Untuk Kecilkan Pori Dan Licinkan Kulit

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 381 hits
Jaga Wajah Sebelum Kahwin Elok Elok Guna Tepung Beras Dan Tomato Untuk Kecilkan Pori Dan Licinkan Kulit Selain penjagaan mencuci wajah dengan tiga langkah pemakaian masker juga penting untuk membuat rawatan kecantikan sendiri di rumah Tidak...
Nelayan Dituduh Membunuh Teman Wanita

Nelayan Dituduh Membunuh Teman Wanita

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 484 hits
GEORGE TOWN Seorang nelayan hari ini didakwa membunuh Surinder Kaur Bedi Kirpal Singh di tepi jalan di Bayan Lepas Sabtu lalu Ali Ahmad 55 didakwa melakukan kesalahan itu antara 10 malam dan 11 45 malam di tepi Persiaran Bayan Indah berhamp...
Tikam Alat Sulit Teman Wanita Suami Isteri Dipenjara 8 Tahun

Tikam Alat Sulit Teman Wanita Suami Isteri Dipenjara 8 Tahun

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 955 hits
Susulan dari kejadian seorang isteri menikam alat sulit teman wanita kepada suaminya selepas berpura pura bersetuju diajak mengadakan hubungan seks secara berangkai pada 24 Mac lalu tertuduh yang bekerja sebagai pelayan kopi berusia 46 tahu...
Kenapa Buat Bukan Bukan Belakang Aku Tular Video Lelaki Rempuh Teman Wanita

Kenapa Buat Bukan Bukan Belakang Aku Tular Video Lelaki Rempuh Teman Wanita

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 447 hits
Astro Awani Rakaman video berdurasi 1 minit 19 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial dan sehingga kini telah ditonton lebih 500 ribu kali Gambar dari rakaman video SEBUAH rakaman video memaparkan kejadian seorang lelaki be...
Lelaki Bakar Diri Sendiri Gaduh Dengan Teman Wanita

Lelaki Bakar Diri Sendiri Gaduh Dengan Teman Wanita

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 292 hits
NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI 19 Mac 2019 9 36 PM SITIAWAN ndash Seorang lelaki nyaris maut selepas dia bertindak membakar dirinya dipercayai berpunca daripada pergaduha
Takde Duit Hantaran Mas Kahwin Je Wanita Kongsi Kahwin Bajet Bawah 9k

Takde Duit Hantaran Mas Kahwin Je Wanita Kongsi Kahwin Bajet Bawah 9k

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 1321 hits
Apabila bercakap mengenai hal perkahwinan semestinya banyak perkara yang perlu difikirkan oleh bakal pengantin untuk memastikan majlis di hari bahagia berjalan dengan lancar Jika ingin mendirikan rumah tangga juga pastinya duit menjadi perk...
Kejaya Jacinda Ardern Sebelum Menjadi Pemimpin Wanita Pertama Di Dunia Pada Usia 37 Tahun Buat Ramai Terkejut

Kejaya Jacinda Ardern Sebelum Menjadi Pemimpin Wanita Pertama Di Dunia Pada Usia 37 Tahun Buat Ramai Terkejut

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 548 hits
Kejaya Jacinda Ardern Sebelum Menjadi Pemimpin Wanita Pertama Di Dunia Pada Usia 37 Tahun Buat Ramai Terkejut Merupakan pemimpin termuda di dunia Jacinda Ardern mengambil alih New Zealand sebagai perdana menteri pada usia 37 tahun Ketika in...
Sayang Kahwin Dengan Ajal Dulu Baru Rancang Nak Kahwin Teman Lelaki Ma Ut Kemala Ngan

Sayang Kahwin Dengan Ajal Dulu Baru Rancang Nak Kahwin Teman Lelaki Ma Ut Kemala Ngan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 548 hits
Sayang kahwin dengan ajal dulu Baru rancang nak kahwin teman lelaki ma ut kemala ngan Setiap pasangan pasti berhasrat bagi membina rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri namun siapa kita untuk menidakkan perihal jodoh ajal dan maut yan...
Pemandu Grab Lelaki Cina Kahwin Dengan Wanita Warga Indonesia

Pemandu Grab Lelaki Cina Kahwin Dengan Wanita Warga Indonesia

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 759 hits
Pernah dengar sebelum ini pemuda berbangsa Cina negara kita berkahwin dengan wanita warga Indonesia Bagi saya ini kali pertama saya dengar Malah saya dengar sendiri dari mulut pemuda Cina tersebut Dia sendiri yang mengaku bahwa isterinya wa...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu