Hantaran Kahwin 15 Contoh Barang Eksklusif Menarik Untuk Persiapan Hari Bahagia Anda


Melakukan persiapan untuk perkahwinan tidaklah semudah yang disangka. Terdapat banyak perkara yang fikirkan dan dipertimbangkan sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini termasuklah menentukan hantaran kahwin yang perlu disediakan untuk majlis akad nikah kelak. 
Walaupun barang hantaran bukanlah perkara wajib, namun ia telah menjadi adat kebiasaan masyarakat Melayu untuk mengadakan sesi berbalas hantaran bagi meraikan pasangan.
Jadi, sekiranya anda sedang mencari idea untuk hantaran kahwin yang menarik dan eksklusif, anda boleh rujuk senarai yang kami telah buat di bawah ini. 
 Mari teruskan membaca! 
Contoh Idea Barang Untuk Hantaran Kahwin Biasanya, pihak lelaki akan memberikan tulang hantaran dalam nombor yang ganjil dan dibalas lebih dua dulang oleh pihak perempuan. Contohnya, 5 dulang daripada pihak lelaki, dibalas 7 dulang daripada pihak perempuan. 5 dibalas 7, 7 dibalas 9 dan seumpamanya.
1. Al-Quran Sebagai pasangan muslim, menghadiahkan pasangan anda dengan senaskah al-quran pasti akan menjadikannya sebagai salah satu hadiah paling bermakna.
Anda boleh memilih untuk memberikan al-quran biasa ataupun yang mempunyai terjemahannya sekali. Terdapat pelbagai warna, corak dan reka bentuk al-quran yang dijual untuk jadikan pilihan. 
Al-Quran Hanna Mirae: https://shopee.com.my/hannamiraeofficial/3540003391
2. Sejadah Selain al-quran, anda juga boleh hadiah sejadah gebu untuk pasangan. Selepas bergelar suami isteri, bolehlah pakai sejadah tersebut untuk solat berjemaah bagi meraih pahala  bersama-sama. Sebaiknya, cari sejadah yang ringan dan mudah dilipat agar boleh digubah dengan baik untuk dijadikan hantaran. 
Sejadah gebu: https://shopee.com.my/mbenterprise/12255030821
3. Set Telekung  Untuk hantaran perempuan pula, jangan lupa letakkan set telekung untuk si dia. Ada banyak pilihan telekung dengan harga yang berpatutan anda boleh pilih. Selain mudah di dapati,  telekung juga sangat mudah digubah untuk dijadikan sebagai hantaran. 
Set telekung Siti Khadijah: https://shopee.com.my/sitikhadijahofficial/15267879921
4. Tasbih Bagi melengkapkan peralatan beribadah,  anda juga boleh sertakan tasbih biasa ataupun tasbih digital untuk dijadikan sebagai pelengkap hantaran anda. 
Tasbih digital: https://shopee.com.my/aqil_syazwan2056/19912663700
5. Sirih Junjung atau Tepak Sirih Sirih junjung atau tepak sirih adalah merupakan salah satu item yang sering dijadikan sebagai barang hantaran. Ia adalah merupakan adat yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu.
Biasanya, ia akan  dijadikan ‘kepala’ hantaran. Sekiranya anda kurang mahir untuk membuat gubahan sirih junjung, usah risau. Anda boleh dapatkan yang sudah siap dijual secara dalam talian.
Sirih Junjung: https://shopee.com.my/dance_boy93/7510186308
6. Set Barang Kemas Set  barang kemas juga adalah salah satu idea menarik untuk dijadikan sebagai hantaran. Selain bersifat eksklusif, ia juga adalah merupakan pelaburan yang baik untuk pasangan anda.
Dapatkan set barangan kemas dari kedai emas ataupun, beli secara dalam talian melalui laman web yang dipercayai seperti Shopee. 
HABIB Yellow Moondrop Pastille Gemstone Diamond Necklace: https://shopee.com.my/habib.os/14009472997
7. Jam Tangan Hadiahkan jam tangan untuk melengkapkan lagi gaya pasangan anda. Sekiranya pasangan anda suka bersukan atau sedang berusaha menjaga kesihatan, anda boleh hadiahkan ‘smartwatch’ yang mempunyai pelbagai fungsi. Terdapat banyak pilihan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan juga bajet anda. 
Jam tangan couple: https://shopee.com.my/wishdoitwatch.wh.os/12803483343
8. Set Buku Pasangan anda suka buku? Inilah masanya  untuk anda menghadiahkan buku daripada penulis kegemaran ataupun buku-buku yang diidamkan oleh pasangan anda.
Atau, anda boleh hadiahkan buku resepi, buku belajar menjahit dan sebagainya. Walaubagaimanapun, elakkan memilih buku yang terlalu tebal ataupun terlalu berat kerana ia akan menyukarkan hantaran anda diangkat pula.
Set buku kombo Jejak Tarbiah: https://shopee.com.my/jejaktarbiah/10015258278
9. Set Pakaian Kerja Untuk hantaran lelaki,  anda boleh hadiahkan pasangan anda set pakaian kerja yang terdiri daripada baju kemeja dan juga seluar. Pastikan anda mengetahui saiz pasangan sebelum membuat pembelian untuk mengelakkan saiz terlalu kecil atau besar. 
Baju kemeja: https://shopee.com.my/desince/123202761
10. Kasut Kasut juga adalah merupakan salah satu item yang sering dijadikan sebagai barang hantaran kerana ia mudah untuk dijadikan sebagai hantaran. Selain itu, ia juga boleh di pakai dalam tempoh masa yang lama.
Jangan hadkan pemilihan kasut anda terhadap kasut kulit sahaja.  anda boleh memilih pelbagai jenis kasut seperti kasut sukan, kasut bola, kasut jogging, sneaker, dan sebagainya. 
Kasut Sketcher lelaki: https://shopee.com.my/skechers.os/17386708243
11. Set Wangian Menjadikan set wangian juga merupakan salah satu idea barang hantaran yang popular. Pastikan anda memilih set wangian kegemaran pasangan anda.
Selain itu, anda juga boleh gandingkannya set penjagaan diri seperti losyen badan, losyen tangan, body mist, skrub badan, dan sebagainya. 
Set penjagaan diri: https://shopee.com.my/bodyearth.os/9756089539
12.  Set Dompet & Tali Pinggang Set dompet dan juga tali pinggang adalah pilihan yang bijak untuk dijadikan sebagai hantaran kerana ia mudah digubah dan membuatkan set hantaran anda kelihatan lebih eksklusif. Biasanya, ia dijual sebagai satu set dan sudah siap bersama kotak. 
Set dompet & tali pinggang: https://shopee.com.my/fashionforeversignature/9688170974
13. Set Barangan Rumah Sekiranya anda bercadang untuk tinggal di rumah sendiri sejurus habis majlis akad nikah, bolehlah anda jadikan barangan rumah sebagai set hantaran anda.
Ini akan menjimatkan duit sekaligus masa anda untuk membeli peralatan rumah. Antara set barangan rumah yang sesuai dijadikan hantaran ialah, air fryer, blender, set pisau, set periuk dan sebagainya. 
Airfryer: https://shopee.com.my/shopmeon9/12453523210
14. Set Gadget Gadget seperti fon telinga, PS5, telefon bimbit, laptop dan sebagainya juga boleh dijadikan sebagai hantaran kahwin. Sekiranya anda takut risiko hilang atau terjatuh, anda boleh letakkan kotaknya sahaja di atas dulang hantaran. Mesti pasangan anda senyum sampai ke telinga bila dapat hantaran gadget!
Sony Playstation 5: https://shopee.com.my/jessleong91/7864756558
15. Set ‘Hobi’ Jika pasangan anda mempunyai hobi tertentu seperti memancing, anda boleh hadiahkan set pancing kepada pasangan anda. Untuk hantaran wanita pula, sekiranya si dia suka membuat kek,  anda boleh hadiahkannya oven, mixer dan seumpamanya. 
Set pancing: https://shopee.com.my/frrtc.my/14465528738


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/contoh-barang-hantaran-kahwin/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=contoh-barang-hantaran-kahwin

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Barang Hantaran Lelaki 10 Idea Item Menarik Dengan Harga Berpatutan

Barang Hantaran Lelaki 10 Idea Item Menarik Dengan Harga Berpatutan

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 224 hits
Membuat persiapan perlukan perancangan yang rapi dan tersusun Terdapat banyak persiapan yang perlu dilakukan termasuklah memilih barang hantaran untuk pihak pasangan Biasanya pihak perempuan akan memilih barang hantaran untuk lelaki dan seb...
Dah Setahun Rupanya Kahwin Alhamdulillah Saya Bahagia Kamal Adli

Dah Setahun Rupanya Kahwin Alhamdulillah Saya Bahagia Kamal Adli

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 208 hits
Setelah setahun melayari bahtera perkahwinan pelakon Kamal Adli akui bahagia bersama isteri tersayang iaitu aktres Uqasha Senrose Menurut Kamal walaupun usia perkahwinan mereka masih baharu namun perjalanan sebagai suami isteri banyak meman...
Mana Ada Isteri Bahagia Bila Suami Kahwin Lain Watak Pak Samad Kembali Viral Netizen Cakap Dah Rancang Kita Lalai

Mana Ada Isteri Bahagia Bila Suami Kahwin Lain Watak Pak Samad Kembali Viral Netizen Cakap Dah Rancang Kita Lalai

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 367 hits
Perkahwinan pengarah sensasi Syamsul Yusof dan Ira yang dilakukan di negara Thailand membuatkan nama pelakon Kazar Saisi turut sama terpalit Di media sosial video lakonan Kazar dalam drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku yang disiarkan T...
Contoh Kad Ucapan Hari Lahir Untuk Yang Tersayang

Contoh Kad Ucapan Hari Lahir Untuk Yang Tersayang

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 225 hits
Baca GAMBAR LOKASI Contoh Kad Ucapan Hari Lahir Untuk Yang Tersayang Kita memang suka mengucapkan hari lahir atau harijadi kepada orang orang yang kita sayang Tetapi masalahnya tak ada kad ucapan yang simple tapi penuh makna untuk menyataka...
12 Idea Hadiah Hari Jadi Yang Eksklusif Untuk Lelaki Perempuan

12 Idea Hadiah Hari Jadi Yang Eksklusif Untuk Lelaki Perempuan

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 310 hits
Hari jadi adalah merupakan hari yang istimewa untuk setiap individu Oleh itu memilihyang terbaik untuk insan yang dikasihi adalah sangat penting bagi menunjukkan kasih sayang dan juga penghargaan pada hari kelahiran mereka Untuk memberikan ...
Hadiah Untuk Ibu Sempena Meraikan Hari Istimewa 20 Pilihan Yang Menarik

Hadiah Untuk Ibu Sempena Meraikan Hari Istimewa 20 Pilihan Yang Menarik

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 129 hits
Ibu adalah merupakan insan istimewa yang hadir dalam hidup setiap individu Mereka adalah insan yang sering berkorban demi kebahagiaan anak anak Sebagai seorang anak kita perlulah berusaha untuk menggembirakan hati seorang Terdapat pelbagai ...
Tak Perlu Serius Sangat Hampir 10 Tahun Kahwin Aeril Zafreil Kongsi Tip Bahagia Rumah Tangga

Tak Perlu Serius Sangat Hampir 10 Tahun Kahwin Aeril Zafreil Kongsi Tip Bahagia Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 159 hits
Bergelar suami dan isteri tidak mudah Banyak pancaroba dan onak durinya jika tidak matang dalam membuat keputusan dan bersabar dengan setiap ujian yang dilalui Bagi pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang hampir mencecah 10 tah...
Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School

Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 192 hits
14 1 2022 Tahun 2022 2023 Tahun terakhir aku ada anak kecil di tadika ini juga pengalaman terakhir yang takkan berulang lagi Even kalau ikutkan 8 11 pagi ada kelas online tapi sedaya updaya aku kuatkan semangat untuk meraikan saat saat ini ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor