Hantar Usul Awal Pun Salah Juga Ke Malu Betul Ada Kerajaan Macam Ini


 
Ini satu lagi lawak jenaka #kerajaangagal dan #kerajaanbodoh yang tiada keabsahan dalam cubaan mempertahankan kedudukan tiada majoriti mereka daripada terdedah dengan sendirinya.
Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun menjelaskan, usul yang cuba dibawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke sidang khas Dewan Rakyat selama lima hari bermula 26 Julai ini tidak dapat diterima.
Ada beberapa alasan yang diberikan Azhar atas keputusan tersebut, antaranya kerana Anwar menghantar usul berkenaan terlalu awal.
Dalam suratnya kepada Anwar, Azhar menjelaskan, notis untuk persidangan khas itu dikeluarkan pada 15 Julai dan usul Anwar pula diserahkan kepadanya pada 12 Julai.
“Oleh itu, usul oleh Ahli Parlimen Port Dickson tersebut tidak ada di dalam kertas pesanan kerana dikemukakan sebelum pemberitahuan,” jelas Azhar.
Sebelum ini Anwar mengemukan usul agar membenarkan pengisytiharan darurat, tatacara darurat, perbelanjaan berkaitan pandemik, program vaksinasi yang sedang berlangsung dan Pelan Pemulihan Nasional dibahaskan di Dewan Rakyat.Ia dibuat ketika pelbagai pihak menanggapi sidang khas pada 26 hingga 2 Ogos ini tidak lebih daripada sekadar sesi taklimat daripada pihak kerajaan, bercanggah dengan kehendak pihak istana agar beberapa isu mendesak dibahaskan.
Menurut kertas aturan untuk persidangan Dewan Rakyat selama lima hari itu nanti, lima menteri dijadulkan akan memberikan taklimat.

Begitu pun, tidak disebut ada perbahasan dan pengundian dalam sidang khas itu melainkan hanya dibuka ruang untuk Ahli Parlimen menyoal menteri atau memberikan pendapat mereka.
Dalam hal penolakan usul oleh Anwar dan sebab ia ditolak, ternampak sangat kerajaan PN sanggup melakukan apa saja untuk memastikan kedudukan mereka tidak terancam.
Alasan ia dihantar terlalu awal tidak lebih suatu lawak jenaka yang membuatkan rakyat, malah termasuk kera dan monyet di hutan pun, jika mendengarnya pasti turut ketawa sama.
Apa salahnya dihantar terlalu awal?
Bukankah usul tersebut masih boleh dimasukkan setelah tarikh pemberitahuan 15 Julai itu diumumkan?
Kalau dihantar lewat iaitu setelah tarikh ditutup, lalu ia kemudian ditolak, ada jugalah munasabahnya.
Ini disebabkan ia dihantar lebih awal dan maka sebab itu usul tersebut ditolak.
Di mana logiknya?
Jika begitu, apakah di bawah #kerajaangagal dan #kerajaanbodoh ini bermakna murid sekolah yang datang lebih awal sebelum 7.45 pagi dianggap tidak sah kehadirannya dan perlu balik ke rumah?
Begitu juga, apakah pekerja pejabat kerajaan yang datang sebelum pukul 8.00 pagi turut dikira tidak hadir dan dianggap tidak datang bekerja?
Kalau diberi kuasa memberi fatwa, jangan-jangan datang ke masjid pun akan disyaratkan hanya selepas masuk waktu sembahyang, walhal datang lebih awal itu banyak ganjaran pahalanya.
Cehhh…malu betul ada kerajaan macam ini? 


(ShahbudinHusin 24/07/2021)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/hantar-usul-awal-pun-salah-juga-kemalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Ni Bunyi Macam Guruh Tapi Tak Hujan Kata Ibrahim Ali Betul Tu Ada Isu Dia Diam Menikus Cilaka

Pas Ni Bunyi Macam Guruh Tapi Tak Hujan Kata Ibrahim Ali Betul Tu Ada Isu Dia Diam Menikus Cilaka

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 224 hits
BOB KELANANG Pas ni ibarat bunyi macam guruh tapi tak hujan kata Ibrahim Ali Pemimpin Pas diumpamakan ayam yang pandai berkokok tetapi tidak pernah bertelor kata Datuk Ibrahim Ali Presiden Putra Ia merujuk kepada pemimpin Pas yang pandai be...
Masukkan Usul Supaya Mp Boleh Berbahas Usah Salah Tafsir Titah Agong

Masukkan Usul Supaya Mp Boleh Berbahas Usah Salah Tafsir Titah Agong

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 160 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menyifatkan kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak bermaksud sidang Parlimen pada 26 Julai dibenarkan untuk berbahas Beliau merujuk kepada pemakluman ...
Mengarut Usul Anwar Ditolak Kerana Dihantar Terlalu Awal

Mengarut Usul Anwar Ditolak Kerana Dihantar Terlalu Awal

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 197 hits
Mengarut usul Anwar ditolak kerana dihantar terlalu awalOleh July 25 2021Kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun menolak notis usul perbahasan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan ter...
Alamak Awal Ashaari Macam Dah Pecah Rahsia Siapa Penggantinya Jadi Pengacara Baru Melodi

Alamak Awal Ashaari Macam Dah Pecah Rahsia Siapa Penggantinya Jadi Pengacara Baru Melodi

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 515 hits
Menerusi sebuah hantaran di IG Story Awal Ashaari pengacara ini seolah olah memberi bayangan siapakah bakal menjadi hos terbaru untuk Melodi di TV3
Kasihan Umno Macam Mati Mak Bapak Umno Kenyataan Pemimpin Mana Yang Betul Ni

Kasihan Umno Macam Mati Mak Bapak Umno Kenyataan Pemimpin Mana Yang Betul Ni

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 235 hits
Kenyataan pemimpin Umno yang manakah betul kini menjadi persoalan di kalangan orang ramai kerana semuanya berbeza antara satu sama lain Ketika Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata 40 ahli Par...
Kocaknya Curhatan Warganet Tentang Salah Jurusan Drama Awal Kuliah Aja Udah Begini Gimana Nanti

Kocaknya Curhatan Warganet Tentang Salah Jurusan Drama Awal Kuliah Aja Udah Begini Gimana Nanti

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 299 hits
Makanya sebelum milih jurusan kuliah itu hati hati jangan asal asalan biar nggak salah nyemplung
Varian Delta Mengganas Salah Kita Atau Kerajaan

Varian Delta Mengganas Salah Kita Atau Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 238 hits
Varian Delta mengganas salah kita atau kerajaan Setiap hari kita diberitakan dengan kenaikan kes jangkitan Covid 19 dan setakat hari ini sahaja jumlah keseluruhan telah mencatatkan 836 926 kes Kes harian pula menunjukkan 9 105 kes dengan ke...
Malu Nak Ucap Kerajaan Gagal Kah

Malu Nak Ucap Kerajaan Gagal Kah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 220 hits
MOHD MUKLISNak sebut kerajaan gagal malu nak salahkan DAP sudah jadi khadam MCA Nak complain lebih lebih sertuan rahmat hari tu masih lagi bersisa Demikianlah Mopti tsiqah hilang tak ada orang peduli akibat berkhianat ilmu dan kedudukan yan...
Betul Ke Kerajaan Tak Gagal

Betul Ke Kerajaan Tak Gagal

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 262 hits
Kalau di compare dengan dengan Najib Mahathir BN dan PH Kena tanya rakyat bukan penyokong Persepsi kerajaan gagal ini sudah melekat sukar nak tepis Mahathir 22 bulan failed Najib skandal Anwar terpalit kes liwat zahid korup Azmin semburit l...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda