Hans Isaac Kwsp Perkeso Untuk Penggiat Seni






Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac memberitahu, pihaknya kini dalam rangka memperkenalkan caruman skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk penggiat seni.

Hal ini kerana, pihaknya terpanggil untuk memperjuangkan nasib dan masa depan penggiat seni termasuk pelakon, kru produksi dan jurusolek yang kadangkala terpaksa bekerja hingga lewat malam.

Dalam perkembangan sama, Hans menjelaskan, beliau tidak akan terlibat dengan sebarang aktiviti lakonan mahupun penerbitan drama atau filem sepanjang duduk di kerusi Pengerusi Finas.

Beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas-tugas membangunkan industri seni menerusi jawatan yang dipegang dalam Finas.

Terdahulu, Hans, 48, dilantik selaku Pengerusi Finas berkuat kuasa 8 April lalu seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Ikuti temu bual bersama pelakon filem Cuci itu ketika ditemui pada majlis sidang akhbar rasmi pertamanya selaku Pengerusi Finas di Finas, Hulu Kelang baru-baru ini.

Selepas dilantik selaku Pengerusi Finas, mungkin anda ada sebarang kata-kata untuk disampaikan kepada penggiat seni tempatan?

HANS ISAAC: Saya tiada niat untuk memandang semula apa yang telah terjadi pada masa lalu, sebaliknya meneruskan misi untuk terus maju ke depan dan membangunkan Finas.

Apa yang saya mahu tekankan di sini adalah, kami (Finas) tidak mahu cakap banyak. Biar kami tunjukkan hasil kerja sahaja. Cukuplah sebelum ini industri dijanjikan dengan perkataan ‘kami akan, kami akan’. Cukup. Perkataan sebegitu tidak akan keluar daripada mulut kami. Beri masa dan tunggu sahaja keputusan daripada hasil kerja.

Apakah perkara pertama yang ingin anda lakukan selepas dilantik sebagai Pengerusi Finas?

Apa yang mahu diperjuangkan sangat sentimental sebab selama ini saya sudah melihat banyak kejadian berlaku terhadap pemain industri. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kebajikan.

Contohnya isu seperti caruman skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Jadi, inilah isu yang menjadi keutamaan kami. Kami mahu setiap orang yang bekerja dalam industri tidak kira pelakon, jurusolek atau kru produksi perlu ada akaun skim ini.

Sudah tiba masanya golongan ini diiktiraf sebagai pekerja profesional. Finas sudah ada kertas kerja dan perbincangan untuk pelaksanaan caruman akan dibuat bersama dengan badan terlibat. Ini adalah salah satu daripada 15 manifesto yang direncanakan.

Bagaimana dengan 14 manifesto lain?

Saya tidak akan mendedahkan buat masa ini kerana tidak mahu hanya berjanji. Biar sesuatu pelan itu dijayakan dahulu kemudian selepas mendapat keputusan, barulah saya akan umumkannya.

Baki manifesto yang lain akan diumumkan dalam satu sidang akhbar tidak lama lagi.

Dalam beberapa laporan sebelum ini anda menyatakan sukar untuk menerima jawatan sebagai Pengerusi Finas. Boleh jelaskan?

Saya mengambil masa berfikir selama beberapa bulan sebelum menerima jawatan ini sebab dalam kehidupan terlalu banyak perkara peribadi ingin dilakukan. Selaku individu, ada banyak sasaran mahu dicapai,, tetapi demi industri saya perlu ketepikan kesemuanya.

Nasib rakan-rakan seperjuangan lain terutama golongan artis senior yang hidup melarat dan tidak diendah kebajikan mereka seperti Allahyarham Yusni Jaafar dan Datuk Aziz Sattar menjadi faktor mengapa saya menerima jawatan ini.

Jadi bagaimana dengan penglibatan anda dalam dunia seni selepas ini?

Pada awalnya saya hanya mahu bekerja setahun sahaja, tetapi pihak menteri meminta saya memegang jawatan ini selama dua tahun.

Oleh sebab itu, saya perlu lepaskan apa sahaja kerja melibatkan industri kerana saya mahu bersih dan bersikap neutral. Saya perlu telus. Adalah tidak adil sekiranya saya masih berlakon, tetapi pada masa sama memegang jawatan dalam Finas.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/hans-isaac-kwsp-perkeso-untuk-penggiat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduhan Tak Berasas Fazura Minta Hans Isaac Mohon Maaf

Tuduhan Tak Berasas Fazura Minta Hans Isaac Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 240 hits
Seperti majlis majlis lain pentas Festival Filem Malaysia turut ada drama tersendiri Khabarnya ada pihak tidak berpuas hati apabila pasangan Fazura dan The post appeared first on
Hans Isaac Kesal Fazura Dedah Mesej Kepada Media

Hans Isaac Kesal Fazura Dedah Mesej Kepada Media

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 538 hits
Berikutan permintaan Fazura menggesa Datuk Hans Isaac memohon maaf diatas tuduhan membawa suami Fattah Amin sebagai gandingan penyampai anugerah FFM Sabtu lalu The post appeared first on
Dilantik Pengerusi Finas Hans Isaac Rehat Dunia Lakonan

Dilantik Pengerusi Finas Hans Isaac Rehat Dunia Lakonan

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 340 hits
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Datuk Hans Isaac menjelaskan beliau tidak akan terlibat dalam aktiviti lakonan mahupun penerbitan filem atau drama sepanjang pelantikannya dengan jawatan itu Jelas Hans atau nama lengkap...
Hans Isaac Tidak Akan Mohon Maaf Kepada Fazura

Hans Isaac Tidak Akan Mohon Maaf Kepada Fazura

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 767 hits
Menurut Hans apa sahaja yang dikatakan kepada Fazura telah dikirim menerusi mesej secara peribadi sebaik sahaja FFM30 tamat dan tidak mengaibkan dia di mana mana platform terbuka Pelakon Datuk Hans Isaac tidak akan memohon maaf seperti yang...
Hiburan Fazura Tetap Mahu Hans Isaac Mohon Maaf

Hiburan Fazura Tetap Mahu Hans Isaac Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 339 hits
Pelakon Nur Fazura masih tetap dengan pendiriannya yang menggesa Datuk Hans Isaac untuk memohon maaf kepadanya dan suami Fattah Amin berikutan kiriman mesej yang menuduh beliau tidak menghormati artis lain dan membuat keputusan mengikut keh...
Hiburan Macam Mana Mesej Peribadi Saya Dan Fazura Boleh Bocor Sedia Minta Maaf Kalau Betul Betul Salah Hans Isaac

Hiburan Macam Mana Mesej Peribadi Saya Dan Fazura Boleh Bocor Sedia Minta Maaf Kalau Betul Betul Salah Hans Isaac

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 353 hits
Sebelum ini Nur Fazura ada meluahkan rasa terkilan apabila Datuk Hans Isaac menerusi mesej di Whatsapp menuduhnya tidak menghormati artis lain apabila beliau didakwa meletakkan syarat tertentu hanya mahu bersama suaminya Fattah Amin bagi me...
Hans Isaac Enggan Lagi Komen Isu Bersama Fazura Tidak Mahu Terus Sengketa

Hans Isaac Enggan Lagi Komen Isu Bersama Fazura Tidak Mahu Terus Sengketa

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 636 hits
Gara gara salah faham yang berlaku hubungan baik antara Datuk Hans Isaac dan Nur Fazura yang terjalin sejak 16 tahun lalu terjejas Fazura dikatakan tetap dengan pendiriannya mahukan Hans memohon maaf atas dakwaan menghantar kiriman mesej me...
Hiburan Datuk Hans Isaac Dilantik Pengerusi Finas

Hiburan Datuk Hans Isaac Dilantik Pengerusi Finas

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 271 hits
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini mengumumkan pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April Pelantikan itu ...
Hans Isaac Appointed Finas Chairman

Hans Isaac Appointed Finas Chairman

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 224 hits
Film actor producer and director Hans Isaac has been named chairman of the Malaysian National Film Development Corporation for a period of two years effective April 8 He has wide experience in the filming world He has received numerous awar...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash