Handbag Baru Lagi



Assalamualaikum..

Handbag dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan..betul tak? Bag tangan adalah aksesori paling dekat dengan wanita kerana tidak kira apa juga status seseorang wanita itu ia menjadi pelengkap gaya paling asas dalam berfesyen

Sebenarnya kan..bag ni SA beli untuk hantaran perkahwinan tapi biasa la bila dah nampak bag lain yang lagi cantik dan sesuai dijadikan hantaran terus beli lain..yang ni SA simpan dalam almari..takde la lama mana SA beli..rasanya SA beli bulan 6 sebab wedding anak buah tu bulan 7.

Kebetulan majlis perkahwinan anak buah baru- baru ni kat Rumah Abang Jamil yang SA pakai kebaya warna pink tu..SA rasmikan handbag tu..best..very comfortable..tak besar tak kecik sangat..sederhana la.

SA beli kat butik Charles & Keith dengan harga RM350 di Mid Valley kalau tak salah..ke kat The Curve...eh...lupa la..sebab handbag yang untuk hantaran tu SA beli kat KLCC... tak jadi buat hantaran kira jadi hadiah Birthday SA sendiri la..hahaha..En Tunang kata okey...so apa lagi....seronok la SA kan.

SA ada terbaca artikel tentang bag tangan mengikut bentuk tubuh badan..SA ada copy kat sini untuk share ngan korang.

Jom baca..






Tip memilih tas tangan iaitu mengikut jenis bentuk tubuh.
Si kurus tinggi
Beg tangan jenis hobo iaitu pendek dan lebar paling sesuai. Cuba elakkan beli shoulder bag jenis bertali pendek kerana ini akan kelihatan lebih rendah dari ketinggian sebenar

Jenis tote sesuai menyerlahkan penampilan manakala jenis genggam juga tidak akan mengecewakan anda

Bertubuh kecil
Beg yang besar memang tidak sesuai untuk mereka bertubuh kecil kerana akan menutup bentuk badan anda yang sudah sedia kecil

Elakkan beg sandang di bahu dengan tali panjang kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih rendah. Beg tangan dari jenis tote cukup sesuai untuk menampakkan keseimbangan tubuh


Bertubuh besar
Jika anda berbadan besar sebaiknya cari beg yang berbentuk bersegi dan bersaiz besar supaya tidak akan kelihatan lebih besar daripada beg yang dibawa

Pastikan corak tidak terlalu kecil atau terlampau berwarna-warni. Pilih beg jenis lembut atau berbentuk bulat kerana ia akan menampakkan tubuh anda lebih besar


 'A' shape atau jenis pir
Biasanya mereka bertubuh jenis ini memiliki masalah agak besar di bahagian pinggul dan kecil di bahagian dada. Sebolehnya cuba alihkan perhatian ke bahagian lain di atas

Jenis tali pendek sesuai untuk anda melindungi bahagian dada yang kecil dan memberikan keseimbangan terhadap keseluruhan bentuk tubuh

Perlu mengekalkan beg dari jenis sling kerana ia akan memberi perhatian di bahagian pinggul yang lebih besar



sesuai tak ngan SA yang tinggi 163cm ni? Tak gemuk tak kurus kan

Jenis beg tangan
Structured/Ladylike
Biasanya bentuknya kukuh dan kekal walaupun tiada barang di dalamnya. Ia mempunyai tali kecil dan juga tali pilihan panjang yang mudah dicabut dan boleh digayakan di bahu. Sesuai untuk majlis formal dan ke pejabat

Genggam (clutch bag)
Tidak bertali dan lebih selesa dipegang, ia lebih sesuai untuk majlis santai dan glamor

Beg hobo
Beg stail ini tidak berstruktur dan lembik dengan mempunyai satu tali yang biasanya disangkut pada bahu

Beg messenger
Biasanya bertali panjang dan boleh disandang atau dipakai silang pada badan. Sesuai digayakan ke pejabat atau untuk mengembara

Beg satchel
Beg jenis kulit ini biasanya leper di bahagian bawah dan mempunyai dua tali pemegang. Sesuai digayakan pada majlis rasmi

Tote
Tali pendek dan terbuka tanpa zip. Bersaiz besar kerana fungsinya membawa banyak barang. Boleh dipakai untuk bersantai, membeli-belah malah sesuai juga untuk ke pejabat

Beg Bahu
Beg jenis ini merujuk kepada semua jenis rekaan yang boleh digayakan di bahu dan mempunyai satu atau dua tali



Tip memilih beg tangan
Pastikan bentuk beg berlawanan dengan bentuk badan - apabila badan anda dari jenis 'curvy', pilih beg tangan dengan struktur solid.Jika badan anda jenis solid, pilih beg dengan struktur 'curvy'.Lebar beg tangan tidak melebihi lebar badan.Saiz beg tangan adalah seimbang dengan saiz badan.
Kredit : BERITA HARIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2023/08/handbag-baru-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ny Steak Shack Buka Cawangan Baru Di Setapak Central

Ny Steak Shack Buka Cawangan Baru Di Setapak Central

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 301 hits
Jenama tempatan NY Steak Shack mengumumkan pembukaan cawangan terbaharunya di pusat beli belah Setapak Central menawarkan lebih banyak peluang buat rakyat Malaysia untuk menikmati pelbagai menu yang menampilkan stik sizzling burger dan shak...
Umum Berita Gembira Ini 5 Artis Wanita Korea Menantikan Cahaya Mata Baru

Umum Berita Gembira Ini 5 Artis Wanita Korea Menantikan Cahaya Mata Baru

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 176 hits
Hari ini idola K Pop dan K Drama kerap memuat naik gambaran tentang hari hari mereka di media sosial serta membina hubungan yang lebih rapat dengan peminat ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily ingin kongsikan beberapa artis wanita yang sa...
Nahas Elmina Remy Ishak Terkejut Baru Jumpa Juruterbang Selasa Lalu

Nahas Elmina Remy Ishak Terkejut Baru Jumpa Juruterbang Selasa Lalu

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 340 hits
Gambar bersama Allahyarham Shahrul Kamal yang dimuat naik Remy di akaun Instagramnya Pertemuan itu turut disertai oleh isteri Allahyarham Pelakon Remy Ishak meluahkan rasa sedih atas pemergian juruterbang pesawat peribadi jenis Beechcraft 3...
Baru Jadi Mb Kelantan Nassuruddin Label 2 Adun Pembangkang Lawan Islam

Baru Jadi Mb Kelantan Nassuruddin Label 2 Adun Pembangkang Lawan Islam

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 289 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Baru beberapa hari menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan Datuk Nassuruddin Daud didakwa melabel dua ADUN pembangkang di negeri itu sebagai melawan perjuangan Islam Menerusi video ceramahnya yang tu...
Ku Li Saran Pemilihan Baru Umno Tukar Kepimpinan Parti

Ku Li Saran Pemilihan Baru Umno Tukar Kepimpinan Parti

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 134 hits
Ku Li berkata sekiranya Umno tidak berhati hati ia mungkin akan menyebabkan kehancuran kepada parti itu Seluruh kepimpinan Umno harus bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti itu pada pilihan raya negeri baru baru ini kata bekas ahli ...
Saya Yang Minta Anwar Islamkan Saudara Baru Itu

Saya Yang Minta Anwar Islamkan Saudara Baru Itu

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 138 hits
MalaysiakiniPengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Daerah Klang Hushim Salleh tampil memberi penjelasan berhubung tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengislamkan seorang pemuda India di Masjid Jamek Ar Rahimiah Klang baru ba...
Hiburan Ni Baru Umpan Dengan Khunafa Viral Wanita Joget Tak Ingat Dunia Untuk Makanan Percuma Restoran Arab Disita Dbkl

Hiburan Ni Baru Umpan Dengan Khunafa Viral Wanita Joget Tak Ingat Dunia Untuk Makanan Percuma Restoran Arab Disita Dbkl

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 253 hits
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dilaporkan telah mengeluarkan kompaun dan menyita premis menjual manisan arab yang berlokasi di Bukit Bintang setelah didapati beroperasi tanpa lesen yang sah Terdahulu di media sosial mengenai beberapa video ya...
Elak Kejadian Tidak Diingini Berlaku Lagi Ini Inisiatif Baru Kerajaan Korea Kepada Pejalan Kaki

Elak Kejadian Tidak Diingini Berlaku Lagi Ini Inisiatif Baru Kerajaan Korea Kepada Pejalan Kaki

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 221 hits
Sebelum ini telah ramai orang tidak bersalah yang telah menjadi mangsa kematian di atas jalan raya Di antara mereka ialah pejalan kaki yang tiada kenderaan untuk digunakan ARTIKEL BERKAITAN Pada awal tahun ini terdapat beberapa peraturan ja...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri